Chapter 15
Amira mencelikkan matanya, kepalanya dan mukanya terasa sakit dan pedih sekali.
Apabila dia sedar bahawa dia di dalam bilik yang asing baginya laju sahaja dia bangun dari pembaringannya dan menilik keadaan bilik tersebut.
'Cantik bilik ni tapi aku kat mana sebenarnya' hatinya berbicara.
Perlahan-lahan dia mengatur langkahnya, dia memusingkan kepalanya menghadap cermin lalu dia ternampak ada kesan lebam dipipinya dan tepi bibirnya pecah.
"Ah ouch!, Aku accident ke apa" ujar Amira, dia mengerang kesakitan apabila dia menyentuh luka di tepi bibirnya itu.
Pintu bilik kedengaran dibuka lalu kepalanya laju memusingkan menghadap ke pintu.
Ada seorang perempuan dengan berpakaian serba hitam dari atas sampai bawah, perempuan itu memakai mask berwarna hitam dan memakai topi.
"Eh kau dah sedar ke perempuan?" Kata perempuan itu dengan sinisnya
"Kalau aku tak sedar takde maknanya aku berdiri tercegat depan cermin ni agaknya" balas Amira tanpa rasa bersalah
"Oh kau berlagak, kau tak tahu aku siapa" kata perempuan itu lalu mencengkam leher Amira
"Me-memang la-h a-ku tak ke-nal kau" balas Amira lagi walau dalam hatinya sudah berasa takut.
Tubuh Amira dicampakkan ke katil lalu mukanya ditampar oleh perempuan yang datang dari mana entah planet pluto kot.
Amira menjerit kesakitan apabila perempuan itu menamparnya banyak kali. Dia meraung menangis, badannya terasa lemah selepas di belasah oleh perempuan itu.
"Kau ingat sini, Naim tu aku yang punya sepatutnya aku yang mengandungkan anak dia BUKAN KAU!!" Kata perempuan itu lagaknya seperti psycho sambil menggeselkan pisau dimuka Amira.
Pegi tampar beramai-ramai readers minah psycho ni. Baru dia tau erti kene tampar
Perempuan itu lalu keluar pergi dengan perasan puas kerana dapat mengerjakan Amira pada masa yang sama dia marah kerana perempuan itu mengandungkan anak kepada Naim.
------------------------------------------------------------------------
Naim yang berada dirumah itu melihat jam dinding yang menunjukkan sudah pukul 7 malam.
Telefon milik isterinya di dial tetapi tidak ada service hatinya sudah gelisah dia takut jika terjadi apa kepada isteri dan anak didalam kandungan Amira.
"Sayang, awak kat mana sayang" kata Naim sendirian dengan nada yang bergetar.
'Ya Allah kau lindungilah isteriku dan cahaya mata kami yang bakal lahir Ya Allah' Naim berdoa didalam hati lalu meraup wajahnya kasar.
Naim menghubungi kedua belah pihak keluarganya. Setelah mendengar khabar Amira hilang kedua belah pihak keluarga itu datang ke rumah Naim dan Amira.
"Macam mana isteri Naim boleh hilang?" Tanya mama Naim, Puan idah kerisauan.
"Tak tahu lah ma, tadi dia mesej katanya nak keluar dengan Mia per...."
"Assalamualaikum" kedengaran suara perempuan memberi salam
Naim membuka pintu rumahnya itu lalu terpampang muka Mia yang gelisah di hadapannya. Naim mempelawa Mia masuk lalu Mia menapak masuk kedalam.
"Mia, tadi Mira terus balik kan?" Tanya Naim
"Ye aku sendiri temankan dia pergi kereta dia sampai lah keluar dari parking lot. Lepastu baru lah aku pergi kat kereta" balas Mia dengan nada yang bergetar
"Saya rasa tak berapa nak sedap hati sangat tapi saya fikirkan mungkin tu mainan perasaan je kot" sambung Mia
"Kita tak dapat buat report polis sebab belum 24 jam, tapi aku buntu lah Mia nak cari dia dekat mana" Kata Naim yang sedang menahan rasa sebaknya.
Jeda seketika.
"Semua tunggu dekat rumah dengan Mia ye, Naim dan member Naim cuba cari Mia. Mia tolong jagakan keluarga aku ye" Pinta Naim, Mia hanya mengangguk lalu melihat langkah Naim dengan hujung matanya saja.
"Ya Allah anak aku" Ibu Amira,Puan Zarina bersuara setelah dia berdiam dari tadi untuk menutup rasa gelisahnya.
(fyi, ibu amira sebelum ni belum muncul kat mana² scene sbb author buat ibu Amira ni ada kerja kat luar negara bersama suaminya, Tuan Yusof)
Pada malam itu kesemua ahli keluarga Naim dan Amira bermalam di rumah Naim termasuk lah Mia kerana dia diamanahkan oleh Naim sendiri untuk menjaga keluarganya
'aku harap kau baik² dengan anak kau Mira, tolonglah balik untuk kitorang...semoga kau selamat' doa Mia dalam hati
---------------------------------------------------
HAAA BUAT APA TU?
harini author double publish!
Enjoy!
this chapter is credited to my
cousin tercintah jugk:Hanisah_kamal19**Sending hug to you<33**
YOU ARE READING
Adakah Kita Kan Bahagia?[C]
RomanceAmira Adriana dan Nor Naim adalah sepasang kekasih dari zaman persekolahan mereka di KUDRAT. Dan mereka bercadang untuk melangkah ke alam perkahwinan. Tetapi, mampukah mereka mempertahankan rumah tangga mereka? Adakah mereka akan berbahagia semula...