Chapter 17

39 3 1
                                    


Di dalam kereta Amira masih lagi meronta-ronta akibat dipegang dan diapit oleh dua orang lelaki berbadan tegap

"Semaklah betina ni!  Melalak je kerja! Nah, ambil ni!" Perempuan tadi merungut dan memberikan satu kain yang sudah diberikan sedikit ubat tidur

Lelaki tadi membuka gam hitam dan menekup mulut Amira supaya dia tertidur. Sedang mereka tenang memandu ke tempat rahsia, lelaki yang memandu itu perasan bahawa mereka diekori oleh banyak penunggang motor berkuasa tinggi

Dia mula melajukan van itu dengan kelajuan maksima. Perempuan tadi mula bingung kenapa tiba-tiba van dibawa memecut laju

"Woi kau kenapa bawa van macam nak terbang ni?!"

"Ada banyak orang ikut kita!! Aku perasan dari tadi lagi!"

"Kau drive cepat! Laju!!!"

Naim dan yang lain mula melajukan motor dan polis pun mula membuka pembesar suara dan membunyikan siren

"BERHENTI KAN KENDERAAN ANDA, BERHENTIKAN! INI AMARAN POLIS! JIKA ANDA TIDAK MENDENGAR ARAHAN KAMI AKAN TERPAKSA TEMBAK KENDERAAN KAMU DIHADAPAN!"

Namun, kenderaan tidak berhenti malah semakin laju dipandu

Banyak kereta di jalan raya tersiah ke tepi, memberi laluan kepada polis dan beberapa motor berkuasa tinggi yang sedang memecut laju

Naim menghampiri van tersebut, dan menendang badan van sehingga penyek. Dan Naim membuka cermin helmetnya lalu berkata

"WOII! LEPASKAN BINI AKU SIAL!" sambil menendang berkali-kali van itu

Sepertinya merekayang ada di dalam van belum berbuat apa-apa dan hanya meneruskan perjalanan dengan laju

Polis mengisyaratkan supaya memperlahankan motor mereka semua untuk memperdayakan penculik



















Setelah lama membuntuti van, mereka tiba di sebuah tempat dan ianya mengejutkan Naim dan yang lain

Mereka tiba di sebuah pelabuhan haram yang pihak polis juga tidak tahu keberadaan pelabuhan ini

"Tempat apa ni wei!" Ayam mula bersuara setelah dia menahan diri dari ketakutan kerana kejadian tadi. Ayam pula membonceng dengan Kahar mana tak nya laju macam nak terbang

"Aku rasa...ni...tempat orang jual barang dengan cara haram" ujar Hakeem kepada yang lain

Anggota polis menasihatkan untuk jangan berbuat apa-apa sehingga Unit Khas Polis sampai di pelabuhan

Polis memerhatikan gerak geri mereka, Amira dilihat masih belum sedar kerana kadar dos yang diberi tadi sangatlah banyak

Naim yang melihat terus ingin mendekati isterinya tapi ditahan oleh polis

"Sabar, kita tunggu Unit Khas Polis sampai ya. Baru kita buat apa-apa tindakan!" Ujar seorang anggota polis

Sakit hati Naim apabila melihat isterinya dengan tangan diikat dan diseksa oleh penculik itu. Membara amarah dihatinya















"Boss Jan!" Ujar perempuan itu kepada seorang lelaki tua yang digelar sebagai 'Ketua pelabuhan'

Lelaki tua itu sekadar mengangkat kening menandakan soalan 'mana barang aku?'

Tubuh Amira dibaringkan di atas sofa yang terdapat di dalam bilik kerja Boss Jan tadi

Senyum senget dipaparkan diwajah Boss Jan menandakan dia puas hati dengan barang dihadapan matanya

"Habuan aku mana boss?" Perempuan tadi meminta wang yang sepertimana dijanjikan oleh lelaki tua itu

Beg hitam dilemparkan kepada anak buah perempuan tadi, lalu dia memeriksa jumlahnya takut-takut mereka ditipu

Anak buah perempuan tadi mengangguk sekali tanda cukup dengan yang dijanjikan

Boss Jan dan perempuan tadi keluar dari bilik kerja dan menuju ke arah tempat lain. Mungkin membincangkan plan seterusnya


















Unit Khas Polis telah sampai dan mereka membahagikan tugas masing-masing

Naim dan yang lain diberi kan izin untuk mengikuti tapi dengan syarat sentiasa dekat dengan anggota polis. Naim dan yang lain juga dipakaikan lapis dalam baju kalis peluru

Mereka mula berjaga-jaga, dan satu peluru telah dilepaskan dan terkena pada seorang pekerja Boss Jan

"Clear!" Ketua mereka mengisyaratkan untuk menyambung perjalanan dan disitulah dimana seorang lagi nampak keberadaan polis lalu satu-satu peluru daripada senjata berlainan dilepaskan secara besar-besaran

Pelabuhan itu menjadi kecoh dan Boss Jan dan perempuan itu terdengar bahawa pelabuhan telah diserbu















Amira baru tersedar dari pengsannya, di merasakan pening dikepala dan perutnya terasa sedikit sakit. Dia sedaya upaya bangun dari sofa dan berjalan sekeliling untuk mencari benda tajam yang boleh membuka ikatan

Dia ingin menjerit tetapi dia kena ingat dia harus tetapi diam dan ini sahaja peluangnya untuk mencari jalan keluar sendiri

Di berjalan dengan perlahan dan lemah, namun tetap dikatakan semangatnya demi meloloskan diri dari sini

20 minit berlalu akhirnya dia menjumpai sebilah pisau rambo di dalam almari kecil milik Boss Jan

Tali terus terlepas daripada pergelangan tangannya. Kelihatan sangat merah akibat diikat dengan kuat

'Aku kene cari cara keluar dari bilik ini!'

Pisau rambo tadi dibawa bersama lalu dirinya dibawa mendekati pintu keluar. Dengan lafaz Bismillah, tangannya memulas tombol pintu dengan perlahan

Mujur tiada orang yang menjaga pintu itu dan dia terus keluar mencari arah. Jalan punya jalan, dia semakin terdengar bunyi peluru dilepaskan dan suara orang-orang berteriak kerana marah

Jujur dia berasa takut, perut yang besar digosok perlahan. Dia bersyukur anaknya selamat

" Ya allah, kau selamat kan lah aku dan anak ku keluar dari sini ya Allah. Jika suami ku ada di sini, lindungikanlah dia dan pertemukan aku dan dia. Aminn" Amira berdoa sambil titisan mutiara menitis dari matanya

_______________________________
   

satu je lagiiiii sabar yee
korang rasa apa jadi?
cer komen sikit

Thank you for time

Sending hug to you<33

Adakah Kita Kan Bahagia?[C]Where stories live. Discover now