Chapter 14 🔥

56 3 2
                                    

Chapter 14

2 hari kemudian...

Pada pagi itu, Amira yang sedang duduk di sofa ruang tamu membuka ruang mesejnya bersama suami tercinta. Laju tangannya menekan papan kekunci itu.

Mira: Assalamualaikum Sayang, saya nak minta izin keluar dengan mia kejap boleh?

Naim: Waalaikumsalam sayang, okay boleh je jangan balik lambat tau awak tu sarat dah sayang, kalau penat rehat dulu. Take care sayang, i love you

Mira: Thank you sayang, love you even more

Setelah siap berbalas mesej Mira pun berlalu pergi masuk kedalam biliknya. Almari baju dibuka dan diselak baju itu satu persatu untuk mencari baju yang sesuai untuk dipakai.

Akhirnya, Amira pun memilih baju blouse yang longgar khas untuk ibu mengandung, dipandankan dengan seluar sejenis palazo berwarna hitam dan tudung berwarna hijau terang. Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi

Dirinya ditilik dicermin untuk melihat penampilannya, setelah puas dia mengambil beg tangannya lalu di sangkutkan dibahunya sambil jalan keluar dari bilik tidur mereka.

Sampai sahaja dia ditingkat bawah dia mencari kelibat Suri. Apabila sosok badan Suri kelihatan Amira menghampirinya.

"Suri, saya pergi jalan dulu ye mungkin tengah hari atau petang saya balik" ujar Amira kepada pembantu rumahnya.

"Iya, baik puan" balas Suri.

Amira melangkah keluar selepas menyarungkan kasutnya berjenama Skechers itu lalu membuka langkah pergi ke garaj. Suri yang terlihat iPhone 'limited edition' milik majikannya itu tertinggal di atas meja ruang tamu terus dia mengejar langkah Amira.

"Puan, puan ini telefonnya tertinggal" kata Suri

"Eh terlupa lah pulak, terima kasih Suri jangan lupa kunci pintu ye" balas amira lalu iPhone itu sudah pun bertukar tangan dan Amira terus masuk kedalam perut kereta Audi A4 berwarna hitam itu dan laju memancut keluar dari halaman rumah.

Kring kring!
Telefon Suri berbunyi menandakan ada orang membuat panggilan lalu terus dia menekan ikon berwarna hijau

"......"

"Ya pak, puan baru saja pergi" Balas Suri.

--------------------------------------------------------

"Mana lah mak buyung ni" omel Mia sendirian sambil menunggu ketibaan puteri gunung ledang.

Apabila Mira ternampak mia yang sedang menunggunya di pintu masuk shopping complex itu terus menghampiri Mia.

"Sorry, Mia aku lambat sikit tadi ada kereta accident lah pulak tu yang jam sikit tu" Ujar Amira bersungguh-sungguh.

"Takpelah Mira asalkan kau selamat datang kesini sudah" balas Mia lalu mengatur langkah memasuki shopping complex.

Amira membawa langkahnya masuk ke restoran untuk sarapan pagi bersama Mia. Duduk sahaja mereka, seorang pelayan lelaki mendekati mereka untuk mengambil pesanan Amira dan Mia

Selesai sahaja mereka bersarapan pagi, mulalah sesi memasuki kedai-kedai.

Sudah 4 kedai dimasuki mereka tangan Amira terdapat lima kantung beg yang dalamnya terdapat baju, seluar dan tudung pemberian Mia kepada sahabatnya.

Jam sudah menunjukkan pukul 1.30 petang lalu dia meminta diri untuk pulang kerana dia sudah letih.

Mereka berjalan ke tempat letak kereta di basement, Mia menuntuti jalan Amira sehinggalah Amira sampai ke keretanya.

"Mia aku balik dulu tau, thank you sebab teman and bagi aku barang-barang ni" Kata Amira sebak.

"Takde hal lah Mira, kita kan kawan lagipun aku memang nak belanja kau barang-barang tu and dah sampai dah hajat aku" kata Mia sambil memeluk tubuh kecil kawannya itu.

"Kau masuk dalam kereta dulu lah Amira lepas tu baru aku gerak" sambung Mia manakala Amira hanya mengangguk dan akur.

Kereta milik Amira sudah tidak kelihatan, Mia pun berjalan menuju ke keretanya.

'kenapa aku rasa tak sedap hati ek' monolog hati Mia

"Ish apa kau ni Mia, InshaAllah Amira
tu okay je" Mia berbalas cakap dengan diri sendiri lalu dia pun berlalu pergi.

Didalam kereta, Amira hanya memasang lagu dari iPhonenya ke radio untuk menghilangkan rasa sunyi.

Ada sebuah kereta berwarna hitam berjenama Vellfire itu dalam diam membuntuti kereta Amira dari belakang.

Apabila Amira berasa tidak senang hati dia pun melajukan sikit kelajuannya kerana di jalan yang dijalaninya itu memang sunyi.

Tapi mujurlah ada masih kereta hitam dibelakangnya jadi dia tidak berasa terlalu takut.

Kereta Vellfire itu melajukan speed nya lalu memberhentikan keretanya di hadapan kereta milik Amira. Amira dengan hairannya membuka sikit cermin keretanya itu.

Seorang lelaki berbadan tegap menghampiri kereta Amira.

"Minta maaf cik tapi tu tayar kereta cik yang bahagian belakang pancit sikit" Ujar lelaki itu.

Amira tanpa berfikir panjang laju membuka pintu keretanya lalu pergi tengok tayar bahagian belakang itu.

'Apa kejadahnya mamat tu, tak pancit pun tayar aku. Ke dia ni ada masalah mata, kalau ada masalah mata bawa lah check dengan doktor'

Amira berkata didalam hati.

Apabila dia ingin memusingkan badannya, tubuhnya dipeluk erat lalu ditangan gerangan itu ada tuala kecil yang menekup hidung dan mulutnya.

Mata Amira secara tidak langsung berpinar dan kabur lalu dia rebah dalam pelukan gerangan itu.

--------------------------------------------------

Hai korang!

Sorry lama tak update, sebab sekarang tengah padat jadual sekolah

Harap faham lah ye slow update:))

Apa-apa pun enjoy

**Sending hug to you<33**

this chapter is credited to my
cousin tercintah: Hanisah_kamal19

778 words

Adakah Kita Kan Bahagia?[C]Where stories live. Discover now