Amira berjalan dengan perlahan-lahan sambil melihat di sekelilingnya takut jika anak buah Boss Jan atau perempuan tadi nampak keberadaannya"Abang...abang kat mana...Mira takut..."
Sedang Amira berjalan, dia terdengar seperti tapak kaki orang sedang berjalan
Amira melajukan langkahnya dan bersembunyi di sebalik kontena besi besar yang ada disana
Berdebar-debar jantung Amira apabila dia merasakan orang itu semakin dekat dengan tempat persembunyiannya
'Tolonglah, jangan nampak aku!! Ya allah butakan penglihatan nya agar tidak nampak keberadaan ku. Aminn!'
Amira juga berdoa sambil tangannya memegang erat pisau rambo. Jika berlaku apa-apa dia boleh sahaja melibas pisau itu tepat ke arah penjahat
Bunyi tapak kaki tadi terdengar semakin menjauh darinya. Helaan nafas lega dilepaskan
Amira menoleh ke kiri dan kanan memastikan tiada orang disitu. Okey clear!
Dia keluar dari tempat persembunyiannya lalu berjalan dengan perlahan. Dia tidak berani untuk membelok ke kiri atau ke kanan takut bertembung dengan orang-orang disini. Ha mampus!
Naim dan Kahar mengikuti seorang anggota polis Unit Khas. Manakala yang lain mengikuti dua orang anggota polis dari Unit Khas juga
Satu persatu musuh berjaya ditumpaskan bila mereka menghalang laluan untuk mencari isteri Naim
Setakat ini mereka bersyukur tiada yang tercedera. Hanya seorang anggota tumpas akibat terkena peluru di kaki nya. Anggota polis mula bertambah banyak apabila pelabuhan semakin liar
Boss Jan dan perempuan itu sibuk mencuba menumpaskan seorang demi seorang anggota polis sambil berlari untuk ke bilik kerja Boss Jan
"Kau yakin budak tu masih ada kat dalam?" Tegas sahaja suara Boss Jan bertanya
Tanpa menjawab, perempuan itu terus meluru masuk ke dalam dan mendapat tiada susuk tubuh Amira di situ
"APA NI? TADI BUKAN YAKIN SANGAT KAU DIA ADA KAT DALAM!"
"Sorry Boss! Aku lupa suruh anak buah jaga pintu ni!" Takut-takut sahaja suara nya keluar
Pistol Glock-19 diacukan tepat ke arah kepala perempuan itu. Dengan muka yang bengis Boss Jan berkata
"Aku nak, kau dapatkan balik perempuan tu. Kalau tak dapat...memang ajal kau dekat sini. Kau pilih...sama ada dapatkan balik dan habuan kau tu aku punya...atau...kepala kau bersepai dekat sini?"
Berpeluh-peluh dahi perempuan itu mendengar ugutan Boss Jan. Dengan segera dia menganggukkan kepala tanda dia akan mencari sampai dapa
Pistol mula dijauhkan dari kepala, lalu disimpan di tepi seluar
"Dah! Pergi cari!"
Bergegas dia keluar, mengarahkan anak buahnya untuk turut sama mencari
"Bodoh lah betina ni! Menyusahkan betul! Kalau aku tau aku bunuh je anak dalam perut tu ughh!"
Naim dan Kahar menjerit memanggil nama Amira. Mereka belum putus usaha walaupun hakikatnya mereka penat yang teramat
"Sayang!! Mana awak?!!"
"Mira!! Kau kat mana!!"
Tak semena-mena letupan terbesar telah terjadi di pelabuhan itu akibat sebutir peluru yang menembusi bahan letupan
YOU ARE READING
Adakah Kita Kan Bahagia?[C]
RomanceAmira Adriana dan Nor Naim adalah sepasang kekasih dari zaman persekolahan mereka di KUDRAT. Dan mereka bercadang untuk melangkah ke alam perkahwinan. Tetapi, mampukah mereka mempertahankan rumah tangga mereka? Adakah mereka akan berbahagia semula...