PROLOG

6.7K 121 12
                                    

Alarm handphone yang berbunyi tidak menyedarkan Aisy sehinggalah dia merasa dirinya terlalu lama tidur. Dia kemudian mengambil handphone miliknya dalam keadaan separuh sedar dan Aisy agak terkejut kerana dia sudah lewat untuk pergi ke tempat kerja.

'Macam manalah kau boleh tak sedar alarm kau bunyi ni Aisy..' gumamnya perlahan. Dia segera bangun untuk membersihkan diri dan menunaikan kewajipannya. Selepas itu, Aisy segera bersiap untuk ke pejabat dan tiba tiba..

'Kenapalah hidup kau clumsy sangat ni Aisy..dengan tak isi minyak kereta lagi...sibuk lagi baca novel sampai ke tengah malam..cash money pun tak ada pula tu..' ngomelnya sendiri.

'Perangai sangat kau ni Aisy?' Bisik hatinya sendiri. Dia kadang-kadang tidak faham dengan dirinya sendiri. Perempuan kan?

Dengan harapan, Aisy berdoa semoga tiada kesulitan yang berlaku pada dirinya di awal pagi itu. 'Jangan offline sudah..wave aje boleh guna ni..' getus hatinya.

"Dik, pam 5 RM50...wave ya.." kata Aisy. Kak, kita offline sekarang, hanya cash money sahaja.." kata juruwang itu.

Dang! Aisy menelan liurnya. 'Kan aku dah cakap..' getus hatinya.

'Habislah aku macam mana ni..' ngomel Aisy dalam hati. Aisy terdiam seketika sambil dia berfikir bagaimana caranya untuk dia atasi semua itu. Puas dia berfikir dan tiba-tiba, ada sebuah kereta baru sahaja parkir untuk mengisi minyak di stesen minyak itu.

'Tak kanlah aku nak minta tolong pula? Tapi, minyak dah nazak ni, mahu sidai tepi jalan kalau aku gerak juga ni. Abang, tolong Aisy!' Aisy mengharap abangnya membantu pada ketika itu.

Sedang ralit Aisy termenung, tiba-tiba ada seorang lelaki hampir melanggar Aisy di hadapan kaunter bayaran. Tanpa sedar, Aisy sebenarnya seorang diri menunggu di luar kereta. 'Berani betul kau ni Aisy?' Getus hatinya.

Aisy kembali semula ke kereta untuk beredar dan dia masih memikirkan masalah bagaimana untuk mengisi minyak. Tiba-tiba juruwang itu melambai kepada Aisy. Aisy mengerutkan dahinya kerana tidak faham. Juruwang itu kemudian memberitahu Aisy bahawa minyak sudah boleh diisi.

Aisy seperti mimpi.. 'Siapa pula yang tolong ni?' Bisik hatinya. Setahu dia, hanya ada dua orang sahaja di situ ketika itu dan ingatan Aisy terus sahaja kepada lelaki yang hampir melanggarnya di kaunter tadi.

Selepas itu, Aisy terus sahaja bertanya di kaunter dan benarlah lelaki tadi yang telah membantunya. Aisy bingung bagaimana dia harus mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu kerana sepantas kilat lelaki itu telah pun beredar. 'Rushing sangat ni..' bisik hati Aisy.

'Rezeki kau murah hari ini, tapi macam mana nak bayar balik ni? Dah la tak kenal langsung!' kata Aisy lagi. Aisy tidak tahu bagaimana untuk mencari lelaki itu. Doanya semoga lelaki itu dimurahkan rezeki kerana telah membantunya dalam keadaan yang sangat memerlukan itu.

'Jauh sangat kau berangan ni Aisy. Tak kan disebabkan isi minyak kau angau dekat lelaki tu pula?' Aisy menggelengkan kepalanya. Dia menarik nafas dan dihembus perlahan.

Dalam diam Aisy memuji lelaki yang dijumpainya tadi. Sekilas Aisy sempat menoleh. 'Handsome!' Getus hatinya. Tambahan pula, lelaki itu seorang badan ber-uniform...Airforce maybe? Kerana lelaki itu mengenakan pakaian uniform seorang Airforce. Aisy sangat mengenali dengan uniform itu kerana abangnya juga seorang bekas tentera udara.

Aisy mematikan lamunannya, ingatan dia terus kepada seseorang yang pernah bertakhta dalam hati. 'Semoga tempat awak di syurga, Ikmal Irdan..' bisik hati Aisy.

Kerana Dia Jodoh Aku (NEW VERSION)                                       (EBOOK)Where stories live. Discover now