Ash❤️Aisy 2 [New Version]

3.8K 130 0
                                    

Flashback..

"Aisy, papa nak cakap sikit boleh ke?" Aisy hanya menurut dan dia duduk di sebelah papa. Kebetulan mama juga ada di situ. Serious sahaja air muka kedua orang tuanya. 'Ada buat salah ke ehh?' Getus hatinya.

"Aisy, papa rasa dah sampai masa papa berehat. Papa sebenarnya nak Aisy ambil alih syarikat kita. Papa dengan mama ni makin tua dan kalau  boleh biarlah anak-anak pula yang menyambung legasi keluarga kita ni.." kata papa kepada Aisy. Aisy terdiam seketika. Matanya tepat memandang papa dan mama. Dia sebenarnya cuba memahami apa yang dimaksudkan oleh papa.

"Kenapa Aisy papa? Abang Aus kan ada?" Soal Aisy kepada papa.

Papa dan mama tersenyum. "Syarikat di Terengganu tu, papa akan serahkan kepada abang kamu..cuma yang di sini, papa nak Aisy yang ambil alih. Papa dan mama bercadang nak balik ke Terengganu dan terus tinggal di sana. Maklumlah, usia semakin meningkat ni, papa dan mama nak suasana yang tenang aje.." jelas papa lagi.

Aisy sedang berfikir sesuatu. Dia bukanlah tidak mahu tetapi dia sebenarnya sudah plan sesuatu. Rasanya belum masa lagi Aisy menggalas tanggungjawab besar itu. Dia perlu belajar banyak perkara lagi terutama dalam selok belok syarikat.

"Aisy?" Panggil papa lembut. Aisy pamer senyum memandang kedua orang tuanya. "Papa, mama...boleh ke Aisy cakap sikit?" Soal Aisy kepada orang tuanya.

"Apa tu sayang?" Balas mama. Aisy bangun dan duduk di sebelah mamanya.

"Papa dengan mama macam tak sayang Aisy aje sampai sanggup tinggal Aisy sorang dekat sini..dah la anak perempuan, sampai hati papa dengan mama tau.." adu Aisy manja.

"Mana tinggal sorangnya sayang, Mak Dah kan ada.." Pujuk mama kepada Aisy. Papa memerhati sahaja anak perempuannya itu. Manja.

"Lagipun, Aisy dengan Mak Dah kan dah lama kenal. Mak Dah jaga Aisy dari kecil tau..Mak Dah tu macam mak Aisy sendiri. Mama dengan papa tinggalkan rumah ni dengan semua orang yang Aisy rasa selamat juga tau.." kata mama yang masih memujuk itu.

"Ermmm, Aisy tahu tu. Tapi, Aisy tak boleh jauh dengan papa, mama.." sedih pula hati Aisy. Dia sebenarnya risau akan kesihatan kedua orang tuanya. Betul, sekarang ini mereka masih sihat tapi macam mana sekiranya ada emergency, dia risau jika ada perkara yang tidak diingini berlaku tambah pula, Aisy jauh daripada orang tuanya.

"Belajar sayang..nanti dah kahwin pun, bukan selalu ada dengan papa dan mama.." kata mama lagi.

"Aisy bukan apa, sepatutnya papa dengan mama bagi company yang dekat Terengganu tu dekat Aisy, bukannya bagi dekat abang Aus. Anak perempuan kan kena duduk dekat dengan orang tua dia.." tambah Aisy lagi. Papa dengan mama tersenyum mendengar bebelan anak manja mereka itu.

"Tahu tak kenapa papa bagi dekat abang Aus?" Aisy menggeleng kepalanya.

"Abang kamu tu, sebab tempat kerja dia kan dekat sana juga..sebab tu papa bagi dia uruskan company di sana. Papa bagi Aisy dekat sini, sebab Aisy juga cakap nak berdikari kan? Nak belajar hidup sendiri dan tak nak susahkan orang tua..ingat lagi tak?" Soal papa.

Aisy mengeluh perlahan. Dia terus sahaja bangun dan duduk berhadapan dengan orang tuanya. "Papa, mama..macam ni sebenarnya. Boleh ke papa dengan mama tunggu Aisy habiskan master Aisy dulu? Lepas tu baru Aisy ambil alih syarikat keluarga kita?" Aisy memberi cadangan kepada orang tuanya.

Aisy mengharap papa dengan mama memahami dirinya. Dia berjanji selepas selesai semuanya, Aisy tidak akan menangguh lagi. Papa dan mama memandang ke arah anaknya itu. Aisy pula menayang senyum sehingga menampakkan lesum pipitnya itu.

"Betul ni lepas habis master?" Soal papa dengan mama serentak. Aisy mengangguk laju.

"Betul papa, mama. Aisy tahu, sampai masa Aisy balas jasa papa dengan mama. Aisy minta masa sikit aje lagi, tak lama dah. Aisy janji, lepas tu Aisy tolong papa tauu.." kata Aisy manja.

Kerana Dia Jodoh Aku (NEW VERSION)                                       (EBOOK)Where stories live. Discover now