Ash❤️Aisy 4 {New Version]

2.8K 116 8
                                    

Selepas menghantar Aisy di Airport, Aus menghala ke satu restoran yang biasa dia dan rakan-rakannya melepak. Bukan mudah untuk berkumpul semua tambah pula ada yang sudah berkahwin. Kebiasaannya mereka berempat tetapi apabila dua orang sudah berkahwin dan jika dapat waktu bercuti, masa bersama keluarga dimanfaatkan sebaik mungkin. Aus memahami keadaan itu dan dia tidaklah terlalu mendesak.

Apa yang membuatkan Aus Athari pelik, mengapa seorang lagi sahabatnya itu belum lagi muncul. Hendak kata sudah berkahwin rasanya status mereka masih sama. Bujang! "Sorry bro, dah lama ke tunggu?" Tanya sahabatnya itu. "Waalaikumsalam, mana salam kau Am?" perli Aus.

"Sejak bila baik ni?" Tanya Am. "Dah makin tua ni, orang kata kubur dah panggil mari..bawa-bawalah jadi baik. Zaman jahil dulu elok kita tinggalkan." "Ha ha ha..mimpi nak mati ke malam tadi? Insaf sangat ni.." Am ketawa lepas. Aus geram sahaja dan dia tahu Am memang seperti itu. Kuat bergurau.

"Punya lama aku tunggu kau, ingat dah sesat jalan dekat Terengganu ni. Maklumlah, asyik round atas awan aje.." Perli Aus. "Sesat jalan tu tak mungkin, tapi takut sesat ke hati awek Terengganu aje.." Balas Am sambil ketawa. "Kalau sesat ke sini, tak jadi resign nampaknya.." kata Aus mengusik. Am senyum sekilas. "Berapa lama kau cuti ni?" Soal Aus. "Aku cuti sebulan, baru aje lepas bertempur dekat atas. Balik aje aku terus settle-kan cuti aku. Aku minta dua bulan tapi tak pasti lepas atau tidak sebab takut nama naik untuk Pertunjukan Udara sempena bulan kemerdekaan nanti." jelas Am kepada Aus.

"Tak apalah, dapat cuti memang kena betul manfaatkan. Maklum ajelah, masa ini aje pun nak luangkan masa dengan keluarga." tambah Aus lagi. Dia sangat memahami kerana dia juga pernah merasa dahulu. "Nasib bujang, kalau dah kahwin sebulan juga aku kerjakan isteri aku." Aus geleng kepala mendengarnya. "Dasar gelojoh!" "Nama pun ada isteri tapi itulah, nampaknya kita masih bujang..mampu menung ajelah.." balas Am sambil tertawa.

"Lepas tu, company papa kau macam mana? Jadi ke take over?" Soal Aus. "Itulah, aku kena buat jugalah dalam tempoh sebulan ni. Papa aku memang dah tekad serah dekat aku dan kau tahu kan kenapa aku kena balik KL esok ni.." Aus mengangguk faham. "Aku yakin kau boleh Am. Aku bukan baru kenal kau semalam. Kerja kau dekat atas awan pun bukan biasa-biasa, apalah sangat nak handle company papa kau." balas Aus.

"Aku biasa aje, Aus. Tetap juga ada kurangnya. Banyak aku kena menuntut dengan kau. Jauh bidang kita ni tapi aku cuba yang terbaik." "Kau boleh, Am dan aku bersedia aje nak ajar kau bila-bila masa." balas Aus.

Aus dan Am merupakan sahabat dari mereka tentera lagi. Walaupun keduanya mempunyai latar belakang daripada keluarga berada, tetapi mereka lebih memilih tentera kerana itu adalah minat mereka. Aus memilih untuk berhenti kerana dia ingin membantu business keluarganya. Walaupun pada awalnya Am melarang akan tetapi Aus tetap bertekad dan tidak berkata banyak Am hanya mampu menyokong sahaja keputusan sahabatnya itu.

"Kau balik ni sebab papa nak kenalkan kau dengan semua BOD lah ye?" "Hurmm..macam itulah nampaknya. Tapi, kau tahu kan aku macam mana? Aku bukan boleh lama dalam meeting." kata Am. "Kau yakin ke boleh berhenti daripada dunia tentera kau ni? Kau bukan ada kakak ke Am? Kenapa dia tak bantu kau sekali?" Soal Aus ingin tahu.

"Banyak soalan kau, sabar..aku jawab satu-satu." "Jawab ajelah, tak payah perli sangat." balas Aus. "Ha ha ha.." Am tertawa. "Buruklah orang tua sentap." "Kau dengan aku sebaya aje, jangan perasan muda.." balas Aus geram. "Aku lebih utamakan keluarga aku dan aku ada dua beradik aje Aus. Kakak aku dah busy dengan kerja dia. Aku ajelah harapan. Kalau tak sekarang, nanti sama juga..aku tetap akan berhenti." Aus angguk tanda faham. "Kejap..kakak kau kerja apa?" Soal Aus. "Doktor. Kau faham kan doktor macam mana?" "Patutlah.." balas Aus. "Kau ni, asyik tanya aku aje..jadi tak projek kita tu?" Tanya Am pula. "In shaa Allah jadi. Aku dah uruskan semua dan kau tinggal buat proposal lepas tu kita boleh tengok tempat tu." jelas Aus. "Kenapa tak kau aje buat proposal tu?" Am cuba mengelak. "Kau jangan nak mudah sangat kerja ye. Tulis report panjang-panjang boleh tak kan buat proposal tak boleh?" Soal Aus. "He he he.." Am tayang sengih. "Sempat ke sebulan?" Tanya Am.

"Sempat, aku hantar wakil tolong kau nanti. Tak lah slow sangat kau buat kerja." "Wakil?? Siapa?" Am berminat ingin tahu. "Staff akulah." "Lelaki ke perempuan? Kalau lelaki baik tak payah.." "Memilih kau ye.." "Haihh..hidup aku banyak tengok kaum sejenis aje, bagilah aku cerah biji mata sikit, Aus." Aus faham maksud sahabatnya itu.  "Pastikan perempuan, kalau lelaki aku tak jadilah buat projek ni." "Dua alam boleh? Cantik juga kan?" Aus bergurau. "Kau ajelah yang buat, malas aku.." "Ha ha ha.." Aus ketawa lepas.

"Kau datang tak meeting dengan Board of Directors tu nanti?" Tanya Am. "Tak pun sebab aku ada urusan dekat Singapore. Am angguk tanda faham. Tidaklah dia bertanya banyak kerana dia tahu Aus pasti sudah mengatur jadual kerjanya dan pasti akan ada wakil yang dihantar untuk menghadiri mesyuarat itu. "Aku harap wakil yang kau hantar untuk tolong aku nanti, biarlah pakej yang boleh buat isteri terus..manalah tahu, jodoh kan?"

~Pffffftt~ Tersembur air  yang sedang diminum oleh Aus. "Kau dah kenapa?" Soal Am. Aus geleng kepalanya. "Bukan apa, terkejut aje. Lain macam kau ni, dah tak sabar nak berbini ke?" Soal Aus. "He he he..dah sampai masanya. Mana tahu tak lama lagi aje kan.." Aus senyum segaris. "Kau dah kenapa senyum macam tu?" "Nanti kau tahulah.." balas Aus sekilas. Biarlah masa menentukan segala dan Aus pasti semuanya akan baik-baik sahaja. 'Kalaulah kau tahu siapa yang aku hantar, Am..' kata Aus dalam hati.

Kerana Dia Jodoh Aku (NEW VERSION)                                       (EBOOK)Where stories live. Discover now