Ash❤️Aisy 3 [New Version]

3.1K 101 3
                                    

"Aisy, kursus kau start pukul berapa?" Tanya Aus kepada adiknya itu. "In shaa Allah, lepas maghrib abang." balas Aisy. "Pergi naik apa? Nak aku hantarkan ke?" Soal Aus lagi. "Kau nak hantarkan ke abang? Aisy tak kisah pun. Tapi, tadi dah minta Pak Tam hantarkan.." kata Aisy.

"Boleh aje aku hantarkan. Adik aku sorang ni aje..apa lah sangat.." Aisy tersenyum bahagia. Aus  seorang abang yang penyayang. Buktinya, dia memang sangat menjaga Aisy baik dari dekat mahupun jarak jauh. Aus juga tahu jadual kerja Aisy kerana mereka di bawah satu syarikat yang sama cuma berbeza cawangan sahaja. Segala emel semua diberikan kepada Aus. Bukanlah Aus tidak percaya dengan adiknya, tetapi senang untuk Aus pantau kerja Aisy. Tambah pula, Aisy seorang yang mudah lupa dengan temujanji ataupun mesyuarat. Bagi Aus, dengan cara begitu sahaja dia boleh mengingatkan adiknya Aisy Aufa. "Kerja semua okay tak Aisy?" Soal Aus. "Alhamdulillah, okay aje abang. Abang kan pantau Aisy, lagilah senang Aisy tau.." balasnya.

"Kena pantau, kau tu pelupa.." balas Aus selamba. Aisy menjeling tajam ke arah abangnya. 'Perli orang aje kerjanya..' getus hati Aisy. "Janganlah merajuk, aku gurau aje.." Aus memujuk. "Tahu takut.." usik Aisy. Dahulunya Aus merupakan seorang Tentera Udara, tetapi akhirnya dia memilih untuk berhenti dan meneruskan legasi orang tuanya untuk menguruskan syarikat keluarga mereka. Papa dan mama tidak pernah memaksa Aus akan tetapi Aus sendiri yang memilih untuk berada di syarikat itu. Aus mempunyai sebabnya sendiri. Tipulah dia tidak merindukan kerjayanya yang dahulu tetapi baginya keluarga lebih penting. 

"Abang tak rindu nak bawa jet ke?" Soal Aisy kepada Aus. "Rindu tu, mestilah aku rindu dik..tapi, dah takdir aku akhirnya berada di darat. Aku terima aje lagipun, mana-mana pun sama aje..cuma bila atas awan ni, healing dia mahal sikit lah.." kata Aus. "Cehh kau..healing kayangan sangatlah tuu.." balas Aisy. Aus ketawa kecil. "Boleh Aisy tanya?"  "Kau nak tanya apa?" Soal Aus. Agak-agak kan, bila kau nak bawa kakak ipar dekat aku abang? Tak sabar tau.." kata Aisy. Aus geram sahaja dengan soalan itu. 'Mengundang betul budak ni..' getus hatinya.

"Memang soalan kau dari siang tadi itu aje ke?" Soal Aus sambil memandang tajam ke arah adiknya. "He he he, kau handsome tau abang, makin handsome. Carilah teman hidup kau, mesti kau tak sunyi sangat nanti.." balas Aisy.

Aus geleng kepalanya. "Cubalah tanya aku dah makan ke, sihat ke tidak? Sejuk sikit hati ni dengar.." "Dah ada depan mata..tahulah kau sihat abang.." balas Aisy. "Aisy suruh cari makwe aje bukan cari pasal. Itu pun nak marah, tak nak jawab tak apa..tak paksa pun.." balas Aisy. "Kau tahu kan aku tak boleh marah kau? Kau ajelah adik yang aku ada.." balas Aus. "Sebab tu Aisy suka usik  abang.." Aisy pamer senyum. "Banyaklah kau punya usik. Doakanlah aku jumpa jodoh yang baik, siapa aje tak nak kahwin..cuma, tak jumpa aje lagi.." "In shaa Allah abang. Aisy selalu doakan dan Aisy percaya, yang lambat ni selalu jodoh yang tepat. Tapi, janganlah lambat sangat sebab papa dengan mama nak main dengan cucu dah tu.." tambah Aisy lagi.

Pap!! Aus membaling bantal ke arah Aisy dan tepat mengena wajah adiknya itu. Bengang sahaja wajah Aisy ketika itu. 'Gurau kasar nampak..' getus hati Aisy. "Kau sengaja eh abang baling dekat muka? Nak kena kau ni.." Aisy membaling semula bantal itu dengan lebih kuat. Aus tidak sempat mengelak dan Aisy pula semakin galak memperlakukan sepuas hatinya. Meriah rumah malam walaupun hanya mereka berdua sahaja.

Malam itu Aus yang menghantar Aisy ke Hotel Grand Continental di Kuala Terengganu. Memandangkan tidaklah terlalu jauh dari rumah, Aisy bersiap dengan santai sahaja. Perjalanan hanya mengambil masa kurang daripada setengah jam. Oleh kerana itu, Aisy lebih mudah untuk pulang ke rumah keluarga sendiri berbanding duduk di hotel.

Aisy menghadiri kursus itu adalah untuk mencapai KPI dirinya. Walaupun dia seorang CEO,  dia juga perlu untuk menambah ilmu. Bagi Aisy tidak salah menuntut ilmu baik tua mahupun muda kerana dengan adanya ilmu, kita tidak mudah ditindas.

Kursus itu berlangsung selama 3 hari 2 malam dan sebelum pulang ke Kuala Lumpur, Aisy berjumpa dahulu dengan kedua orang tuanya.

Tidak puas rasanya berada di Terengganu dalam masa yang singkat. Hendak bermanja lama dengan papa dan mama juga tidak sempat kerana dia bukanlah balik untuk bercuti.

"Papa dengan mama, ingat pesan Aisy tau. Jaga kesihatan. Aisy bukan dekat tau tapi Aisy boleh pantau dari jauh aje. Ubat-ubat makan ikut masa, habis aje ubat..jangan lupa ambil dekat hospital tau.." Pesan Aisy kepada papa dan mama. "Janganlah risau. In shaa Allah, papa dengan mama pandai jaga diri. Kami lagi risaukan Aisy duduk sorang dekat sana. Jaga diri Aisy.." pesan mama. "In shaa Allah. Aisy okay aje dekat sana. Nanti Aisy balik lagi tau. Nak cuti lama sikit lepas tu Aisy nak manja puas-puas.." balas Aisy sambil memeluk kedua orang tuanya.

Mereka berbalas pelukan. Papa dan mama sangat mempercayai Aisy kerana Aisy seorang yang pandai menjaga dirinya. Risau itu tetap ada tetapi mereka lebih mengenali Aisy Aufa.

Walaupun Aisy Aufa dibesarkan dalam keluarga yang berada, sikapnya yang sangat merendah diri itu membuatkan orang sering berasa selesa dengannya. Bila bekerja, Aisy seorang yang tegas dan apabila di luar waktu kerja..Aisy menjadi dirinya dan terkadang itu keluar juga perangai gila-gila seorang Aisy.

"Aus, kamu jangan drift sangat.." Pesan papa. "Baik papa. Nak drift mananya papa. Terengganu ni papa bukannya KL." balas Aus. "Kau bawa kereta macam bawa jet kan? Tahulah jet tu laju." perli Aisy. "Kau ingat atas awan?" perli Aisy. Orang malaysia dah lah kaya, kereta makin banyak..aku nak drift pun payah. Kejap-kejap jem." balas Aus tidak mahu kalah. 

"Eloklah, kalau tidak sepanjang jalan aku berzikir abang. Nak putus nyawa aku dibuatnya. " balas Aisy. "Hurmm..cepatlah, nanti terlepas flight pula.." ajak Aus. Aisy bersalam dengan kedua orang tuanya dan terus sahaja dia memasuki kereta. Perjalanan daripada rumah ke Airport hanya 15 minit sahaja. Aus menghantar Aisy sehinggalah Aisy masuk ke boarding. "Dik, jaga diri tau dekat KL. Aku tak ada selalu dengan kau ni, jangan buat bukan-bukan.." Pesan Aus kepada Aisy.

"Aisy belum gila tau nak buat benda bukan- bukan. Aisy ni la adik paling baik, sopan santun dan lemah lembut.." Aisy angkat bakul sendiri. "Habis dah puji diri sendiri?" Soal Aus. "Betul kan semua tu? Abang aje suka menafikan.." balas Aisy. Aus beriak selamba. Malas mahu melayan. Kalau dilayan nanti, tidak habis pula.

"Aku kan dik.." Aisy kerut dahi. "Kenapa?" Soal Aisy. "Aku ni, nak minta tolong kau.." Aisy mengerutkan dahinya. "Tolong apa?" Soal Aisy. "Lusa nanti, sepatutnya aku kena pergi meeting dekat KL..tapi itulah, tak boleh nak pergi pula.." "Atas sebab apa kau tak boleh pergi abang? Kenapa Aisy pula kena attend meeting tu?" Aisy sebenarnya bukanlah tidak mahu membantu tetapi kebiasaannya meeting yang dihadiri Aus ini, meeting yang bukan biasa-biasa.

"Abang kena pergi meeting dekat Singapore. Sorry, sebab memang tak boleh elak.." jelas Aus. Aisy memandang tajam ke arah abangnya. "Boleh lah eh dik?" Rayu Aus. "Errrr..iyalah. Last minute suka lah bagi dekat aku kan. Ada apa-apa isu tak?" Soal Aisy. Dia perlu tahu sekiranya ada perkara penting.

"He he he..tak ada isu.. Actually, meeting tu untuk kenalkan Board of Director baru untuk syarikat logistik di Malaysia.." Aus menayang sengihnya. "Tapi kan jemputan aje, tak pergi pun tak apa kan?" Soal Aisy. "Memanglah, tapi tetap kena hantar wakil." Balas Aus. "Aku hantar wakil ajelah abang." Aisy cuba mengelak. "Kau ni, kau lah wakilnya." Aus geram sahaja kerana dia tahu Aisy tidak mahu.  "Tolong tau, nanti cakap aje apa yang kau nak dik..aku belanja.." Aus pamer senyum.

"Ingat Aisy budak-budak ke nak kena upah aiskrim?" Aus tertawa kecil. 'Aiskrim jadahnya?' Getus hati Aus. "Tak mainlah aiskrim, kau nak apa cakap aje.." "Boleh eh? Iphone latest boleh?" Aisy pamer senyum. "Boleh, untuk adik aku sorang ni..semuanya boleh.." balas Aus. Mana tahu kau jumpa jodoh dekat sana. Abang dengar, kali ni ramai yang muda. Mana tahu tersangkut sorang.." Aus mengusik.

"Lebihlah kau abang. Dah la, nak masuk dah ni. Doakan Aisy tau..nanti, nak balik sini..beritahu Aisy..Aisy nak balik juga.." "In shaa Allah..nanti abang roger kau. Jaga diri tau. Apa-apa, beritahu aku cepat dan jangan diam aje.." pesan Aus lagi. Aisy kerdipkan matanya.

Aus melambai ke arah adiknya yang sudah pun melepasi pintu boarding itu. Hubungan mereka sangat rapat dan Aus selalu mendoakan yang terbaik untuk Aisy. Dia tahu bukan senang Aisy melupakan kisah silamnya akan tetapi, Aisy cuba menerima takdir yang telah ditentukan. Semoga Aisy bertemu dengan jodoh yang terbaik. 'Abang sayang kau dik..' kata Aus perlahan.

Kerana Dia Jodoh Aku (NEW VERSION)                                       (EBOOK)Where stories live. Discover now