Ash❤️Aisy 1 [New Version]

5.4K 147 2
                                    

Tidak lama kemudian, Aisy akhirnya sampai juga di pejabatnya. Aisy mengurut dada tanda lega dengan apa yang sudah terjadi terhadap dirinya pada pagi itu.

Aisy mengambil masa sedikit untuk berehat sebelum dia memulakan kerjanya. Aisy melihat jadual kerjanya pada hari itu, supaya dia tidak terlepas mesyuarat yang perlu dihadiri.

Maklumlah, Aisy mempunyai satu prinsip, jikalau daripada pagi sudah kelam kabut pastinya sampai ke sudah jugalah dia akan rasa benda yang sama. Aisy melepaskan keluhannya perlahan. 'Harapnya semua okay sahaja sampai ke petang..' getus hatinya.

Setelah seharian bermesyuarat, Aisy kembali semula ke biliknya dan jam menunjukkan hampir pukul 3:00 petang. Aisy segera menunaikan solat kerana waktu sudah lewat. Aisy tidak biasa untuk melambatkan solat akan tetapi, kita hanya manusia biasa. Ada masa, memang akan terlambat juga dek kekangan kerja.

Usai sahaja solat,  Aisy kembali meneliti segala kerja yang perlu diselesaikan sebelum dia perlu menghadiri kursus selama tiga hari bermula rabu sehingga jumaat.

'Barang dah lah tak kemas lagi..' ngomel Aisy sendiri. Kadang kala Aisy merasakan susah untuk hidup sendiri tambah pula, jauh daripada kedua orang tuanya. Jika dahulu, pasti mama yang akan membantu Aisy untuk mengemaskan barang- barangnya jika Aisy perlu menghadiri kursus. Baik kursus dekat mahupun jauh. 'Rindunya Aisy dekat papa dengan mama..' Aisy meraup mukanya. Rindu sangat.

Selepas menyelesaikan beberapa kerjanya, Aisy bersiap sedia untuk pulang ke rumah. Banyak perkara yang perlu dia lakukan. Perjalanan yang mengambil masa kurang setengah jam itu, akhirnya sampai juga di rumah Aisy. Aisy terus sahaja menuju ke biliknya untuk merehatkan diri dan dia juga bersyukur kerana banyak kerja yang dapat diselesaikan pada hari itu. Sebelum pulang, Aisy terus sahaja dinner terlebih dahulu kerana malam itu dia perlu mengemas pakaiannya. Walaupun kursus itu hanya tiga hari sahaja, tetapi dia harus memastikan tiada barang yang tertinggal.

30 minit kemudian..

Usai Aisy mengemas, dia terus sahaja berbaring di atas katil empuknya itu. Penat dirasakan sehari itu. 'Time to sleep..' kata Aisy dalam hati. 

Memandangkan flight pada keesokan hari adalah jam 10:00 pagi, dia bercadang untuk bergerak awal sedikit supaya tidaklah terlalu rushing.

'Tidur Aisy. Kau tu dah la clumsy dan buatnya terlajak esok, haru juga dibuatnya..' ngomel Aisy sendiri. Niatnya juga ingin shopping di KLIA esok kerana sudah lama tidak shopping di tempat bebas cukai itu. Orang kata, alang-alang dah sampai sesekali perlu juga cuci mata dan cuci poket juga.

Kerana Dia Jodoh Aku (NEW VERSION)                                       (EBOOK)Where stories live. Discover now