Ash❤️Aisy 5 {New Version]

2.6K 109 4
                                    

Pagi itu, Aisy bangun agak awal kerana ingin menghadiri mesyuarat bagi menggantikan abangnya Aus. Hari itu Aisy mengenakan pakaian smart casual sahaja. Mesyuarat pagi itu dihadiri oleh Board of Directors daripada syarikat usahama yang lain juga. Dalam diam, Aisy mengeluh perlahan. 'Huhh! Bosannya lah datang meeting ni! Kau saja ajelah abang bagi aku meeting boring ni..'

Rambut Aisy dilepaskan dan didandan curly di bahagian bawah bagi menampakkan lagi gaya  elegan seorang Aisy Aufa. Aisy dikurniakan rupa paras yang cantik dan ditambah pula lesum pipit kiri dan kanan yang membuatkan sesiapa sahaja terpukau dengan kecantikan Aisy Aufa terutama apabila Aisy tersenyum. Orang kata, boleh menenangkan dan tidak jemu mata memandang. Mama juga selalu menyamakan muka Aisy seperti Mahalini iaitu artis daripada Indonesia. 'Bukan main kan mama, nak anak muka macam artis aje. Tak apelah mama..dekat Indonesia ada Mahalini, dekat Malaysia ada Aisy yang Masya Allah cantiknya..' puji Aisy sendiri dalam hati.

Perjalanan yang mengambil masa hampir satu jam itu akhirnya sampai juga. Awalnya Aisy agak risau jika tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Maklum sahajalah, keadaan jalan sukar untuk diramalkan. Perjalanan Aisy pada pagi itu untuk ke Ash. A Logistic Worldwide sampai tepat pada masanya .'Huh, kenapa nervous sangat ni?' gumamnya perlahan. Jantung Aisy tidak memberikan kerjasama yang baik. Bukanlah kali pertama Aisy menggantikan Aus tetapi pagi itu dia merasakan agak nervous.

Usai Aisy memarkir keretanya, dia segera turun kerana dia juga tidak tahu selok belok syarikat yang besar itu. 'Boleh sesat ni..' getus hatinya. Aisy terus sahaja ke lobi utama dan bertanyakan di manakah lokasi mesyuarat pada pagi itu. Setelah diberitahu, Aisy segera berlalu ke lif untuk menuju ke bilik mesyuarat. Sedang Aisy mencari lokasi bilik mesyuarat itu, dia disapa oleh seseorang.

"Cik Aisy Aufa Bt Dato' Arshad?" Tanya seorang perempuan. Mungkin personal assistant kepada salah seorang director di situ. Aisy pamer senyum. "Betul, I Aisy Aufa." balas Aisy. Mereka bersalaman. "Cantiknya Cik Aisy ni. I selalu dengar orang kata Ceo A. Arshad Holdings ni cantik. Rupanya memang cantik betul. Insecure I tau.." kata perempuan itu.

"Jangan memuji sangat, you pun cantik. I biasa aje. Allah bagi pinjam kejap aje ni dan sampai masa dia akan tarik semula.." kata Aisy lagi. Iman tersenyum mendengar kata-kata itu. "By the way, I nak panggil you apa?" Soal Aisy. "Panggil I Iman aje.." Aisy angguk tanda faham. "I suka cara you Cik Aisy . Humble.." puji Iman lagi. Aisy tersenyum sahaja. Malu pula apabila dipuji berkali-kali. Bagi Aisy, cantik adalah subjektif. Semua orang Allah jadikan cantik dan tetap juga ada kekurangan selagi namanya manusia biasa.

Aisy kemudian meminta izin untuk masuk ke bilik mesyuarat kerana tepat jam 9:30 pagi, mesyuarat akan bermula. Aisy melihat ramai juga sudah mengambil tempat dan semua mata tertumpu ke arah Aisy. Mungkin mereka pelik kerana tempat itu sepatutnya diduduki oleh Aus Athari tetapi yang datang seorang perempuan pula.

Aisy berjalan sambil menunduk hormat dan memberikan senyuman kepada mereka. Tidak lama kemudian, mesyuarat itu bermula dan ketika Aisy sedang fokus mendengar segala yang diucapkan oleh pengerusi mesyuarat, tiba-tiba pintu bilik itu dibuka. Aisy memandang ke arah lelaki yang baru sahaja masuk itu dan Aisy terpegun seketika. 'Handsome..' getus hatinya. 'Ada lagi rupanya lelaki handsome dekat Malaysia ni..' bisik hati Aisy. "Sorry, jalan jem.." kata lelaki yang baru sahaja sampai itu. "Jarang orang penting ni tak punctual.." kata salah seorang ahli mesyuarat di situ. Lelaki itu hanya senyum segaris.

Lelaki itu kemudian mengambil tempat berhadapan dengan Aisy memandangkan di situ sahaja yang masih kosong. Aisy memberikan senyuman kerana tidak mahu digelar seorang yang sombong tetapi malangnya lelaki itu tidak memberikan respon yang baik. 'Sombong sangat dah kenapa?' getus hati Aisy. Turn off  betul Aisy rasakan.

Kerana Dia Jodoh Aku (NEW VERSION)                                       (EBOOK)Where stories live. Discover now