01.'SCARLET ROSE.'

47 6 7
                                    


Desa Serczher: i

"KOTA Emas Kerajaan Duergeon tu jauh. Melalui beberapa gunung batu terjal dan lembah. Pada akhirnya, perjalanan akan terbatas dengan satu lembah paling hujung yang berlumpur. Lumpurnya berbisa."

"Benarkah?" Estella jadi ragu-ragu. Dia berhenti dari memangkas batang terakhir pohon Scarlet Rose. Bunga yang cantik itu biasanya hanya berbunga pada musim panas. Ia akan dituai pada penghujung musim dan dijual sama ada terus di pesta pasar terbesar di Desa Serczher itu atau dihantar ke kilang pemprosesan minyak wangi.

Estella masih ingat, ketika dia sampai di sini, haruman minyak wangi Scarlet Rose inilah yang merona pondok kecil Keluarga Broughly. Dia sangat sukakannya sehingga Heksal memberinya sebotol kecil pati Scarlet Rose. Menurut Heksal, Keluarga Broughly satu-satunya pengusaha ladang bunga ros ini. Benihnya didapati dari kantung kecil milik Heksal. Kantung kecil itu disisip bersama padanya ketika dia terhanyutkan di Sungai Lembah Hitam.

Ketika keluarga Broughly menemuinya, terdapat kantung bersama nota ringkas yang tiada seorang pun di perkampungan ini mampu membaca apatah lagi menafsirnya. Bila dia menginjak dewasa, kecerdasannya menekuni Kitab Sihir Kuno Serczher menemukannya dengan tafsiran nota itu.

'Scarlet Rose adalah milik rasmi Keluarga DiRaja Wincozseuer. Hanya keturunan berdarah hitam saja mampu memiliki Scarlet Rose dengan stamen keemasan.'- Pemegang amanat Wincozseuer-

Estella teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang Scarlet Rose.

Bukan!

Sebenarnya dia benar-benar tertarik mahu mengetahui tentang Heksal. Pemuda itu nampak brbeza dengan pemuda yang ada di ini. Bila ada kesempatan, dia memberanikan diri untuk bertanya kepada Mrs. Broughly.

"Heksal dihanyutkan di Sungai Lembah Hitam dan akhirnya ditemui di perkampungan ini." Bila Estella bertanyakan lebih lanjut tentang Sungai Lembah Hitam itu, tidak banyak yang Mrs. Broughly ketahui.

"Sungai Lembah Hitam itu dikhabarkan terletak di Hutan Lembah Hitam. Sungai itu mengalir entah ke mana namun salah satu anak sungainya mengalir ke dalam Desa Serczher. Menurut cerita dari mulut ke mulut, ramai yang mati di hutan itu. Hutan itu terletak bersempadan dengan kawasan jajahan empayar kerajaan Duergeon." Mrs. Broughly bercerita ringkas.

"Jadi kita sebenarnya di mana?" Estella menyoal.

"Kita di syurga. Duergeon itu neraka. Kau dari sana, kan? Kau tentu seorang yang kejam dan keji!" D'loise mencelah. Dia datang membawa bakul kosong lalu bunga tuaian Estella dirampas dan diletakkan ke dalam bakulnya.

Mrs. Broughly menggeleng mendengar kata-kata dan melihat tingkah kasar D'loise. Sememangnya semenjak Estella dibawa pulang Heksal dan diberikan perlindungan di sini, D'loiselah orang yang paling tidak menyenanginya.

"Sebenarnya kita di mana?" Tanpa menghiraukan D' loise, Estella mengulangi soalan. D'loise tidak berlama di situ, terus membawa bakul yang penuh ke gudang, meninggalkan Mrs. Broughly dan Estella.

Mrs. Broughly mengerutkan dahi. Soalan itu amat susah buatnya. Bukan dia saja, malah seluruh kampung. Keberadaan Desa Serczher ini bagai tidak tercatat di dalam mana-mana peta, apatah lagi dinukil sebagai berkependudukan manusia.

Tanpa menjawab persoalan Estella, Mrs. Broughly mengangkat bakul tuaian yang telah penuh. Terkocoh-kocoh dia berjalan menuju ke gudang kecil, tempat penyimpanan sementara. Di kampung itu, hanya keluarga yang mempunyai ladang ros. Ladang itu pula hanya menghasilkan sejenis bunga mawar. Scarlet Rose. Itulah satu-satunya mawar yang ada di perkampungan ini.

Sedang Estella mengumpul semua bunga yang dituai, Heksal yang turun dari kuda itu menyapa. Dia mengambil setangkai ros lalu melutut, menyerahkan bunga itu kepada Estella. Estella tersenyum manis.

"Perempuan yang menerima Scarlet Rose dengan stamen yang terlihat keemasan dan pangkalnya kehitaman dari lelaki yang melutut itu bermakna dia akan habiskan usianya bersama lelaki itu!" Kedengaran Mrs. Broughly melaung dari kejauhan.

Estella tersentak. Dia pantas menyelak kelopak ros di tangannya.

Heksal melihat kegugupan Estella lalu tersenyum. "Kau terlihat gugup. Adakah kau tidak mahu diam di sini sehingga takut kalau aku berikan mawar emas itu?"

Estella menggeleng. "Aku bimbang jika ia tak ada di sini kerana kau berharap aku menerimanya satu darimu. Aku ingin terus tinggal di sini, malah di sini!" Telapak tangannya diletakkan ke dada Heksal.

Heksal tersenyum nipis. Wajah polos itu direnung. Sukar menepis rasa yang menggebu di jiwanya sejak pertama kali melihat wajah itu.

"Tak mudah mendapatkan Scarlet Rose emas. Hampir berpuluh tahun ladang ini dibangunkan, belum pernah ada satu pun."

"Aku berharap sekurang-kurangnya ada satu dalam berpuluh ribu yang kita tuai sepanjang minggu ini."

Heksal mengangguk. Biarpun mustahil, dia tidak menolak kebarangkalian akan ada sekuntum bunga itu bila tiba masanya. Ia telah tercatat dalam kitab kuno yang dibaca dan dia mempercayainya.

"Tapi tanpa bunga itu sekalipun, aku tetap ingin kau ada denganku, Yreiuse," bisiknya perlahan. Pinggang Estella diraih. Lalu menunda gadis itu ke gudang.

Estella terkejut dengan tindakan Heksal lalu menjegilkan mata. "Aku sedang bekerja, Heksal."

Dia yang tersandar di tepi dinding gudang itu lantas menjengah ke luar. Bakul tuaiannya baru separuh terisi. D'loise tentu marah jika mendapati dia lari dari kerjanya.

"Aku perlu memenuhkan bakul itu..."

Tidak sempat menghabiskan kata-kata, Heksal terlebih dahulu mendiamkannya dengan ciuman. Lama dan penuh kehangatan. 

THE DARK BLOOD PRINCEWhere stories live. Discover now