Bab 2

189 19 0
                                    

Ayam mulai berkokok tandanya hari sudah pagi. Tak terasa pagi dah menjelang. Tidur bagaikan hanya tidur 1 jam. Dari bawah kedengaran suara kuali sepertinya ada seseorang lagi masak di dapur. Aroma yang menyengat dari masakan tersebut bagaikan dibawa pergi oleh arus.

Seperti biasa, rutin seharian akan dilakukan saat apgi menjelang. Tak kisahlah, sedang menyapu ke, sedang menyiram bunga ke, sedang menjemur baju ke. Tak kisah.

Puan Siti yang menjadi tukang masak berkeringat. Dahinya dipenuhi dengan keringatnya sendiri.

"Adira! Kenapa jemur baju tu lama sangat? Tu laki kau tu bangunkan." Jerit ibunya dari dapur. Awalnya, Adira yang hendak masak tapi ditolak mentang-mentang oleh ibunya. Mana tidaknya kalau orangnya selalu lupa letak garam dan ajinomoto.

"Mana pergi dia ni tak menjawab?" Soal Puan Siti. Iya langsung menutup dapur gas. Tangan dilap. Meninggalkan masakan hanya untuk Adira.

"Apa agaknya dia buat dekat sana lama sangat." Muka Puan Siti tampak risau. Ia melangkah dengan lajunya sehingga sampailah diluar. Matanya terbeliak.

"Ya Allah, Adira!" Adira yang lagi asyiknya memetik bunga lalu diletakkannya pada kucing terkejut mendengar jeritan ibunya. Kucing yang mendengar pun lari dengar jerit Puan Siti tau!

"Apa awak buat ni!" Dengan lajunya Puan Siti menghampiri Adira. Adira langsung meletakkan tangannya ke belakang seakan-akan tiada yang terjadi.

"A...ada apa ibu?" Tergagap-gagap Adira menyambut kata ibunya.

"Apa Adira buat ini?" Puan Siti menoleh ke kiri, "Aik! Baju pun belum siap dijemur lagi?!" Tak terkata Adira dimarah oleh Puan Siti.

"Apa ini, pagi-pagi buta terjerit-jerit ini." Soal ayah Aryan yang diberi nama Hadi Izman. Beliau merupakan pengusaha syarikat namun sekarang iya diambil alih oleh anaknya. Beliau berusia 39 tahun. Orangnya memang suka bergurau. Penampilannya juga sederhana. Akan tetapi, beliau mempunyai 2 buah rumah. Cukup kaya ye.

"Bukan macam tu jemur baju!" Marah Puan Siti yang siap memegang batang penyapu.

"Alah ibu. Janganlah main pukul-pukul."

"Ha..tahu pun takut. Baju ni jemur betul-betul. Dari yang pendek ke panjang. Bukannya pendek panjang pendek panjang." Bebel Puan Siti yang mengajari Adira.

Sesi menjemur baju selesai. Dapur menjadi target kedua.

"Tengok ini ha..kerja ibu pun belum siap." Bergegas memasak meskipun masih banyak masa.

"Nak saya tolong ke?" Tanya Adira dengan lembutnya.

"Boleh juga. Tolong ibu potongkan ayam itu. Ibu nak masak nasi goreng ayam special pagi ini."

"Pagi ini? Esok lusa tak ada ke?" Mendengar balasan dari Adira, Puan Siti termenung sejenak. Menarik nafasnya untuk menenangkan fikiran. Marah betul agaknya.

"Adira..." Panggil ibunya dengan lembut.

"Ha, ya, ya, ya. Tak tanya lagi." Adira faham apa yang dimaksudkan. Takut sangat si Adira ni dengan ibunya. Baru nak buka mulut, bunyi pisau Adira membuatkan Puan siti terperanjat. Hampir jatuh jantung dibuatnya.

"Budak ini ada masalah dengan ayam ke?" Bunyi pisau sekali lagi terdengar. Bukan lembut bukan juga sederhana. Di pandangan Puan Siti, Adira dah macam pembunuh yang kejam

"Ye, ada apa ibu pandang Adira." Puan Siti hanya dapat tersenyum.

"Potong ayam tu jangan kuat sangat terkejut mak. Bagi perlahan sikit."

"Oh... perlahan." Dilembutkan pula tangannya. Adira potong macam potong isi daging ayam. Puan Siti yang melihatnya dibuat sakit kepala dengan ulahnya.

"Dah, dah, dah Adira. Biar ibu yang potong. Pergi bangunkan Aryan. Masih tidur lagi agaknya." Puan Siti hanya menggelengkan kepalanya. Adira yang memandang ibunya hanya mengangguk dengan diikuti senyuman manis. Macam tak bersalah pula.

Tak Seindah Bunga [C]Where stories live. Discover now