Bab 11

41 11 4
                                    

Baru je bangun, bunyi bising dekat bawah dah macam berperang. Mahu tidak mahu Adira bangun walaupun dirinya malas untuk menggerakkan tubuh badannya.

"Ya Allah! Aryan! Sudahlah tu. Korang ni dah macam nak pergi berperang," ujar ibu Aryan.

"Eh eleh. Kita yang bertamu dia pula yang marah. Suka hati akulah nak bertamu. Lagipun bukannya aku tendang pintu kau en." Ammar ni pun satu. Kalau tak buat masalah bukan Ammar lagi namanya. Suka sangat naikkan darah orang.

"Kau, kuburkan juga kau nanti. Nasib baik kau bukan adik aku. Kalau tak dah lama dah aku pusing kepala kau," ujar Aryan.

"Lagipun mak awak yang suruh saya masuk. Padan muka kau!" Dengan santainya Ammar baring di sofa. Aryan mendongakkan kepalanya ke atas. Dah nak meletop dah ni, takkan tak lari lagi.

"Oh by the way. Aku nak tinggal disini bersama korang. Boleh kan?" Bangun dari sofa. Puan Siti yang mendengar, tersenyum. Tapi tidak dengan Aryan yang memang dah rasa nak dibuangnya isi perut.

"Eh boleh boleh! Mak cik izinkan. Yelah Ammar kan abang sepupu Adira. Adira yang melihat dari atas bercekak pinggang. Aryan langsung mengalihkan pandangannys ke arah ibunya.

"Mak."

"Tak nak. Ibu yang izinkan Ammar untuk tinggal disini. Jadi, keputusan ibu muktamad."

"Tengok?" Mengangkat kedua bulu keningnya.

"Uuu, akhirnya ada keluarga yang besar." Gembira sangat Puan Siti pagi ni. Bersemangat! Ketika diizinkan, mulalah Ammar mengusik Aryan. Aryan hanya diam dan memandangnya dengan tajam.

"Kalau bini aku tak ada kat rumah, dah lama dah aku tanam dia ini dekat tanah." Gumam hati Aryan yang memang sudah panas. Mendengar Ammar yang tak henti-hentinya bercakap, semakin lama semakin panas Aryan mendengarnya. Puan Siti yang memasak di dapur hanya bersenandung.

Dah namanya gembira memang macam tu. Tapi makin lama makin besar pula suara Ammar. Di mata Adira, dia seperti melihat keadaan tersebut seolah amat kritikal. Dia turun menuju ke bawah.

"Ya Allah! Ada apa ini?! Dari tadi bising?"

"Hmm, singa kedua dah keluar," ujar sang ayah yang duduk di luar. Membaca surat khabar manakala telinganya mendengar pertelingkahan yang terjadi.

"Tengok dia ni! Dia nak halau tite!" Membuat muka manjanya di hadapan Adira. Dahlah tahu Adira ni geli buat pula muka manjanya. Aryan yang melihat ingin termuntah mendengarnya. Meremang bulu.

"Dahlah tak hensem buat muka manja. Ee geli."

Sakit mat bila orang kata macam tu. Sikap Aryan ni pula terlalu jujur. Sangat menusuk ya.

Terasa geram, Ammar hanya memandang Aryan. Dia yang mula dulu, dia pula yang geram. Kali ni, nampaknya Ammar ada persaing yang hebat ye.

Kerana terlalu geramnya, ditunjukkan jari kelingking ke arah Aryan. Tak terasa, satu tamparan singgah di belakang. Fuhh, bunyinya dah macam bergema.

"Apa yang abang buat ni?!"

"Ni jari kelingking lah! You promise i promise! No promise we can break the promise. Eh." Ammar terhenti seketika. Jenis yang suka menggoreng bahasa.

"Eh, lantaklah aku cakap apa." Hanya kerana ulah Ammar, mata Adira mencari-cari sesuatu.

"Kau sini sekarang!" Mengambil hanger. Ammar yang melihat langsung melarikan diri. Aryan yang memang sentiasa lepas dari isterinya duduk menyilangkan kaki.

"Aik, asal sunyi pula?" Tanya hati Puan Siti.

"Aryan?"

"Hmm?"

Tak Seindah Bunga [C]Where stories live. Discover now