Adira duduk dengan sabarnya menunggu kedatangan Aryan. Menunggu dengan lamanya, sehingga ia didekati seseorang yang tidak dikenal.
"Allahuakbar!" Menoleh ke belakang. Terkejutnya bukan main-main. Orang di hadapan Adira, rambutnya sangat tidak kemas. Kusut-masai. Baju yang dipakai kotor seperti tidak dicuci selama seminggu.
Orang di hadapannya hanya berdiri menghadap Adira. Melihat keadaan menjadi hening, Adira membuka perbualan.
"Emmm..ada yang boleh saya bantu ke mak cik?" Tanyanya dengan lembut. Mak cik dihadapannya tidak menjawab. Mulutnya terbuka tapi tidak mengeluarkan suara. Antara bisu atau suara yang kurang besar.
Adira yang melihat, kening sebelah kanannya terangkat.
"Maaf mak cik. Kalau mak cik ajak saya menggunakan bahasa isyarat, saya tak faham." Jawab Adira yang memang tak tahu kenapa dan siapa diri mak cik itu. Masih sahaja mulutnya terbuka.
"Dia nak kata sesuatu, tapi.." hati Adira bergumam. Adira menggaru kepala.
"Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu eh. Assalamualaikum." Pinta Adira. Sebelum melangkah tangannya dipegang erat. Mak cik itu mengucapkan sesuatu, namun Adira tidak mendengarnya. Bukan masalah pendengaran tak. Tapi masalah suara mak cik kekecilan.
Mak cik yang berusaha membuka mulutnya akhirnya mendekatkan telinga ke arah mak cik itu. Perlahan-lahan didekatkan.
"To...long..mak..cik..." Raut mak cik itu berubah mendadak. Dari tidak tahu apa-apa menjadi seperti hujan ingin membasahi bumi.
"Tolong? Tolong apa?" Tiada respon. Adira kehairanan. Adira tidak tahu apa yang harus dibuatnya. Nak tolong tapi tolong apa dia?
Adira melihat ke arah tangannya. Tidak pula memegang barang berat. Mulut mak cik itu terbuka lagi. Telinga langsung didekatkan.
"Tolong mak cik...carikan anak mak cik..." Adira sedikit terkejut. Dah macam cerita horror. Meremang bulu Adira.
"Anak mak cik? Anak mak cik dekat mana?" Matanya melihat ke arah Adira. Adira merasa tidak nyaman. Hanya senyum nipis sahaja yang diperlihatkan. Sudah puas melihat Adira, kakinya melangkah maju ke hadapan.
"Eh mak cik nak pergi mana!" Memegang lengan mak cik untuk menghentikan langkahnya.
"Nak cari anak mak cik." Mulai menangis. Tiba-tiba raut wajahnya bertukar kembali.
"Anak mak cik dekat sungai." Mak cik ni sakit jiwa ke? Dari tadi Adira duduk dekat pantai tak ada seorang pun dekat sana.
"Mak cik nak tengok anak mak cik." Raut wajahnya bertukar sedih kembali. Dari kejauhan terdengar seseorang berteriak ke arah Adira dan mak cik di hadapannya. Segera Adira menoleh.
Seorang lelaki yang berpakaian seperti doktor datang dengan laju.
"Mak cik! Mak cik pergi mana ni? Puas aku cari!" Ujar seseorang kepadanya.
"Aku nak cari anak aku!" Meninggikan sedikit nada suaranya. Ia seperti membentak.
"Sabar, sabar. Mak cik tak boleh marah macam ni." Cuba menenangkannya. Sepertinya mak cik ni memang sah ada sakit mental. Kotlah.
"Hai. Aa..maafkan saya apa yang...berlaku tadi. Mak cik ni dia pesakit mental." Jelas lelaki yang tinggi di hadapannya. Adira hanya mengangguk. Adira melangkah ke belakang untuk menjarakkan dirinya dengan lelaki di hadapannya.
"Emm..aku Kaiden atau doktor bagi merawat pesakit." Jelasnya sambil menghulurkan tangan untuk berjabat. Adira teragak-agak hendak menyambutnya. Adira dengan idea bernasnya mengangkat tangan kanannya.
YOU ARE READING
Tak Seindah Bunga [C]
Romantizm[Masih dalam proses mengedit] Bunga sentiasa indah dan mekar bukan? Kadang-kala, ada juga bunga yang layu. Sebuah ekpektasi tak seindah yang diharapkan. Begitu juga dengan kisah mereka. Pahit dan manis silih berganti. Dia Evie Adira dan suaminya Ar...