Bab 13

46 12 0
                                    

Adira membawa suami dan abang sepupunya mengelilingi kawasan persekitaran di luar rumah. Dia sengaja membawa keduanya untuk lebih lama hanya untuk memerhatikan tingkah laku keduanya.

Tangan memang tak akan dilepaskan. Kalau dilepas, keduanya dah macam tak ada rumah nanti.

"Oh..sebelum Adira terlupa. Adira nak berborak sedikit dengan Ophelia."

"Asal?" Tanya Aryan. Ingin melipat tangan sahaja tidak dapat.

"Emm, borak je. Tak ada apa-apa." Adira langsung meninggalkan keduanya. Saat sudah tidak melihat kelibat Adira, dengan cepat menarik tangan mereka.

Tangan keduanya saling mengelap di baju masing-masing. Ammar yang memang keterlaluan perilakunya lebih teruk daripada Aryan yang hanya mengelap di bajunya. Diambilnya daun lalu digosoknya pada telapak tangan.

Si Aryan ni pula hanya dapat melihat jelah. Namun, lama kelamaan perilaku Ammar semakin menjadi. Aryan menghembus nafasnya. Saat itu, ia teringat sesuatu.

"Heh. Unit dari Black Cover?" Tersenyum Aryan ketika mendapat tahu bahawa Ammar merupakan unit tentera dengan nama team Black Cover. Unit mereka agak special sedikit lah.

Tugasan mereka hanya untuk melindungi dan mengambil alih tempat musuh yang telah ditakluki. Namun, misi mereka lebih ke arah meragut nyawa. Di setiap team hanya terdiri daripada 3 hingga 5 orang. Dan terkadang misinya hanya dijalankan oleh seorang diri.

"Oh. Rupanya kau dah tahu eh." Aryan menggelengkan kepala.

"Memanglah aku tahu kalau aku yang memimpin pasukan tersebut." Kepala Ammar yang melihat ke arah kiri, dengan cepat memandang ke arah Aryan.

"WHAT?!" Waduh.. selama ini dia bergaduh dengan captain dia ke?

"Tapi jangan risaulah. Aku dah meletakkan jawatan untuk memimpin pasukan tu lagi. Aku lebih ke arah memimpin pasukan aku sendiri." Lega Ammar ketika mendengar.

"Tapi aku dengar dari orang lain, misi menyelinap masuk korang dah dibocorkan. Dan korang gagal untuk serang hendap, betul ke?" Aryan tidak menyahut. Dia lebih ke arah mengatur nafasnya.

"Aku pergi masuk dalam dahulu." Berlalu pergi meninggalkan Ammar. Tapi sebelumnya, Ammar berteriak ke arah Aryan.

"HEY YOU SIR! PLEASE DON'T MARAH MARAH DEKAT SAYA!"

"Aku sumbat juga mulut dia ni nanti," gumam hati Aryan sembari memejamkan matanya.





















"Tak sangka kau dah kahwin." Tersenyum memandang Adira yang lagi berdiri di hadapannya.

"Dan tak sangka pula kau kahwin dengan Aryan. Aku ingatkan perempuan macam kau ni tak laku." Bertopang dagu sambil memandang dengan tajam.

"Kenapa eh orang seperti korang berdua ni suka sangat kacau hidup orang? Kau dengan mak cik Jenab sama je perangai."

"Kau jangan nak samakan aku dengan mak cik gila tu. Aku dan dia lain." Ophelia cuba tidak meninggikan suaranya terhadap Adira. Bukan apa, Ophelia ni jenis yang tak mahu disamakan dengan orang lain.

Sunyi.

Hanya air sahaja yang yang terdengar.

"Lagipun mak bukannya sayang sangat dekat engkau en. Yelah, aku kan anak mak. Kau tu apa?" Memandang dari atas ke bawah, "Kau anak...luar...nikah." Tiada perasaan langsung! Dengan lantang dia mengatakan itu terhadap Adira.

"Oops, tersasul pula. Maksud I." Berdiri dan berjalan menghampiri Adira, "Kau anak tiri." Berbisik di telinga Adira. Ni kalau Adira sifatnya kejam, perghh dah lama dah si Ophelia ni kena tibai dengan Adira.

Tak Seindah Bunga [C]Where stories live. Discover now