BAB 14 - CEMBURU

279 17 5
                                    

Gara-gara Haffaz malam tadi, mereka terlewat bangun dan hampir tertinggal feri. Mujur Adara tersedar. Kelam-kabut mereka bersiap dan turun ke bawah untuk berkumpul di kereta.

"Lambat!"

Itu komen Hadi sebaik Adara dan Haffaz tiba di kereta. Mereka akan menaiki feri kurang setengah jam dari sekarang.

"Sorry. Aku dan Ra tidur lambat semalam." Haffaz menjawab sambil tersengih lebar.

Nampak sangat senyuman tu lain menunjukan apa. Adara lihat Hadi memandang ke arahnya dengan satu pandangan tajam. Argh, persetankan lelaki itu!

"Marilah kita gerak. Tunggu dekat terminal senang sikit."

Rina berkata perlahan. Dia berdiri di sisi Adara. Sejak mengetahui bekas tunang Hadi ini telah berkahwin dengan abang iparnya, Rina dihurung rasa bersalah. Dia tahu apa yang dia dan Hadi lakukan telah menyakiti hati Adara. Kerana itu dia mahu berbaik dengan kakak iparnya.

"Adara?"

Adara berpaling ke sisi. Dia lihat Rina sedang memandang ke arahnya.

"Ya?"

"Awak ada minyak angin? Saya rasa macam nak sakit kepala pula."

Mendengar pertanyaan itu Adara terus menyeluk beg tangannya. Seingatnya dia ada mengambil sebotol minyak angin pepperment ketika berkemas semalam. Berjumpa apa yang dicari, Adara terus menghulurkan botol tersebut kepada adik iparnya.

"Nah! Awak peganglah dulu. Kut nak guna dalam feri nanti."

"Terima kasih."

Adara mengangguk sahaja. Sekilas dia cuba memerhatikan raut wajah Rina. Wanita ini tidak kurang cantiknya. Dengan mata sedikit kecil dan hidung mancung. Kulitnya juga berwarna kuning langsat.

"Bibir awak pucat. Awak tak sihat ke Rina?" Adara bertanya.

Dari tadi dia lihat Rina seperti orang sakit. Bibirnya nampak pucat dan lesu walaupun sudah dicalit liptint nipis. Laju Rina menggeleng.

"Tak adalah. Mungkin saya kepenatan, sebab dah lama tak jalan jauh."

"Kalau tak sihat beritahu. Saya ada bawa bekalan ubat-ubatan."

Bibir Rina tersenyum pendek. Perbualan mereka berdua terganggu bila enjin kereta dihidupkan. Haffaz dan Hadi sudah masuk ke dalam kereta bahagian depan. Rina dan Adara berjalan lalu masuk ke kerusi belakang.

Feri mula bergerak tepat seperti waktu yang ditetapkan. Kereta diletakkan di bahagian deck bawah, manakala penumpang semua duduk di dalam. Haffaz dan Adara mengambil tempat yang telah disediakan.

"Abang nak sambung tidur. Mengantuk!" Haffaz berbisik rapat ke telinga Adara.

Adara tertawa.

"Abanglah ni. Mujur Ra terjaga. Kalau tidak confirm kena tinggal feri."

"Nak buat macam mana. Aura sayang terlalu memanggil-manggil."

"Mengada. Tidurlah. Ra nak pergi tandas sekejap."

Haffaz berdiri memberi ruang untuk Adara keluar. Selepas itu Haffaz kembali duduk. Adara berjalan perlahan menuju ke ruang tandas di bahagian hujung. Lebih kurang 10 minit di dalam, dia melangkah keluar. Bahunya terjungkit bila melihat Hadi sedang berdiri di hadapan pintu tandas.

"Ke tepi. Saya nak lalu." Adara memandang lelaki itu.

"Awak dah tidur dengan Abang Haffaz?"

Terkejut Adara dengan pertanyaan tersebut. Matanya dijegilkan sambil tangan berpeluk tubuh. Tidak percaya Hadi boleh bertanya perihal dalam bilik tidurnya. Melampau!

"None of your business."

Hujung bibir Hadi bergerak-gerak. Matanya membulat dan nampak kemerahan. Melihat Hadi sedang mengepal penumbuk, Adara tahu lelaki itu kemarahan.

"Awak milik saya Adara. Selamanya awak akan jadi hak milik saya. Tapi, damn! Abang Haffaz yang merasa tubuh awak dulu."

Hadi menggeleng-geleng. Melihat Hadi begitu, Adara rasa tidak sedap hati. Semakin lama dia tidak kenal lagi siapa Hadi. Lelaki ini seperti orang tidak siuman.

"Saya bukan barang, Hadi. Dan saya bukan hak milik awak. In fact, saya tak pernah pun jadi milik awak
kerana kita tak pernah berkahwin," balas Adara keras.

Dia cuba beredar dari situ, tetapi lengannya dipegang. Adara terus menyentak tangannya. Dada berombak kencang. Hadi memang tidak faham bahasa. Cakaplah seribu kali pun, dia tetap mahu mengganggu Adara.

"Sekali lagi awak pegang saya, saya akan menjerit dalam ni. Biar satu feri tahu yang awak ni dah gila Hadi. Dan honeymoon awak bukan di hotel, tetapi balai polis. Nak?"

Hampir suara Adara hendak naik satu oktaf. Kalau tidak fikir akan air muka Haffaz dan Rina, sudah lama dia menjerit kuat. Bila dia kata begitu Hadi hanya diam.

"Saya cemburu Adara. Selama bertahun-tahun saya tunggu untuk jadikan awak sebagai isteri. Tapi, Abang Haffaz senang-senang aje dapat awak. Huh!"

"Tak perlu nak menyesal. Ini semua berpunca dari awak sendiri, Hadi. Tapi, saya bersyukur. Sebab awak, saya dapat suami seperti Abang Haffaz. Bukan luaran saja kacak, dalaman juga. Dan saya puas."

Puas hati Adara dapat cakap begitu. Tidak menunggu lama dia terus berlalu pergi. Dia tidak akan membiarkan hatinya berdolak-dalik dengan penyesalan Hadi itu. Yang lepas biarkan lepas.

~~~~

To be continue...

SEPARUH HATI ADA PADAMU (ONGOING)Where stories live. Discover now