BAB 2 : CERITA CINTA KITA

117 14 0
                                    

"CANTIK sangat isteri abang!"

Terasa panas muka Fazia apabila tangan kasar Amriz yang mengusap rambut mula berpindah ke pipi. Tiada kata untuk membalas, dia hanya biarkan. Seketika, keheningan mengambil tempat. Masing-masing menikmati masa yang sedang dilalui.

"Sayang..."

Mata Fazia mula mencari suara lembut yang memanggil. Tapi hanya beberapa saat bertentang mata dengan mata hitam itu, anak matanya larikan. Kepala menunduk.

Ah, kenapa dengannya?

Bukan mereka tidak biasa berpandangan. Apa disebabkan ini malam pertama untuk mereka, perasaan itu jadi lain? Mungkin ya. Sebelum ini Amriz dilihat sebagai tunang, tapi malam ini lelaki itu suaminya.

Tangan Amriz yang hinggap pada dagu lalu mengangkat perlahan memaksa Fazia untuk kembali menatap wajah lelaki itu.

"Malu? Belum apa-apa dah malu."

"Abang!" Ditepuk lengan Amriz yang mula mengusik. Malam ini dia lihat sisi nakal lelaki itu yang tidak pernah dilihat selama lima bulan mereka kenal dan tiga bulan mereka bertunang.

"Sayang..." Tangan Fazia ditarik ke dalam genggaman.

"Terima kasih sekali lagi."

"Terima kasih untuk?"

"Untuk semuanya. Abang tak pernah sangka yang sayang akan muncul dalam hidup abang. Yang sayang akan jadi isteri abang. Abang akan kembali jadi suami. Sungguh abang tak sangka. Abang ingat selamanya..."

"Abang..." panggil Fazia sebelum sempat Amriz menghabiskan ayat. Tidak mahu lelaki itu mengungkit pengalaman lepas. Sebelum menerima Amriz sebagai suami dia sudah maklum kisah silam lelaki itu.

"Ini jodoh namanya. Allah dah tetapkan ada jodoh kedua untuk abang."

"Tapi abang tak sangka secepat ni."

"Abang yang buka pintu hati. Sepuluh tahun berlalu pun, kalau abang tetap tutup pintu hati takkan ada perempuan yang berjaya masuk ke dalam hati abang."

"Pandai dia bercakap!" Hidung si isteri dicuit.

"Yelah, Azi nak abang sedar yang abang dah jadi suami Azi. Abang bukan lagi duda dan bukan juga client."

"Kalau abang tak lantik M-Avs sebagai financial planning company abang, mesti kita takkan jumpa. Ini hikmahnya. Dulu abang down bila bisnes abang hampir bankrup, tapi fikirkan Luth yang jadi tanggungjawab. Abang kena kuat. Abang upah M-Avs untuk consult company abang. Tak sangka datuk sendiri yang handle. Dia datang office abang bawak PA dia yang cun ni. Masa kami bincang, mata abang ni asyik nak pandang PA dia je."

Terletus ketawa kecil dari bibir Fazia apabila teringat awal perkenalan mereka. Ya, Amriz merupakan client di syarikatnya bekerja. Awalnya atas dasar kerja. Kemudian perasaan itu berubah apabila mereka selalu berjumpa. Sedar-sedar jadi rapat.

"Ada sebab kenapa datuk nak handle company abang. Sebab abangkan 'somebody' yang mungkin company kami tumpang nama." Jujur.
Amriz mendengus. Kerana 'somebody' tu bisnesnya hampir gulung tikar. Dia bukan siapa-siapa. Bukan artis, bukan instafamous, bukan juga influencer. Dia hanya seorang ahli perniagaan yang menjalankan bisnes berkaitan automotif.

Tapi kisah lamanya buatkan dia mula jadi 'somebody' yang orang kenal, yang orang ingin tahu perkembangan. Tidaklah terkenal seperti Siti Nurhaliza, tapi pernah juga dia viral di media sosial sehingga ada yang mengecam dan ada yang menyokong.

"I know. Datuk jumpa abang. Dia introduce company dia dan apa yang dia boleh buat untuk selamatkan company abang. Mungkin sebab nampak dia ikhlas nak tolong, abang pilih company dia."

"Dan sebab keputusan abang tu, akhirnya abang jumpa jodoh abang. Indahkan aturan Allah."

"Abang harap ini perkahwinan terakhir abang." Kekura tangan Fazia yang cantik berinai dibawa ke bibir.

"Love you sayang."

"Love you abang."

Apabila tubuhnya ditarik ke dalam pelukan, kedua-dua tangan Fazia mula melingkar ke pinggang si suami. Kepalanya yang melekap pada dada bidang itu buat telinga mendengar degup jantung Amriz.
Dup dap dup dap...

Ah, selesanya berada dalam pelukan lelaki itu. Sungguh dia rasa disayangi. Ditambah apabila Amriz meletakkan dagu atas kepalanya. Sesekali ubun-ubunnya dicium. Bahagia!

"Sayang..."

"Erm..."

"Takkan nak macam ni je?"

Fazia gelak lalu melepaskan pelukan. "Azi pergi mandi dulu."

"Nak mandi sama-sama?"

Terkelip-kelip mata. "Ma...mandi sa...ma-sama?"

"Kenapa, tak nak?" Kening kanan diangkat.

"Bukan tak nak tapi..."

"Tapi malu?" potong. Rambut tepi Fazia diselit ke telinga. Ditayang wajah mengusik.

Menunduk. Memang itu jawapannya.

"Tak ada apa yang nak dimalukan. Jom!"

Tidak sempat menolak, tangan kanan Fazia terus ditarik. Kaki separuh rela mengikut. Tiba di bilik air, Amriz sudah masuk. Tapi dia, baru pijak lantai, pintu bilik tiba-tiba kedengaran diketuk dari luar.
Mata memandang lelaki itu. Seperti faham, Amriz melepaskan tangannya. Berjalan ke pintu sambil membetulkan baju dan mengemaskan rambut.

"Ya umi?" Buka pintu terpancul wajah umi yang sudah berganti pakaian. Tidak lagi mengenakan baju kurung.

"Am mana? Yana nak balik tu."

"Astaghfirullahaladzim."

Terus Fazia toleh belakang apabila dengar suaminya mengucap. "Kenapa bang?" Dilihat lelaki itu mengetuk dahi.

"Abang masuk nak panggil Azi sebenarnya." Terus Amriz mendekat ke pintu. Dapat dilihat ibu mentuanya menggeleng sambil menahan senyum.

"Panggil kenapa?"

"Yana nak bawak Luth balik KL malam ni. Tu abang nak Azi jumpa Luth dulu."

"Luth nak balik? Malam ni?" Terkejut.

Luth, anak kecil yang berusia empat tahun. Orangnya comel, pintar dan aktif. Merupakan anak tunggal suaminya dengan bekas isteri. Hasil perkahwinan yang lepas. Anak itu sepenuhnya dijaga oleh Alyana, bekas isteri Amriz.

Tapi wanita itu tidak meletak halangan untuk bekas suami berjumpa anak mereka. Bila-bila mahu jumpa beritahu saja. Malah, dia sendiri gembira apabila Luth hadir pada perkahwinannya.

Satu yang Fazia suka. Amriz dan Alyana, walaupun sudah berpisah tapi demi Luth mereka berbaik. Terserlah kematangan mereka sebagai ibu bapa.

"Haah. Jom kita pergi jumpa mereka dulu. Nanti bising Yana lama tunggu."

Angguk. Baru dua langkah keluar bilik, kepala menoleh apabila tangannya digenggam. Amriz hanya senyum.

Itulah suaminya, sejak sudah halal, boleh dikatakan setiap masa tangannya dalam tapak tangan lelaki itu. Kena usik dengan saudara mara tak payah cakap. Yang malunya dia. Amriz tayang wajah selamba.

PEREMPUAN DIAWhere stories live. Discover now