BAB 5 : GODA DARI JAUH

111 7 0
                                    

WANGSA Maju ke Cyberjaya.

Sejam lebih!

Hampir 40 km Fazia memandu Honda Jazznya, meredah kesesakan jalan raya, berhenti di lampu isyarat entah berapa kali, dengan tol lagi baru dia sampai ke pejabat. Terlambat sudah semestinya. Mahu tidak lambat, 7.30 pagi baru dia terhegeh-hegeh keluar dari rumah.

Ah, ini semua Amriz punya pasal!

Gara-gara lelaki itu sempat lagi dia menjalankan tanggungjawab sebagai isteri sebelum bergerak ke tempat kerja. Mahu menolak pun gagal sebab godaan Amriz berjaya buat dia juga menginginkan lelaki itu. Padahal bukan dia tidak tahu, dia akan lambat. Sudahnya dua-dua hanyut atas katil.

Kehangatan cinta punya pasal!

Amriz tiada masalah, dia yang ada masalah besar. Selesai menjalankan tugas, macam lipas kudung dia bersiap. Pijak tanah terus lari, masuk kereta dipecut laju. Saat itu Fazia ibarat baru tersedar yang dia tidak lagi tinggal di Cyberjaya. Di mana condonya ke pejabat hanya ambil masa lima minit.

Tapi dia sudah berpindah ke rumah Amriz di Wangsa Maju sejak tiga hari yang lepas. Wangsa Maju ke Cyberjaya, paling cepat pun pernah dia sampai kurang satu jam. Itu pun sebab jalan tidak sesak. Sekarang pagi-pagi hari bekerja begini, mimpi sajalah nak sampai dalam masa sejam.

Ah, buat masalah betul dia hari ini.
Sudahlah bila masuk office merah mukanya kena usik dengan kawan-kawan pejabat. Yang anak dara pun sama naik. Mahu mereka tak mengusik, sudahlah lambat dan kali pertama dia masuk pejabat dengan muka natural beauty!

Fazia kutip beberapa peralatan makeup yang sudah diguna lalu dimasukkan ke dalam beg kecil. Mujur dia ada tinggal beberapa alat mekeup bersama telekung di bilik solat. Senang lepas solat boleh touch up sikit muka.

Solat?

"Ah!"

Keluhan kecil terbit daripada bibir. Punyalah terlambat dia tidak sempat mandi, sekadar membersihkan apa yang patut. Dan sekarang dia sudah stress. Rasa tidak selesa bekerja mengenangkan diri yang masih 'kotor'.
 
Dia tidak pernah terfikir benda-benda begini. Tengah bersiap-siap kena melayan suami kemudian tak sempat mandi terus pergi kerja, kena tinggalkan solat. Belum sampai sebulan dia sudah gagal mengurus masa sendiri.

Tapi memang dia tak jangka akan bersama dengan Amriz tadi. Semalam mereka sudah bersama dan sebelum solat subuh dia sudah mandi. Eh boleh pula mereka bersama lagi.

Memang betul-betul pengantin baru!

Dalam manis rumah tangga ini pahitnya. Sekarang dia tidak sabar mahu balik, dia mahu mandi. Sungguh rasa tak selesa.

Blouse dan tudung diperbetulkan sebelum keluar dari bilik solat. Memang sengaja dia bersiap di sini. Elok baru duduk di kerusinya, bunyi WhatsApp masuk. Tanpa mengangkat telefon, skrin kunci dilihat. WhatsApp dari encik suami.

Rindu.

Hanya itu yang dihantar. Bukan Amriz saja yang rindu, dia pun. Tapi sengaja malas membalas. Balasan kerana lelaki itu sudah menariknya ke katil dan jadi penyebab dia lewat.

Ting!

WhatsApp baru masuk. Kali ini Amriz hantar gambar selfie sambil mengenyit mata. OMG, suaminya sangat tampan. Dalam pada tidak mahu melayan, akhirnya Fazia tewas. Telefon diangkat lalu aplikasi WhatsApp dibuka. Tersenyum bibir melihat Amriz yang mengenakan kemeja dark blue.
Lelaki itu sangat tampan. Fazia mahu memuji suaminya. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki Amriz nampak sempurna. Kali pertama melihat lelaki itu pun apa yang terdetik di hatinya...

Handsome!

Rambut pendek yang sentiasa kemas, kulit muka yang bersih, dihiasi kening tebal dan sepasang mata seksi, hidung separa mancung, misai dan jambang yang menipis tapi sentiasa terurus...ah, boleh angau kalau dia perincikan keelokan wajah suaminya.
Nak gambar sayang.

Apabila dia tidak membalas WhatsApp baru pula masuk. Kamera dibuka lalu gambar keyboard ditangkap. Dengan mulut yang menahan ketawa gambar itu dihantar.

Jahat! Tak baik tau.

Tergelak juga Fazia apabila Amriz menghabiskan ayat dengan meletak beberapa emoji menangis.
Betul-betullah sayang.

Mata Fazia meliar ke sekeliling. Pejabatnya tidak ramai pekerja. Lebih sepuluh tapi tidak sampai lima belas orang. Ruang pejabat terbahagi kepada dua. Di ruangnya, hanya ada empat orang. Selebihnya di ruang sebelah.

Tiga orang yang lain sedang leka dengan kerja masing-masing. Hanya dia yang nampak macam makan gaji buta. Kerusi yang diduduki ditolak ke belakang sikit kemudian kaki menyilang. Skirt labuh yang dipakai diangkat ke atas lalu kamera diturunkan ke paras perut. Sengaja kaki digoyangkan. Kali ini bukan lagi gambar tapi terus dia buat video.

Klik!

Video dihantar. Tangan menutup mulut apabila melihat Amriz yang laju menaip.

Nakal! Sengaja dera abang. Tak senang duduk abang sekarang.

Dan ketawa Fazia pecah. Boleh bayang bagaimana keadaan Amriz sekarang. Kalau di rumah, ceritanya akan berakhir di katil. Nasib dia ada di pejabat. Jadi dia selamat buat masa sekarang.

Balik nanti siap sayang.

Sudah agak itu yang akan dibalas. Diberi bluetick lalu data telefon dimatikan. Sudahlah, malas mahu melayan Amriz lagi. Kalau layan tak jalan kerjanya. Telefon diletak tepi lalu mata menghala ke computer.

Tetikus mula bergerak ke atas dan bawah. Di skrin, tertera halaman google sheet. Dia menggunakan itu untuk mengatur jadual Thariq. Mata mula menyemak data yang berisi tarikh hari ini.

Teringatkan lelaki itu, leher mula panjang ke bilik yang masih gelap. Tak tahulah pula hari ini hari bertuahnya. Waktu dia sampai Thariq belum masuk. Kata Kak Lin yang duduk di bahagian HR, lelaki itu masuk lambat. Dan dia terus tarik nafas lega.
Selamat!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 18, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PEREMPUAN DIAWhere stories live. Discover now