"TAK sangka awak berjodoh dengan Amriz tu. Famouslah awak nanti."
"Famous? Takde maknanya kak. Bukannya dia retis."
"Bukan retis pun tapi dia kan..."
Ting!
Bunyi WhatsApp masuk menarik perhatian Fazia yang sedang asyik menadah muka untuk disolek. Serta merta perbualan antara dia dan mak andam terhenti.
Iphone yang terletak hujung birai katil terus dicapai. Sedari tadi, dia langsung tidak pegang telefon. Satu, mahu fokus pada makeup. Kedua, kerana asyik melayan borak mak andam yang agak riuh orangnya.
"Hah, cik abanglah tu yang WhatsApp. Tak sabar-sabar."
Dijeling manja mak andam itu lalu Fazia bawa telefon ke dada. Cukup untuk penglihatan dia seorang. Melihat nama 'abang' yang tertera pada skrin buat bibir tersenyum simpul.
Ah, sempat lagi lelaki itu kirim WhatsApp. Padahal lagi beberapa jam mereka akan disatukan. Teringin untuk tahu apa yang dihantar, bersama rasa debar di hati aplikasi WhatsApp dibuka.
Assalamualaikum bakal isteri. Terima kasih sudi jadi isteri abang. Terima kasih sebab terima abang dan Luth. Abang janji akan jaga Azi dan abang takkan sia-siakan Azi. Abang akan jadi suami yang paling baik untuk Azi. Love you so much. Kita jumpa nanti.
Habis saja baca, air mata terus bertakung. Kalau dia kelip sekali, nescaya pipinya akan basah."Haaaa... jangan nangis Azi. Baru sudah makeup ni. Simpan dulu rasa terharu tu dalam hati."
Tergelak halus Fazia dengan usikan mak andam. Apa wanita itu turut baca mesej yang dihantar kepadanya?
Ah, malu! Tajam betul mata mak andam itu.
Pantas tangan kanan naik ke depan mata, lalu dikibas-kibas. Bukan kerana panas, tapi cuba untuk keringkan air mata yang bertakung. Dia tidak boleh menangis, nanti rosak makeupnya. Satu hal pula, nak kena touch up lagi."Dah settle. Cantiklah Azi ni. Smooth je kulit. Nak makeup pun senang."
Fazia melangkah ke cermin apabila mak andam meminta diri untuk keluar sebentar. Tinggal dia sendirian dalam bilik, mata memandang cermin. Nampak berbeza dia kali ini. Bukan tidak biasa makeup. Tapi biasa yang simple-simple saja. Kali ini terserlah seri pengantinnya.
Inikah rupa pengantin?
Mata kelip sekali. Betulkah dia akan berkahwin? Betulkah dia akan jadi isteri orang? Betulkah zaman bujangnya sudah tamat?
"Assalamualaikum pengantin."
Suara lembut yang menyapa telinga buat Fazia menoleh ke belakang. Hilang terus persoalan yang bermain dalam kepala saat mata jatuh pada wanita separuh abad yang berjubah ungu gelap dihiasi swarovski di bahagian hujung lengan.
"Datuk!" Terus dipeluk tubuh halus itu. Erat.
"Seriuslah. Tak sangka datuk betul-betul datang."
"Uish dia ni, kan dah pesan panggil aunty je. Apa panggil datuk-datuk ni, nasib takde orang dengar. I'm not your boss lagi Alanna Fazia."
Pelukan dirungkai lalu Fazia memegang kedua-dua lengan Datuk Najida bersama senyuman di bibir. "Dah lima tahun asyik panggil datuk, bila kena panggil aunty jadi lupa pulak." Mengaku.
"Hello, tak sampai setahun lagi aunty tinggal Azi tau."
"Tau. Aunty...thank you sangat sudi datang. Encik Thariq cakap aunty masih di Ireland, tak ingat nak balik Malaysia dah. Sesat jalan gamaknya." Hujung kata Fazia tergelak.
Datuk Najida turut gelak. "Mestilah aunty sampai. Mana-mana staf yang kahwin pun mesti aunty usaha untuk datang apatah lagi Azi. Ex secretary dan personal assistant kesayangan aunty. Buat kerja selalu tik top. Nah this is for you...special from Ireland."
Disambut beg kertas yang dihulurkan. "Terima kasih aunty."
"Sama-sama Azi. Aunty doakan yang terbaik untuk Azi dan suami. Jadi isteri yang solehah ya, isteri yang menyenangkan suami. Selamat menjalani bahtera rumah tangga. Yang paling penting, jangan berhenti kerja dengan company aunty."
"Insya-Allah aunty."
Kembali dipeluk Datuk Najida. Sangat senang dengan bicara lembut wanita itu. Sejak hari pertama mereka jumpa, sampai sekarang wanita itu langsung tidak berubah. Sentiasa bersikap ramah.
Sebaik Datuk Najida keluar, masuk pula tiga orang wanita sambil gelak-gelak memegang telefon. Fazia kenal mak cik-mak cik ini. Orang kampung merangkap kawan-kawan uminya. Disambut dengan senyuman apabila wanita-wanita itu mahu bergambar.
"Untunglah suami kau Azi, dapat merasa anak dara lagi. Makan besar dia nanti."
Terbatuk Fazia. Ingat lepas bergambar mereka terus mahu keluar. Sempat lagi mulut itu mengusik. Tidak tahu bagaimana untuk membalas, bibir hanya senyum. Tapi dia tahu senyumannya pasti nampak kelat.
"Azi, ex dia okay ke dengan kau?"
Lengannya dicuit. Mak cik baju kurung biru tanya, ala-ala gaya berbisik tapi satu bilik boleh dengar. Buktinya dua lagi mak cik terus tunjuk muka tidak sabar mahu tahu jawapan.
"Okay je."
"Anak dia okey dengan kau?" Mak cik baju kuning pula tanya.
"Okay je."
"Jadi mak tirilah kau nanti. Kenapa tak pilih je yang bujang? Kalau kau nak sangat kahwin dengan duda, patut cari yang tak ada anak. Duda ada anak ni confirm kau akan ada masalah nanti. Tak masalah anak, masalah dengan bekas bini dia."
Terbatuk lagi Fazia dengan kata-kata tidak berlapis mak cik baju hijau pula.
"Betul tu Azi. Nak-nak janda dia tu, bukan orang tak kenal. Satu Malaysia kenal. Kau kahwin ni, sampai masuk Oh bulan, Rotikaya tau. Ex Alyana bertemu jodoh kali kedua. Itu yang aku baca tadi. Tapi tak tunjuklah muka kau. Ada muka Alyana dengan ex dia je."
Fazia mula panas hati. Dia langsung tak tahu apa-apa. Mak cik-mak cik ni pula yang lagi advance.
"Dorang sebenarnya dulu cerai sebab apa? Kesian, anak kecil lagi dah cerai."
"Haa, beritahulah Azi. Teringin kami nak tahu. Kami janji takkan beritahu orang. Dorang tu nampak bahagia, tup-tup cerai. Katanya takde jodoh. Tapi macam pelik je. Dulu dorang kahwin, kemain gah, hujung-hujung cerai."
"Jangan kau pun terima nasib yang sama sudah. Ini risiko yang kau kena tanggung bila kahwin dengan duda. Kalau dulu dia boleh ceraikan bini dia apatah lagi..."
Sesak nafas Fazia. Betul-betul mak cik bertiga ini 'tembak' dia. Langsung tidak bagi dia peluang untuk buka mulut.
"Apatah lagi apa mak cik-mak cik yang cantik lagi cun melecun?" Mak andam yang masuk mula menyampuk perbualan. Tangan sudah bercekak pinggang sambil bulatkan mata.
"Kalau dah selesai ambik gambar sila keluar ya, bagi pengantin tenang-tenang dulu."
Hilang saja kelibat mak cik bertiga itu, Fazia terus duduk di kerusinya. Tangan mengurut dada.
Mak cik-mak cik itu buat dia hilang mood!
YOU ARE READING
PEREMPUAN DIA
RomansaYang pertama untuk dihargai... Yang kedua untuk dicintai... Kata seseorang🫣