"ABANG, Azi dah buat bihun. Nanti abang makan ya. Sorry Azi tak sempat breakfast dengan abang."
Masuk saja bilik terus mulut beritahu apabila melihat Amriz yang duduk di birai katil sambil melihat telefon. Lelaki itu mengenakan t-shirt dan kain pelekat. Tapi dia tahu Amriz sudah mandi, buktinya rambut lelaki itu masih lembap. Cuma Amriz masih tidak berpakaian formal lagi.
Ah, tak apalah pejabat lelaki itu dengan rumah dekat saja. Tak sampai 10 minit naik kereta sudah sampai. Yang masalahnya sekarang, dia.Tidak dengar balasan, laju kaki Fazia melangkah ke meja solek setelah mata mengerling jam dinding. Tuala yang membungkus rambut segera ditarik.
"Sayang!"
Melalui cermin dapat dilihat Amriz mencampak telefon lalu jalan mendekat. Kepala pusing sambil tayang wajah pelik apabila dirinya tiba-tiba dipanggil."Kenapa bang?"
"Baju apa yang Azi pakai ni?" Turun naik mata Amriz melihat atas bawah isterinya.
Mata Fazia jatuh ke badan sendiri. "Kebaya," jawabnya tanpa mengesyaki apa-apa.
"Ketatnya!"
"Hah?" Kali ini dilihat badan melalui cermin. Pusing kiri pusing kanan sikit bersama kerutan di dahi."Mana ada ketat."
"Ketat. Tukar!"
"Abang!" Merengek Fazia lalu meletakkan kembali hair dryer atas meja solek."Azi dah lambat ni. Paling kurang sebelum 6.30 Azi dah kena keluar. Nanti lambat sampai office. Dengan jammed lagi."
"Alanna Fazia, tengok betul-betul kebaya Azi tu. Mata abang sedaplah tengok tapi mata lelaki lain?"
Diam. Apabila dia buat muka, Amriz memusing badannya menghadap cermin. Melalui cermin, mereka saling memandang.
"Kebaya ni ketat kat dada. Elok sangatlah sampai nampak bentuk dada tu."
"Azi pakai tudung kan."Nak juga Fazia menang. Memang dia perasan juga sewaktu sarung kebaya ini tadi. Agak ketat di bahagian dada. Padahal sebelum ini elok saja kebaya itu dengan saiz badannya. Mungkin sebab sekarang dia sudah kahwin, bentuk badannya mula berubah.
"Still abang tak benarkan Azi keluar pergi kerja pakai kebaya.""Dulu abang tak kisah pun," sindir.
Bukan kali pertama dia pakai kebaya. Sebelum ni ada juga dia keluar jumpa Amriz pakai kebaya, langsung lelaki itu tak pernah cakap apa-apa. Sekadar pandang saja."Siapa cakap abang tak kisah? Abang kisah! Tapi abang senyap sebab masa tu Azi bukan siapa-siapa lagi pada abang. Lagipun dulu kebaya ni tak ketat macam sekarang. Jadi sebab tu abang tak tegur."
Agak keras suara Amriz. Mata menghala ke dada isterinya. Masih terletak elok tapi seminggu menikahi wanita itu dia nampak ada perubahan.
Ah, kerana dia juga dada itu berubah bentuk."Sekarang ni, Azi dah jadi isteri abang. Kebaya ketat ni tarik mata-mata lelaki untuk pandang dua kali. Abang tak suka kongsi. Nak seksi, cukup seksi depan abang. Lagi abang suka adalah. Bukan seksi depan lelaki lain."
Suara mula kendur tapi masih kedengaran tegas. Mahu Fazia tahu ketidaksukaan dia. Tambah-tambah apabila melibatkan maruah diri.
"Abang, kat office Azi tu semua perempuan."
"Thariq tu perempuan jugak ke?"
"Dia sorang je lelaki." Perlahan menjawab soalan seolah untuk pendengaran telinga sendiri.
"Lelaki tetap lelaki, kita tak tahu apa yang ada dalam kepala dia. Abang tahulah sebab abang pun lelaki. First impression dia bila tengok Azi pakai macam ni sah-sahlah dia tergoda. Tapi takkanlah dia nak tunjuk depan-depan. Mestilah dia simpan dalam hati."
"Abang!" Bulat mata Fazia lalu menepuk perlahan lengan Amriz.
"Azi nak cakap dia bukan macam tu? Kalau dia tak tergoda, sah-sah dia mati pucuk, takde nafsu! Abang berani jamin."
"Tak baik tau cakap dia macam tu.""Alahai isteri abang...Azi tak tahu fikiran lelaki macam mana. Selama ni Azi nampak dia baik sebab dia bos, cuba Azi tengok dia sebagai lelaki. Fikiran lelaki ni kalau bab bayangkan, boleh sampai ke Pluto."
Tak semena-mena Fazia gelak.
"Abang cakap dia gelak pulak. Abang nak lindungi Azi dari mata-mata lelaki nakal. Abang tak nak dia terkenang, teringat badan Azi. Kemudian dia nak..."
"Nak apa bang? Sekarang ni abang yang fikir sampai ke Pluto."
"Dia masih single, kan?"
"I don't know bang. Azi cuma urus pasal kerja-kerja dia bukan soal peribadi dia. Cuma apa yang Azi boleh cakap dia bukan macam lelaki lain."
Amriz mendengus. Sudah kena bebel masih lagi Fazia mahu berbaik sangka pada Thariq yang tiba-tiba jadi topik perbualan mereka."Tak sampai setahun Azi urus dia."
"Dan itu yang Azi nampak. Dia mana layan perempuan. Kat office tu ada lima staf anak dara, semua cun melecun mana ada dia pandang. Tahu buat kerja sendiri je. Ni abang ni, yang tiba-tiba sebut pasal dia kenapa?"
"Taklah, tiba teringat kat dia. Lagipun, masa Azi banyak dengan dia. Sembilan jam kerja, berapa kali Azi menghadap dia, kadang kena keluar dengan dia. Paling kurang mesti ada sekali hati dia terdetik pasal pakaian yang Azi pakai. Lelaki normal akan fikir macam tu. Yang beza ada yang beritahu ada yang simpan dalam hati. Yang simpan dalam hati ni, bahaya. Sebab kita tak tahu apa yang dia fikir."
Fazia pandang cermin. Kata-kata Amriz buat dia sedar untuk lebih berjaga-jaga. Selama ini dia tidak pernah pandang Thariq lebih dari seorang majikan. Dan pandangan lelaki itu padanya hanya sebagai pekerja.
Tangan kasar Amriz yang melilit di pinggang mengejutkan Fazia. Pantas tangannya mendarat atas kekura tangan lelaki itu. Niat mahu merungkai pelukan tapi bibir Amriz yang berada di tepi telinga buat dia terdiam.
"So sekarang pilih Azi nak tukar sendiri atau abang yang tolong tukarkan?"
Senyuman yang mahu terbit ditahan apabila idea nakal muncul dalam fikiran. "Kalau Azi nak abang tukarkan?"
"Abang berani jamin nanti Azi kena sambung cuti lagi. Jom!"
Terus Fazia tergelak sambil memberatkan badan. "Azi tukar sendiri. Tahu sangat kalau abang tukar nanti endingnya macam mana."Dijeling manja. Lelaki itu tahu apa maksudnya. Biasalah pengantin baru, tersentuh sikit ke katillah jawabnya. Tak kira masa dan hari. Itulah yang jadi antara dia dan Amriz dalam masa seminggu mereka menjadi suami isteri.
Dan, dia suka!
Sentuhan yang menghangatkan. Buat dia rasa disayangi, dicintai dan dihargai. Seminggu yang sangat membahagiakan. Menjadi isteri kepada lelaki itu. Setiap saat hati akan merindu sekalipun yang dirindu itu ada depan mata. Manisnya percintaan dalam perkahwinan ini.
Ah ikutkan hati dia masih mahu berkepit dengan Amriz. Betullah orang cakap, baru kahwin pasangan pergi ke tandas pun sudah rindu. Dia mahu menghargai suasana awal-awal perkahwinan ini. Tapi tuntutan kerja sudah memanggil-manggil.
"Kalau dah tahu..."
Melihat mata Amriz yang tiba-tiba meleret ke jam dinding, Fazia turut ke melihat ke arah yang sama. Kemudian kening diangkat.
"Abang jangan macam-macam."
"Jomlah. Sempat lagi ni sebelum Azi gerak pergi kerja.""Abang!" Terjerit Fazia apabila lelaki itu mendukungnya ke katil.
YOU ARE READING
PEREMPUAN DIA
عاطفيةYang pertama untuk dihargai... Yang kedua untuk dicintai... Kata seseorang🫣