SELIPAR disarung. Dari jauh mata Fazia sudah menangkap seorang wanita yang berbaju kurung moden sedang menyandar pada pintu sebuah Porsche Macan. Semakin dia dan Amriz mendekat, semakin wanita itu menggeleng.
"Dah tahu dah apa yang jadi dalam bilik."
Merah muka Fazia. Walaupun Alyana tuju kepada Amriz, tapi dia pun terasa sebab dia tahu apa yang jadi.
"You serius ke? I tak kisah pun kalau Luth nak stay dengan I?" Tidak dilayan usikan bekas isteri, Amriz mula menyoal.
"You tak kisah, tapi I kisah. I tak nak Luth kacau you."
"Mana ada kacau." Fazia pula menyampuk. Dipandang Alyana dengan senyuman. Mahu tunjuk yang dia benar-benar tak kisah. Sepanjang kenal wanita itu dia tahu Alyana seorang yang mudah bagi kerjasama. Kalau pandai pujuk, cairlah."Lagipun I ingat esok nak bawa Luth jalan-jalan kat sini," sambungnya lagi.
"Alah, tu lain kali boleh. Buat masa sekarang, korang spend je masa sama-sama okay. Nah..." Dihulurkan beg kertas yang dipegang sedari tadi.
"Apa ni?" Teragak-agak Fazia mahu ambil.
"Hadiah. Untuk pakai malam ni. Mesti Am suka." Dua ayat terakhir itu Alyana berkata perlahan. Apabila Amriz memandangnya, anak mata dilarikan lalu dia ketawa kecil.
"Okaylah, I pergi dulu."
Fazia angguk lalu dipeluk Alyana sambil berlaga pipi. Kalau orang melihat dia dan Alyana begini pasti mereka anggap ini satu lakonan semata-mata.
Bekas isteri berbaik dengan isteri baru?Macam mustahil. Bukan tidak pernah dibuat orang tapi sangat jarang. Namun inilah mereka. Seperti mana Alyana baik dengan Amriz, begitu juga wanita itu baik dengannya. Dia sendiri senang dengan sikap terbuka Alyana.
Mereka sebaya. Berusia 28 tahun. Muda lima tahun dari Amriz. Tapi berbanding dia, Alyana dilihat lebih matang. Kadang Fazia sendiri rasa dia lagi muda dari Alyana. Mungkin kerana wanita itu kahwin awal, ada anak kemudian melalui frasa perceraian sehingga buat Alyana nampak matang daripadanya.
Walaupun tidak selalu berjumpa, tapi dia tahu banyak sikap wanita itu yang memudahkan kehidupan Amriz. Sebelum kahwin, ada beberapa kali lelaki itu membawa dia berjumpa Alyana.
Fazia tahu dia tidak boleh lari daripada Alyana kerana antara wanita itu dan suaminya ada Luth di tengah. Dia mahukan Luth dan Amriz, jadi dia kena terima Alyana. Terima sebagai kawan, terima sebagai mama kepada anak tirinya dan terima sebagai bekas isteri pada suaminya."Thank you sudi datang." Belakang wanita itu ditepuk lembut beberapa kali.
"Mestilah I datang. Nak tengok ex I naik pelamin lagi."
Faiza hanya senyum. Itulah yang dikatakan Alyana bila dia dan Amriz putuskan untuk bernikah. Tak tahulah hati wanita itu sudah rosak atau apa tapi dia salute dengan Alyana. Kalau dia di tempat wanita itu, dia tidak kuat.
"Good luck malam ni."
Bulat mata Fazia apabila Alyana melepaskan pelukan sambil mengenyit mata.
"Jangan takut, Am dah pro. Dia tahu nak buat macam mana."
Melopong mulut Fazia.
"You jangan usik dia lebih-lebih ya."
"Ohhh time I dulu takde pulak I marah bila you usik I." Alyana mencebik lalu menolak Luth mendekati bekas suaminya. "Pergi salam papa dengan ibu. Kita dah nak balik."
Senyum Fazia melihat Amriz menjatuhkan lutut ke tanah lalu memeluk dan mencium Luth. Terserlah ciri-ciri ayah yang penyayang dalam diri lelaki itu. Ini salah satu sebab kenapa dia boleh jatuh cinta dengan Amriz.
"Kita jumpa kat KL nanti okay. Jangan degil-degil tau. Dengar cakap mama."
"Okay papa."
Apabila Luth datang padanya, anak itu terus dipeluk. "Nanti kita keluar jalan-jalan okay."
"Okay aunty."
"Aunty?" ulang Alyana lalu bulatkan mata."Kan mama dah cakap, mulai sekarang panggil aunty, ibu. Aunty dah jadi ibu Luth. You have two mother now."
"Oh lupalah. Okay ibu."
Tergelak mereka yang dewasa melihat aksi comel Luth menepuk dahi sendiri.
"You drive elok-elok Yana. Kalau mengantuk, stop dulu. Sampai KL nanti call."
"I tahulah. You tu..." Dipandang bekas suaminya dengan senyuman penuh makna.
"Haa haa jangan nak cakap benda pelik-pelik. Anak dengar tu."
Fazia tergelak apabila muka Alyana terus monyok. Mungkin kecewa kerana sudah tidak dapat mengusik lagi. Sebaik ibu dan anak itu masuk ke dalam Porsche Macan, dia melambai. Dihantar pemergian mereka dengan pandangan mata.
"Yana bagi apa tu? Cuba tengok."
Beg kertas diangkat paras pinggang. Tangan Fazia menarik keluar isi. Beberapa saat memandang, mulutnya melopong.Lingerie?
"Apa dia bagi ni?" Hampir terjerit Fazia lalu kembali menyumbat pakaian seksi itu ke dalam beg kertas. Dilihat Amriz ketawa dengan reaksinya.
"Malam ni pakai tau.""Ee ngada!"
Terus kaki melangkah masuk. Tak mahu bayang keadaannya jika memakai lingerie depan suami. Baru beberapa langkah, tangannya dicapai, sedar-sedar sudah melekap dengan tangan Amriz. Terasa kehangatan saat kulit mereka saling bersentuhan.
"Abang!"
Kaku tubuh apabila kedua-dua tangan lelaki itu sudah memaut pinggangnya. Amriz yang mendekat buat mata pejam sendiri. Dapat dirasa wajah lelaki itu betul-betul berada di sebelah kanan telinga. Hembus nafas Amriz menyapa pipi.
"Jom masuk bilik kita."
Bisikan itu buat mata Fazia kembali celik. Dan melihat suaminya senyum, lambat-lambat dia turut senyum sebelum senyuman itu bertukar pada tawa kecil. Apabila tangannya kembali ditarik, kaki mula melangkah mengikut ke mana dirinya akan dibawa.
YOU ARE READING
PEREMPUAN DIA
RomanceYang pertama untuk dihargai... Yang kedua untuk dicintai... Kata seseorang🫣