HLA: 2

473 21 0
                                    



Nafasnya laju. Air mata sudah bertakung. Tangannya menggigil berusaha untuk mendail nombor Naqib.

Sudah sejam berlalu sejak majlis bermula namun batang hidung mereka tak kelihatan. Bukan Naqib sahaja yang tiada malah seluruh ahli keluarga lelaki itu yang patut hadir ke masjid untuk sesi akad nikah juga tidak memberitahu khabar berita.

Baba dan mama sudah panas punggung menahan malu apabila sanak saudara dari jauh menunggu lama.

" Aurora, dah dapat hubungi mereka??" soal Datin Hanan.

Aurora menggeleng lemah. Dia tak mampu untuk membuka mulut takut-takut empangan di mata pecah.

" Sayang, abang tak sedap hati," bisik Dato' Luth. Ijat muncul di antara mereka.

" Macam mana sekarang? Call budak-budak suruh cari mereka?" cadang Ijat.

Dato' Luth menggeleng tak nak. Dia tak mahu orang luar masuk campur urusan peribadi keluarga mereka.

" Lama lagi ke Dato'? Saya ada beberapa lagi majlis akad nikah nak diuruskan," kata tok kadi mencelah.

Mata helang orang berpengaruh itu menikam wajah tok kadi.

Kau ni, tok... Dari zaman aku muda sampai sekarang memang dapat jenis-jenis kaut job bukan main banyak dalam satu hari sampai tak sempat nak tunggu majlis orang.

" Baba... Mama..." Aurora menitiskan air mata. Dia malu sekarang. Dia dapat mendengar bunyi-bunyi bisikan di sekelilingnya.

Adik beradik yang lain cuba untuk memujuknya. Athalia dan Laela sudah beriak buntu manakala Haffaz masih dengan air muka bekunya. Tangannya tanpa sedar dikepal penumbuk menahan geram.

" Dia akan datang. Sabar ya sayang?" pujuk Datin Hanan sambil mengusap bahu Aurora. Dia memandang wajah suaminya yang sudah berubah dingin.

" Abang,"

" Kemas semuanya. Kita balik sahaja. Dia takkan datang. Tak guna betul. Abang tahu lah apa abang patut buat,"

Dato' Luth tak sanggup melihat wajah hiba anaknya itu terus melangkah pergi.

" Kau siapkan kereta. Aku nak malam ni selesai. Memang sial lah buat anak aku macamni!" bentak Dato' Luth kemarahan. Hanya sebab dia dalam masjid dia mengawal perasaan. Kalau tidak memang melayang segala kerusi dan meja jika ada di hadapan mata.

Pulang ke rumah dia terus menukar pakaian kepada serba hitam. Dato' Luth pantas melangkah ke pintu utama diekori anak lelakinya. Ijat sudah menunggu dengan tiga biji kereta sportcar.

Aurora mengejar langkah mereka dari belakang dengan pakaian yang semenggah. " Baba, Haffaz! Aurora nak ikut!"

" Buat apa? Tak payah. Kamu duduk rumah dengan mama. Tahu lah baba nak buat apa dengan mereka tu!" Dato' Luth menghalang keras.

" Please, baba... Aurora nak tanya dengan Naqib sendiri kenapa dia buat Aurora macamni. Tolong, baba... Aurora nak ikut," Tangan meraih lengan milik Dato' Luth dengan wajah berharap.

Dalam keterpaksaan, dia bersetuju. Mereka terus menaiki kereta masing-masing manakala Aurora menderu laju jaguar dua tayar miliknya dan diikuti mereka yang lain dari belakang.

Sampai sahaja di perkarangan rumah banglo milik keluarga Naqib, mereka segera turun dari kenderaan masing-masing.

" Haffaz, kamu pergi. Kalau baba yang pergi memang tak bernyawa semua orang dalam rumah tu. Ada aku kisah depan aku tu orang alim dan warak sekalipun?" arah Dato' Luth sekali pinta. Dia bersandar pada badan kereta dengan tangan yang dimasukkan ke dalam kocek.

Twilight: His Little Aurora [HIATUS]Where stories live. Discover now