HLA: 10

408 13 3
                                    


           Zon bahaya.

Twilight senyap di posisi. Mata helangnya mencerlung menerusi skop. Banyak gagak yang berkeliaran di kawasan terpencil sebuah pulau. Zodiac juga bersedia di puncak bukit koordinat jam 3 daripada Twilight untuk pandangan jarak dekat.

" Bull to Twilight. Lepas sahaja dapat arahan tembakan, kami akan ambush. Jaga belakang. We're counting on you," arah Bull di alat komunikasi di telinga.

" Aku akan pastikan yang kita akan balik dengan selamat," balas Twilight.

Bull dan Ghost mara ke hadapan. Penyamaran memudahkan mereka untuk bersembunyi di sebalik-sebalik pohon yang menghijau lebat. Sebuah resort lama yang terbiar menjadi tempat lubuk pengganas. Malam ni tempat ni akan dibersihkan.

" In position! Kill the crows!"

Bang! Bang! Bang!

Tembakan daripada Twilight berjaya menumbangkan tiga orang pengganas yang berlegar di hadapan pintu masuk resort. Sejurus itu, Bull dan Ghost menerjah masuk disusuli dengan Storm dan Phantom serta anak-anak buah koperal di belakang. Mereka bergerak mengikut formasi diamond.

" There's two at the front,"

Zodiac melepaskan tembakan dari raifal Heckler & Koch PSG1. Tumbang lagi dua orang.

Semakin ke dalam mereka masuk sehingga hilang dari bayang. Twilight dan Zodiac melepas nafas lega. Kerja mereka telah selesai untuk buka jalan kepada mereka. Dan sekarang mereka akan menunggu arahan daripada Bull untuk memerhatikan kawasan luar sementara mereka yang lain menguruskan di dalam.

Sementara menunggu Twilight mendongak ke langit. Sudah hampir 30 jam dia jaga di kawasan itu tanpa beralih tempat membuatkan badan-badannya terasa sengal. Berbaki lagi 4 jam jika mereka selamat keluar daripada situ mereka akan habiskan misi mereka kali ni dengan jayanya.

Dalam fikiran terimbau kembali momen terakhir bersama dengan Aurora sewaktu mereka makan bersama. Belum sempat dia mahu menghantar mereka pulang, pangkalan sudah menelefon untuk misi mengejut. Memaksanya untuk segera bersiap dalam jangka masa pendek.

Akan ada satu hari nanti dia akan berani berterus terang pada Aurora. Buat masa sekarang Aurora seperti tidak mampu untuk menerima sesiapa yang hadir.

I confess to you, my lovely lover
You're the one I've been dreaming of
I confess to you, my heart finds solace
You're the one I've been dreaming of

Dia menyanyi kecil sebelum dia menepuk dahi. " Aduh, episod baru dah keluar. Mesti Bunga dah tengok. Habislah dia spoil nanti,"

Snicker dikeluarkan dari dalam poket seluar. Disuap ke dalam mulut dan mengunyah dengan senyap. Berbekalkan energy bar ini dapatlah dia mengalas perut sedikit.

" You heard something??"

Twilight terpaku sebentar. Dia merasakan ada dua orang sedang berjalan di belakang tempat dia meniarap. Bunyi rumput kering dipijak semakin dekat. Twilight terus mengunci mulut dan raifalnya dipegang erat.

Mampus kalau kehadirannya diketahui musuh. Dalam hati dia memaki diri sendiri kerana terlalu leka.

" Heard what?"

" Someone is singing and mumbling something,"

Bunyi dengusan kedengaran berada di sebelah kiri. Dia menoleh sebelum terbeliakkan mata. Terkejut dalam hati melihat babi hutan yang sebesar motor RXZ sedang berjalan di sebelahnya. Dia yang menyamar sebagai semak samun tidak disedari oleh babi hutan tersebut.

Twilight: His Little Aurora [HIATUS]Where stories live. Discover now