HLA: 38

218 5 0
                                    


          " Melampau. Macamtu awak layan mama baba awak, Aurora??" Kebengangan Ian rasai tatkala mereka selamat masuk ke dalam kamar tidur. Tanpa rasa bersalah Aurora ukirkan ke arah suaminya.

" Mak ayah saya. Bukan mak ayah abang,"

Wah! Betapa selambanya. Jika islam itu membenarkan dia mengajari Aurora dengan kekasaran sampai wanita itu mampu berfikir dengan betul, sudah lama dia buat. Tapi Islam itu indah! Kecewa macam mana pun terhadap sikap penganutnya Islam tetap takkan menyuruh manusia melakukan sehingga berlakunya akibat pada sesama sendiri.

" Apa beza? Mereka semua patut dihormati. Lagipun kenapa awak nak menghukum mereka sedangkan mereka tak bersalah, Aurora? Apa yang awak fikirkan sebenarnya? Cuba bagitahu abang," Ian cuba untuk menyentuh bahu Aurora. Cepat-cepat wanita itu menepis.

Perasaan kecewa yang menggunung semakin meninggi dan meninggi dalam diri Ian.

Akan ada sampai satu tahap gunung kekecewaan itu akan runtuh dan menjadi satu gempa yang amat dasyat iaitu kemarahan. Bencana perasaan yang paling merbahaya.

" Tak ada guna lah bagitahu abang apa-apa. Saya ni memang jahat. Kalau bukan sebab Lia sekalipun ini memang diri saya. Yang banyak kekurangan daripada kelebihannya. Saya dah cakap awal-awal sebelum abang beri keputusan untuk memperisterikan saya, Ian Purnama," Balasan Aurora itu sama sekali tak masuk akal.

Ian menggaru kepala yang tidak gatal. Perubahan ini terlalu drastik. Semuanya sempurna dan bahagia sebelum dia bergerak menjalani kerjanya di Kem Sg. Udang dan telah berakhir dengan masalah yang tak tahu apa punca utamanya.

" Abang tak nak faham apa yang awak cuba lakukan tapi abang cuma nak langit abang yang dulu. Yang selalu ceria dan berhati lembut. Abang tak mahu di saat orang lain mampu kecapi bahagia, kita masih terkapai-kapai mencapai sesuatu yang orang lain tak perlu mencuba dengan susahnya," kata Ian tegas dalam kelembutan.

Aurora berpeluk tubuh. Dia masih tak mahu membuka mulut mahupun menjelaskan sesuatu tentang kenapa dia bersikap sedemikian.

Rasanya tiada guna untuk bertelingkah jika Aurora tidak mahu memberi kerjasama. Dia menggeleng perlahan. Jika dia tidak melakukan apa-apa dia takut Aurora akan terus hanyut dalam perasaan negatif yang lambat laun mencengkam jiwanya sendiri.

Bisikan syaitan itu pasti takkan berputus asa untuk melakukan perkara yang Allah murka dan orang tak suka. Bukan di saat isteri yang berada dibawah perlindungannya!

" Say sorry to baba and mama. They sacrificed so much just for you. Either you realise it or not,"

" I didn't do anything wrong!"

" Say sorry doesn't only mean you have did something wrong. Sorry is to destroy the gap of selfishness and bonds the relationship. Sorry is when you already open your heart to accept the fact and try to make yourself to be a better person,"

Ish. Bengang dia rasakan. Lelaki ini ingat dia siapa nak mengarah dalam kehidupan orang lain ha? " People can choose the character of their own story. So, I wanted to be the main villain of my own storyline! Even God can't stop me from being what I want to be!"

" Cakap macam orang tak ada iman! Macamni ke abang ajar awak selama ni ha?!" Ian menggenggam penumbuk dengan kuat sambil terketar-ketar menahan marah.

" Abang marah?" Aurora mengangkat kening tanda provok. Senyuman sinis dia sembunyikan daripada terlepas.

Ian merengus kasar. Sungguh tercabar seakan Aurora memijak kepalanya dengan begitu lumat. Perasaan gertak dalam hati membuatkan dia mahu melempias marahnya.

" Suami dayus je akan biarkan isterinya bergelumang dengan dosa. Awak nak kurang ajar dengan abang tak apa! Abang tak kisah sebab abang sedar abang masih belum layak dapat penghormatan daripada isteri abang sendiri tapi yang kat bawah tu! Mama baba awak yang dah buat segalanya hanya untuk melihat anak perempuannya bahagia itu awak tak mampu nak tunjukkan adab yang mereka taburi selama ni. Awak ni dah hilang akal ke, Tengku Aurora Raihana?!" Tanpa sedar, dia menarik kolar baju milik Aurora dengan kuat sehinggakan wajah mereka bertentangan dengan sangat dekat.

Twilight: His Little Aurora [HIATUS]Where stories live. Discover now