HLA: 24

377 12 0
                                    



          " Selamat datang penghuni baru di syurga kita," Ian menarik bagasi milik Aurora sehingga masuk ke ruang tamu.

" I never thought men can be this clean," komen Aurora berpuas hati melihat susun atur dan kekemasan ruang perlindungan Ian ini.

Bukan pertama kali dia menjejakkan kaki ke sini. Dia sebagai perempuan pun turut terpegun dengan sikap terpuji Ian yang satu ini pada awalnya.

" Shame on me if I let that ugly thought wins your mind," ujar Ian pula.

" Aku pergi letak barang-barang kau di atas. Pergi lah berehat tengok movie ke apa," Ian terus naik ke tingkat atas meninggalkan Aurora sendirian.

Langkahnya dihala ke arah dapur. Buat kopi cicah biskut tongkat pun best juga. Saat dia sibuk membuat kopi, ada sayup-sayup satu suara dari tingkat atas yang asing di pendengaran.

" Ian tengah bercakap dalam telefon ke?" Tak mungkin. Takkan dia mampu mendengar suara di hujung talian. Kalau bercakap dalam telefon menggunakan pembesar suara pun takkan sekuat ini?

Merinding bulu roma Aurora dibuatnya. Masakan rumah ni ada orang lain selain mereka? Kerana sewaktu dia menjejakkan kaki di sini untuk menghantar barang pun ada satu suara perempuan seperti bercakap dengannya. Dari mana itu dia tak tahu.

Bukan setakat tu je. Ada barang-barang pelik yang Ian simpan di kamar tidur lelaki itu membuatkan Aurora berasa sangsi.

" Aurora,"

" Arghh!!"

Hampir terjatuh teko ke lantai, tangan Ian dengan tangkas menyambut sebelum teko itu selamat mencium ke bawah.

" Ya Allah, apa yang terkejut sangat tu?" Ian meletakkan teko tersebut di atas meja dapur. Tangan yang sedikit melecur akibat terkena air panas dilap dengan kain basah dapur.

" Mana tak terkejutnya dah kalau tiba-tiba tegur orang tak bagi salam?"

" Kalau bagi salam pun terkejut juga kan? Apa ingat hantu tak boleh bagi salam? Mengajuk kita baca ayat alQuran pun dia boleh tau,"

Aurora mengemut muka menahan geram. " Ish janganlah cakap pasal hantu-hantu ni. Cukup lah kau seorang macam hantu. Jangan tambah hantu di rumah ni lagi!"

Ian menggeleng-geleng sebelum membantu Aurora menghabiskan kerjanya. Kopi sudah siap lalu dibawa keluar ke ruang tamu.

Meja lipat yang terselit di sebelah antara sofa dan dinding dibuka dan diletakkan di tengah-tengah ruang.

" Alexa, please switch on the TV,"

Automatik TV terbuka dengan sekali arahan. Ian tersenyum puas hati. Tak rugi dia membayar mahal-mahal untuk mempunyai alatan secanggih ini.

" Ian!!" Aurora berlari keluar dari dapur sekuat hati.

" Oi! Apa pegang pisau ni?! Gila ke?!" Ian bangun daripada duduknya. Riak terkejut terhias di wajah sambil tangan menghala ke depan.

Aurora dengan bengisnya merengus kuat.

" Dari hari pertama aku jejakkan kaki ke dalam rumah kau aku dah tahu yang kau sembunyikan sesuatu!"

Ian berkerut namun dia masih tak menyoal apa-apa. Wajahnya berubah tenang beberapa saat kemudian. " Apa yang aku dah sembunyikan tu?"

" Kau pernah bawa masuk perempuan kan?! Aku tahu kau cuba nak sorokkan dia di mana-mana sebab aku selalu dengar suara dia tapi aku tak pernah nampak kelibat dia. Yang kedua, kenapa aku buka almari kau, ada banyak sangat tuala wanita?! Mestilah ada perempuan yang duduk di dalam rumah ni kan?!"

Twilight: His Little Aurora [HIATUS]Where stories live. Discover now