"Alyssa Cassandra ! Bangun lah..." marah ibunya sambil menarik selimutnya .
"Kejap lagi lah ibu...Alyssa penat lah" selimut berwarna merah jambu itu ditarik semula sampai ke paras mukanya .
"Apa nak jadi lah dengan kamu ni Alyssa...kan kamu dah cakap dengan ibu yang kamu ada interview kerja? sekarang ni dah pukul 11 pagi dah"
Alyssa yang hampir terlena itu terus bangun kerana dia sudah terlewat untuk pergi ke temuduga di satu perusahaan sederhana besar itu .
"Kenapa ibu tak bagi tahu Alyssa awal-awal" lalu dia bangkit dari tempat tidurnya dan bergegas ke tandas untuk membersihkan diri .
Setelah 20 minit berlalu , dia sudah lengkap berpakaian . Rambut yang lurus itu dibiarkan terurai .
Baru sahaja pintu bilik dibuka luas . Ibunya sudah berdiri dihadapan pintunya .
"Nah , ibu ada siapkan bekal untuk kamu... Ibu tahu kamu mesti tak sempat sarapan nanti" sambil menghulurkan 1 bekas tupperware kepada Alyssa .
"Aww terima kasih ibu... Alyssa sayang ibu ketat ketat" terus dipeluk tubuh wanita itu .
"Alyssa gerak dulu ya ibu , ibu jaga diri tau... Assalamualaikum" kedua pipi ibunya dicium dengan penuh kasih sayang .
'haih comelnya anak dara aku ni... Dia seorang saja yang ada dengan aku setelah suamiku pergi meninggalkan ku , saat menyambut ulang tahun Alyssa yang ke 3 tahun.. Akibat serangan sakit jantung'
"Mana la bus ni...lamanya..." Sesekali dia mengerling ke arah jam di tangannya yang menunjukkan pukul 11.30 itu .
'naik teksi jela , biar mahal asalkan sampai awal' bisiknya dalam hati .
Setelah tiba di hadapan bangunan itu , dia terus masuk ke dalam dan terus menuju ke arah kaunter pertanyaan .
"Hi miss , boleh saya bantu" Tanya wanita itu sambil senyum ke arahnya .
"Erm saya datang untuk interview kerja . Boleh saya tahu dimana tempatnya?" Sambil memberikan senyuman kepada wanita tersebut .
"maaf cik , sesi temuduga itu sudah ditutup"
terus mati senyumannya apabila mendengarkan apa yang dikatakan wanita itu tadi .
"huh tapi dalam ni cakap sampai pukul 12 tengahari" Sambil menunjukkan telefon pintarnya ke arah wanita itu .
"Maaf cik , saya tidak tahu apa-apa tentang perkara itu , bos kami pun tiada beritahu kami.. tapi sesi temuduga itu sudah ditutup"
Hancur harapan Alyssa apabila kedatangannya hanya sia-sia .
Lalu dia pergi ke supermarket kerana dia ingin membeli barang dapur
Apabila hendak masuk ke dalam , tiba-tiba...
"Aduh sakitnya , aku langgar batu ke" sambil tubuh kecilnya terjatuh ke lantai .
"Are you okay?"
"Eh buta ke hah!" marahnya sambil bangun untuk melihat 'batu' itu .
Apabila dia hendak melihat 'batu' itu . Matanya terpaku melihat tubuh tegap dihadapannya .
'Ibu , Alyssa dah jumpa bakal menantu ibu'
'handsome nya dia' gumamnya perlahan ."Dah habis tenung ke?" Suara lelaki itu membuatkan dia sedikit terkejut .
"Aku minta maaf , kau boleh jalan ke? Soal lelaki itu lagi .
"erm saya okay je , eh aduh aduhh tiba-tiba sakit kaki nii" ( manja kali dia rawr )
"Jom ikut aku , kita pergi hospital" arah lelaki itu .
"Tapi saya nak beli barang dapur , rumah saya dah kehabisan barang nanti saya takboleh makan hm"
"Kau listkan je barang apa yang nak dibeli , nanti aku suruh member aku belikan dan hantar terus kat rumah kau" dia berkata sambil meninggalkan perempuan itu .
"Eh tunggu sayaaaa!" jerit Alyssa .
Setelah selesai kakinya dirawat Tengku Zhareef Edzhar terus mendorong Alyssa menggunakan kerusi roda . Walaupun di tolak berkali kali oleh Alyssa namun dia tetap memaksa perempuan itu untuk duduk di kerusi roda . Akhirnya Alyssa pasrah .
semasa dalam perjalanan pulang ke rumah Alyssa , lelaki itu memecahkan suasana yang sepi itu .
"Siapa nama kau"
"Alyssa" jawabnya dengan nada suara yang merajuk .
"Takkan Alyssa je?" Tanya lelaki itu semula .
"Ish dia ni! Alyssa Cassandra...humph"
"Cantik nama macam orangnya" puji lelaki itu .
"Eee buaya darat HAHAHAHA" kata Alyssa sambil ketawa .
"Jarang orang dapat pujian dari aku"
'kata-kata lelaki itu membuatkan dia tertanya-tanya'
"Nama awak siapa pula?"
"Kerja apa?"
"Tinggal kat mana?" bertubi tubi soalan yang ditanya oleh gadis disebelahnya ."Tengku Zhareef Edzhar"
'wow tengku' bisiknya dalam hati .
"kerja biasa - biasa je" jawab lelaki itu .
"Biasa? Maksudnya?"
Dia terus mengubah topic .
"mana satu area rumah kau" Tanya lelaki itu .
"Ha situ situ" sambil menunjukkan apartment berwarna putih itu .
"Ni nombor telefon aku , kalau kau ada apa-apa nak minta tolong kau boleh call aku" sambil memberikan 1 kad kecil kepada gadis itu .
"erm okay , terima kasih sebab sudi hantar saya sampai ke rumah , nanti saya bayar semua hutang awak ya"
lelaki itu hanya mengangguk .
"Kau boleh jalan tak?" sambil melihat kaki gadis itu yang terbalut dengan kain putih .
"erm boleh , sikit je ni" jawabnya dengan sopan .
"hm yela aku gerak dulu , jaga diri"
Dia senyum dan melambai ke arah lelaki itu .
sesampai di rumah , dia terus baring di atas katil empuknya . Sambil melihat siling di atas .
'kenapa la nasib aku malang harini'
'eh tak malang tak malang sebab kena tolong dengan abe hensem hihihi'Sorryyy kalau ada ketypoan atau kesalahan bahasa 🤍 I love you <3 jangan lupa vote untuk next chapter!
YOU ARE READING
BIDADARI MILIK "TENGKU ZHAREEF EDZHAR"
Romance"woi perempuan! kau nak lari mana?? kau takut aku bunuh kau ke hahahaha?" "l-lepaskan aku..aku merayu" "aku takkan lepaskan kau macam tu je , sebab kau dah rampas hak aku!!!" "jangan apa-apa kan anak aku , aku merayu dekat kau..kalau kau nak bunuh...