Bab 11

14 2 3
                                    

Setelah 4 bulan kemudian , usia kandungannya berusia 5 bulan . Dia mengusap perutnya dengan lembut .

"Abang , Alyssa tak sabar nak tahu jantina anak kita"

"Kita terima saja pemberian dari Allah ya sayang?" Katanya sambil mencium kedua pipi Alyssa .

"Abang , Alyssa nak tanya sikit boleh?"

"Boleh sayang , nak tanya apa tu?"

"Abang ingat tak perempuan yang datang rumah abang dulu?" Soalnya kepada suaminya .

Suaminya mengangguk laju .

"Abang ada hubungan ke dengan dia dulu?" Katanya ingin tahu .

"Dia pernah suka abang tapi abang tak suka dia sebab abang masa tu memang focus study dan kerja , tiada masa nak bercinta" jelasnya .

Alyssa hanya mengangguk faham .

Dia menoleh ke arah pintu apabila pintu rumahnya diketuk .

"Ehh mama papa? Kenapa susah-susah datang ke sini?" Soalnya sambil menyalam tangan kedua orang tua itu .

"Tak susah mana pun , mama sengaja datang nak jenguk kamu berdua" jawabnya .

"Apa cerita dengan baby dalam perut kamu tu , sihat ke?" Sampuk Dato' Mikael Edzhar .

"Alhamdulillah sihat je papa"

"Bagus lah macam tu , kerap makan makanan yang berkhasiat ya? Jangan makan ayam goreng je" katanya sambil ketawa .

"Hehehe m-mana ada" sengihnya .

"Betul lah tu papa . Dia selalu makan ayam goreng dengan fries je kerja" Tengku Zhareef Edzhar bersuara .

"Ish mana ada , baby yang nak bukan Alyssa"

"Nyenyenye" ejeknya lagi .

Alyssa menjelingnya tajam .

"Eh mama dengan papa masuk la dulu , biar Alyssa buatkan air"

"Sit down Alyssa Cassandra!" Arah Tengku Zhareef Edzhar .

"Kenapa pula abang ni"

"Kan dah ada pembantu rumah dekat sana , biar dorang je yang buat" lalu menarik tangan isterinya untuk duduk disampingnya .

"Zhareef selepas ni ikut papa pergi markas , papa nak bincang sesuatu" kata Dato' Edzhar kepada anak bongsunya itu .

"Papa nak bincang apa , Alyssa nak ikut boleh?" 

"No way!" tegas Tengku Zhareef Edzhar .

"Yes way!" balas Alyssa Cassandra selamba .

"Sayang pergi ikut mama je okay?" Pujuk suaminya .

"Pergi mana mama?" Soalnya kepada Datin Arissa pula .

"Kita pergi shopping nak?"

Alyssa memandang ke arah suaminya .

"Nah ambil ni" kata Tengku Zhareef Edzhar sambil menghulurkan satu kad berwarna gold .

"Simpan kad tu , shopping pakai duit mama je"

Alyssa menggelengkan kepalanya .

"tak menyusahkan mama ke?"

"Tak sayangg , mama anggap Alyssa bukan cuma menantu mama tapi anak kandung mama sendiri" ujar Datin Arissa .

Dia tersenyum .

"Terima kasih mama" ucapnya lalu pergi ke biliknya untuk bersiap .

"Zafran mana pa? Lama tak nampak" Tengku Zhareef Edzhar kembali bersuara .

BIDADARI MILIK "TENGKU ZHAREEF EDZHAR"Where stories live. Discover now