"Alyssa...buka pintu ni kejap sayang" sambil ibunya mengetuk pintu biliknya ."kejap ibu" Alyssa bangun dari birai katil menuju ke pintu biliknya . Apabila pintu biliknya dibuka , Puan Aisyah Cassandra menarik tangan anaknya untuk mengikutinya pergi ke ruang tamu .
"Banyaknya barang dapur Alyssa beli" soal ibunya .
Alyssa yang sedang menggosok mata , tiba tiba terkejut apabila melihat barang dapur yang dibelikan oleh Tengku Zhareef tadi .
"Memang ada dalam ruang tamu ni ke?" Soal Alyssa kepada ibunya .
"Takdelah tadi ibu ada dengar orang ketuk pintu lepastu ibu buka , tahu tahu ada barang dapur ni depan pintu rumah kita" Puan Aisyah Cassandra terus menuju ke dapur untuk menyusun barang itu semua .
'bila difikir fikir balik , rasanya aku takde bagi alamat rumah dekat dia hm'
bisiknya dalam hati . Kemudian dia menolong ibunya menyusun segala barang yang ada di ruang tamu itu ."Fuhh penat ibu susun , banyak juga duit Alyssa belanja ni semua"
"Takde apa sangat la ibu" katanya sambil menuju ke bilik .
Sesampai dia di biliknya , dia mencari kad yang diberikan oleh Tengku Zhareef Edzhar tadi semasa dia berada di dalam kereta . Apabila sudah jumpa dia terus menghubungi jejaka itu .
Alyssa : assalamualaikum , hello? Tengku Zhareef Edzhar ke nii?
Zhareef : waalaikumsalam , ada apa kau call aku? Jawabnya dengan suara yang sedikit serak .
Alyssa : saya Alyssa , yang tumpang kereta awak petang tadi .
Zhareef : hmm
Alyssa : awak ke yang beli barang dapur sampai banyak macam tu ! tak muat dah peti sejuk kat rumah saya ni..
Zhareef : ya , aku suruh kawan aku beli sebab kau tak bagi list apa-apa dekat aku pun , mana aku tahu kau nak beli apa je . Lagi satu , kau nak peti sejuk baru ke? aku boleh belikan yang baru kalau kau nak .
Alyssa : ish awak ni , jangan la belanja banyak sangat . saya ni orang susah.. tak mampu nak bayar balik barang-barang yang awak belikan..erm tapikan saya nak tanya sesuatu la...
Zhareef : kau nak tanya apa ?
Alyssa : macam mana awak tahu yang saya ni duduk dekat sini? Soalnya pelik .
Zhareef : bukan aku hantar kau ke petang tadi dekat situ , nyanyok ke kau ni .
Alyssa : ish saya tahu la yang awak tahu apartment saya , maksud saya alamat rumah saya ni ! macam mana awak tahu?
Zhareef : adalah mana boleh bagitau .
Alyssa : ish kedekut taik hidung masin humph!
Zhareef : suka hati kau la Alyssa Cassandra , yang penting kau happy .
terus talian dimatikan .
Apabila selesai mandi dan solat isyak , dia terus keluar ke dapur untuk memasak . Itu telah menjadi routine hariannya sepanjang berada di rumah bersama ibunya Puan Aisyah Cassandra .
"Sedapnya , kamu masak ya . Bau sampai masuk dalam bilik ibu tau" sengaja dia puji anak daranya itu .
"Takdelah ibu , biasa-biasa je . Lagipun Alyssa belajar dari ibu juga" sambil menghidangkan nasi untuk ibunya .
"Ibu nak lauk apa?" tanya Alyssa .
"Bagi ayam masak merah tu dengan sayur bendi masak tumis sikit" soalan anaknya dijawab dengan penuh mesra .
Sambil makan Alyssa menceritakan apa yang berlaku kepadanya pada petang tadi .
Dari tak dapat kerja sampai bertemu jejaka handsome itu .'reaksi Puan Aisyah Cassandra begitu terkejut dengan apa yang disampaikan oleh anak perempuannya itu'
Selesai makan , mereka berdua masuk ke dalam bilik masing-masing untuk berehat .
sedang asyik melihat telefon pintarnya , naik satu mesej yang tidak dikenali .
Ting !unknown number :
KENAPA KAU RAMPAS HAK AKU ! AKU TAKKAN BIARKAN KAU HIDUP BAHAGIA DENGAN DIA !!!Dia mengabaikan pesanan tersebut , kerana dia tidak faham apa yang hendak disampaikan oleh pemilik nombor tersebut . Dia juga berfikir , mungkin orang itu salah nombor .
Lalu dia menarik selimutnya hingga ke paras dada , dan bersedia untuk tidur dengan nyenyak .
Tengku Zhareef Edzhar turun ke bawah rumah banglo 3 tingkat itu .
"Good morning , Zhareef" sapa Datin Arissa dan Dato Mikael Edzhar serentak .
"Morning"
Zhareef menarik kerusi meja makan itu dan duduk berhadapan mamanya ."Mama nak tanya sikit boleh?" Soal Datin Arissa kepada anak keduanya itu .
"Mama nak tanya apa?" soalnya pelik , macam penting aje .
"Kamu ni memang taknak cari calon menantu ke untuk mama dengan papa? kesian mama duduk sorang sorang dekat rumah ni kalau semua pergi kerja..lagipun kalau kamu dah beristeri kamu boleh bagi mama cucu..umur kamu pun dah nak cecah 30 tahun pada tahun hadapan" soal mamanya lagi .
tersedak Tengku Zhareef Edzhar mendengar luahan mamanya itu .
"Lagi beberapa bulan ni ada la ma..." Jawab Zhareef sambil menyuapkan nasi lemak ke dalam mulutnya .
"Alhamdulillah , syukur mama dengar"
Setelah selesai mandi , Alyssa terus keluar dari biliknya itu . Dia terkejut apabila ibunya unboxing peti sejuk baharu itu . Lebih besar dan canggih dari peti sejuknya sebelum ini .
"Kenapa berdiri je kat situ , meh sini tolong ibu susun barang dalam peti sejuk ni , mesti boyfriend kamu bagi lagi kan?
Ya , dia sudah menceritakan segalanya kepada Puan Aisyah Cassandra tentang perkara itu .
"Alyssa dah kata dah jangan belikan hwaaaaaa" rengek Alyssa .
"Rezeki jangan ditolak Alyssa" pujuk ibunya .
"Masalahnya ini bukan rezeki ibu , Alyssa hutang dengan dia pasal barang-barang tu lepastu dia pergi beli peti sejuk besar ni..mesti mahal..."
belum sempat ibunya ingin membalas kata-kata anaknya itu , ada seseorang yang mengetuk pintu rumah mereka dari luar .
Alyssa membuka pintu dan , lelaki yang menolongnya semalam ada di depan mata ."Eh Tengku Zhareef , kenapa datang tak bagitau" soal Alyssa kepada lelaki itu .
"Kenapa? Takboleh ke?" Sambil mengangkat sebelah keningnya .
"Takdelaa , tapi rumah saya bersepah sikit sebab tadi ada peti sejuk baru sampai , kenapa awak belikan peti sejuk tu hwaaaaa , habislah simpanan saya sebab nak kena bayar hutang awak ! Humph"
"Aku tak suruh pun kau bayar tu semua" jawab Tengku Zhareef dingin .
"Alyssa Cassandra! Kenapa tak bawa boyfriend kamu tu masuk! bawa dia masuk cepat" arah Puan Aisyah Cassandra dari dapur .
Memerah pipi Alyssa apabila ibunya cakap begitu . Tengku Zhareef juga tidak tahan gelak apabila pipi Alyssa bertukar warna .
"Ish awak ni , jom masuk" sambil memukul lengan Tengku Zhareef Edzhar yang berurat itu .
setelah 1 jam berbual , Alyssa merasa bosan apabila melihat lelaki itu asyik bersembang dengan ibunya . Dia seperti tunggul saja duduk di sebelah Puan Aisyah Cassandra .
Tengku Zhareef Edzhar sedari tadi memandang wajah gadis comel yang terlena di sebelah ibunya , cantik saja rupa paras wanita yang dicintainya itu . Hampir saja hatinya ingin meletup kerana tidak sabar menjadikan wanita itu bidadari miliknya .
Setelah ibunya mengatur pemergian lelaki itu , barulah dia sedar yang dia tertidur di sofa empuk di ruang tamu rumahnya .
'Ya Allah malunya aku...'
Sorryyy kalau ada ketypoan atau kesalahan bahasa 🤍 I love you <3 jangan lupa vote untuk next chapter!

YOU ARE READING
BIDADARI MILIK "TENGKU ZHAREEF EDZHAR"
Romance"woi perempuan! kau nak lari mana?? kau takut aku bunuh kau ke hahahaha?" "l-lepaskan aku..aku merayu" "aku takkan lepaskan kau macam tu je , sebab kau dah rampas hak aku!!!" "jangan apa-apa kan anak aku , aku merayu dekat kau..kalau kau nak bunuh...