Perkara yang ditunggu kini sudah pun tiba. Mama memandang aku dan Arjuna bersilih ganti dengan raut wajah yang tenang. Dia mengambil nafas dalam sebelum mula bersuara.
"First of all, mama nak minta maaf pada Laila. Mama tahu, Arjuna tinggalkan Laila selama tiga bulan tanpa khabar berita. Semua tu angkara mama. Maafkan mama."
Terkelu lidahku. Jadi selama ini Arjuna pergi disebabkan mama. Tapi kenapa?
"Sebenarnya, waktu Laila dan Arjuna di Itali... mama pun ada sekali. Mama di Itali sebab mama nak cari papa. Papa hilang selama lima bulan. Selama lima bulan tu, mama risau dan hilang arah tuju. Papa hilang. Mama risau kalau papa ditangkap dengan Lorenzo."
Agak-agak sesuai ke kalau aku bertanya sekarang? Jujur aku keliru. Kenapa libatkan Lorenzo? Apa kaitan Lorenzo dan keluarga suamiku ini sebenarnya, sampaikan Lorenzo terdesak inginkan Arjuna?
"Mama tahu, Laila mesti keliru kan?" Ucapan mama itu seolah-olah membaca fikiranku yang sedang bercelaru ini. Tidak teragak-agak aku mengangguk.
"Ada sebab kenapa Lorenzo kacau keluarga suami Laila termasuk Laila sendiri. Sebenarnya..."
Aku menanti jawapan yang bakal meniti di bibir ibu mentuaku sekarang ini. Hati makin berdebar.
"Lorenzo kawan kepada suami mama. Dia ada buat sesuatu yang Lorenzo tak boleh maafkan."
"Papa buat apa, mama?" Aku bertanya.
Mama basahkan tekak. Dia lalu pandang tepat ke dalam anak mataku.
"Papa khianat Lorenzo selepas tahu pekerjaan Lorenzo yang sebenar. Selama papa berkawan dengan Lorenzo, papa tak pernah tahu yang Lorenzo tu sebenarnya salah satu mafia terbesar di Itali. Lepas saja papa dapat tahu perkara tu, papa siasat segalanya tentang Lorenzo. Bertahun juga papa berpura-pura tak tahu tentang kerja kotor Lorenzo tu. Jujur mama kata, Lorenzo memang pandai menyorok kerja dia. Sampaikan kawan rapat sendiri pun tak tahu."
Terkejut, terkelu, tergamam, aku tak tahu nak rasa mana satu. Rupanya ayah suami aku sendiri berkawan dengan Lorenzo. Tanpa sedar kawan dia itu sendiri seorang ketua kongsi gelap terbesar di Itali.
"Papa dekat mana sekarang?"
"He's dead." Sebaris ayat yang keluar dari bibir orang sebelah cukup membuatkan mata aku membulat besar.
"Innalilah..."
Usai membaca surah Yasin, Arjuna terus mengambil jag yang berisikan air bunga itu lalu disiram rata ke tanah perkuburan milik papa.
Aku hanya memerhati. Rasa sebak itu sudah tentu saja ada. Aku langsung tak sempat untuk bertemu dengan bapa mentua sendiri. Tapi, qada dan qadar Allah itu sudah lama tertulis. Apa yang mampu aku lakukan sekarang hanyalah redha.
Sekarang aku sudah berasa lega. Lega kerana segala persoalan yang sentiasa bermain dalam fikiranku ini semuanya telah terjawab.
Jadi sebelum ini, Arjuna hilang ada sebabnya. Semuanya semata-mata untuk mencari papa. Nama papa ialah Erdelan. Mama pula Ariana. Merdu nama itu jikalau disebut.
Sewaktu pertama kali aku tahu Arjuna hilang disebabkan papa, aku fikir... takkanlah lama sangat sampaikan tiga bulan? Tapi rupa-rupanya memang lama.
Arjuna kerahkan semua tenaga untuk cari papa di Itali. Itali bukannya kecil seperti Malaysia. Memang akan mengambil masa yang lama.
Dalam mencari, Arjuna juga terpaksa berjaga-jaga dengan Lorenzo memandangkan Lorenzo memang sudah jadikan Arjuna sebagai sasaran utama.
Setelah hampir dua bulan mencari, akhirnya Arjuna jumpa lokasi papa. Papa ditemui mati di dalam hutan. Semuanya dicari oleh Lucas sendiri. Al-maklum, Lucas pandai dalam menggodam sistem. Tapi tak mudah juga. Lokasi papa sentiasa bertukar-tukar. Rupa-rupanya lokasi itu sentiasa diubah oleh orang Lorenzo. Orang-orang Lorenzo lebih mahir.
Waktu Arjuna jumpa mayat papa, hampir separuh anggota badan papa telah dimakan. Ngeri ya amat. Aku langsung tak nak bayangkan keadaan papa ketika itu.
Perit yang bapa mentua aku lalui ketika itu pasti lebih lagi dibandingkan denganku.
Selepas dua bulan, semuanya sudah selesai. Mayat papa sudah pun bersemadi dengan aman di sini. Di Malaysia. Tapi lepas daripada tu, kawasan Arjuna dan Lucas di ceroboh oleh orang-orang Lorenzo.
Lorenzo sendiri datang ke tempat Arjuna dan Lucas. Dia hapuskan segala bukti-bukti berkenaannya yang telah lama disimpan oleh papa.
Dalam sekelip mata saja, segala hasil yang susah payah papa, Arjuna dan Lucas simpan.. terhapus begitu saja. Dalam dua minggu juga, Arjuna terkurung di tempat Lorenzo. Begitu juga Lucas. Tapi Arjuna dan Lucas bernasib baik kerana dibantu oleh arwah Faris.
Aku hela nafas panjang. Pandang seketika pada langit yang serba biru itu.
"Sayang, jom.."
Tatapan beralih pula pada wajah Arjuna. Raut wajahnya kelihatan sayu. Tapi aku hanya angguk. Tak mahu ganggu emosi suamiku sekarang ini. Arjuna pasti lebih merasai kehilangan sekarang ini.
YOU ARE READING
LAILA'S BROTHER (HIATUS)
Romance𝟏𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐑𝐘𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 ❝𝙄'𝙫𝙚 𝙗𝙚𝙚𝙣 𝙬𝙖𝙞𝙩𝙞𝙣𝙜 𝙛𝙤𝙧 𝙩𝙝𝙞𝙨 𝙩𝙞𝙢𝙚 𝙛𝙤𝙧 𝙖 𝙡𝙤𝙣𝙜 𝙩𝙞𝙢𝙚.❞ 𝙝𝙚'𝙨 𝙤𝙗𝙨𝙚𝙨𝙨𝙚𝙙 𝙬𝙞𝙩𝙝 𝙝𝙚𝙧𝙤'𝙨 𝙬𝙞𝙛𝙚. SLOW UPDATE! 100% IDEA SENDIRI. WARNING! READ AT YOUR OWN RISK! ⚠️ VIOLE...