3 ྀི

42 9 2
                                    

"Cakap sajalah yang dia boyfriend kau,"

"Eish kau boleh diam tak? Orang tua kita tengah bersembang, Soobin pula tengah study jadi hormat lah!"

"Aku nak kau mengaku je,"

"Ya dia boyfriend aku, ada masalah?" selepas mengatakan itu, mata Harin pantas melirik pada Soobin, nasib lelaki itu tidak dengar pembohongannya.

"Wahhh, sepadan, tapi lagi sepadan bila dengan ak–"

"KAU DAH KENAPA HAH?"

Diam, semua mata memandang ke arah Harin.

"Maaf, Beomgyu kacau Harin," ucap Harin sebelum mata tajamnya menikam mata Beomgyu.

"Aku benci ka–"

"Hah, kau suka aku?"

Harin menutup matanya, nasiblah dia mempunyai kesabaran yang banyak, kalau tak, sudah pecah muka lelaki ini.

"Kau tahu, musim panas kali ni terlalu kejam untuk aku,"

"Sebab?"

"Sebabkan kehadiran kau, buat aku annoyed. Aku baru je nak bergembira,"

Dalam diam, Beomgyu terkilan sedikit mendengar kenyataan itu. Namun segera dia menepisnya.

"Oh ya, esok aku first day sekolah di sini jadi boleh kau teman aku? Takut pula aku tersesat,"

"Aku pergi dengan Soobin,"

"Tak boleh ke aku join?"

"Tanya Soobin,"

Beomgyu segera meluru pada Soobin yang sedang fokus mencatat-catat di iPad nya.

"Hyung,"

Mata Soobin melirik pada Beomgyu,

"Ya?"

"Boleh esok saya ikut hyung dan Harin pergi sekolah? Saya baru first day esok,"

"Mestilah boleh, kenapa? Harin tak bagi ke?" soal Soobin.

"Ya, dia suruh tanya hyung pula," Soobin tertawa kecil mendengar itu. Matanya melirik pula pada Harin, sekaligus mereka membuat kontak mata.

Cepat-cepat Harin memandang ke tempat lain, pipinya merona merah menandakan bahawa hatinya sedang berbunga.

Beomgyu yang perasan dengan itu hanya tersenyum kecil,

"Comel."

cruel summer, beomgyuWhere stories live. Discover now