6 ྀི

31 7 5
                                    

"Soobin? Bulan depan birthday kamu kan?" soal Puan Bae memecahkan kesunyian di saat mereka menjamu selera bersama seperti biasa.

"Ya ahjumma, kenapa?"

"Dah besar dah kamu, takde girlfriend lagi?"

Tersedak Harin mendengarnya. Dia terbatuk-batuk di situ. Soobin segera menghulurkan segelas air kosong padanya sebelum Harin meneguk sepuasnya.

"Dah kenapa kamu pula yang tersedak Harin? Kamu sebenarnya girlfriend Soobin ke?" kali ini, Soobin pula tersedak mendengar soalan Tuan Bae itu.

"Ha memang ahjumma dan ahjussi bagi soalan untuk kamu berdua jawab dengan sedakan pun," sindir Puan Bae sambil menggeleng-geleng melihat kedua-dua Soobin dan Harin.

"Eomma ni! Tiba-tiba pasal girlfriend boyfriend pula, macam takde topik lain,"

"Yang kamu nak terasa kenapa? Soalan tu untuk Soobin bukan kamu," kata Puan Bae.

"Mestilah terasa! Harin ni masih takde boyfriend tau," cebik Harin. Puan Bae menggeleng melihat anaknya.

"Mengada, sudah, habiskan makan, buat buang masa je tengok adegan tersedak tadi." kata Puan Bae.

Selepas kira-kira 10 minit, mereka akhirnya selesai menghabiskan hidangan makan malam mereka. Selepas mengucapkan terima kasih dan jumpa lagi, Soobin terus ke pintu utama rumah keluarga Bae diiringi Harin.

"Maaf atas soalan merepek eomma saya tadi,"

"Takde apalah, memang make sense pun soalan tadi. Saya hampir-hampir di akhir remaja, tambahan lagi goodlooking. Mestilah eomma awak rasa ada yang dah miliki hati saya. Orang goodlooking ni jarang single," kata Soobin sekaligus memuji dirinya sendiri.

"Eii perasan!"

"Apa perasannya? Awak sendiri yang selalu puji saya handsome, saya tak boleh buat apa,"

"Itu saya tipu je,"

"Alasan,"

"Jadi awak memang takde girlfriend la ni?" soal Harin tiba-tiba. Soobin menggeleng.

"Tengah mencari,"

Tersentak Harin mendengarnya. Jadi, saat-saat yang ditakutinya tiba jua.

"Kalau macamtu, tahniah. Saya harap awak cari yang betul-betul cintakan awak dan hargai awak, jangan buta dalam menilai siapa yang terbaik untuk awak. Juga, tolong jangan biarkan ada orang yang menunggu untuk awak terima cinta mereka. Jumpa lagi, Soobin."

Harin segera menutup pintu rumahnya. Soobin terpaku, mengapa pula gadis itu berkelakuan ganjil tiba-tiba?

"Ayat awak ni pelik sangat, Harin."

cruel summer, beomgyuWhere stories live. Discover now