Langkahnya diatur dengan elegan untuk ke taman sekolah. Tempat yang dia selalu luangkan bila tibanya masa rehat.
Selalunya dia bersama Keeho, tetapi lelaki itu entah mengapa tiba-tiba menolak ajakannya.
Dia duduk di buaian di taman itu sambil menghirup susu kotaknya. Fikirannya seperti biasa mesti berkenaan Choi Soobin.
Namun sejak kehadiran Beomgyu, fikirannya terganggu sedikit, dia selalu terfikir tentang Beomgyu pula. Mungkin kerana lelaki itu selalu mengacaunya.
"Keeho juga suka kacau aku tapi tak pernah-pernah aku selalu terfikir pasal dia," gumamnya.
"BOO!"
Tersembur susu kotak yang diminum Harin apabila mendengar kejutan itu. Dia menoleh ke belakang, terlihat Keeho sedang menertawakannya dan juga..
Beomgyu sedang tersenyum menatapnya.
"Bodoh ke, aku tengah minum kau kejutkan aku, eii geramnya aku dengan kau ni, Yoon Keeho!" kepala Keeho diketuk sederhana kuat.
"Eish kau la ni Beomgyu, tak nak dah la aku ikut plan kau, bukan kau yang kena, aku juga yang kena." kata Keeho sambil berlalu pergi dari situ.
Harin menoleh menatap Beomgyu di belakangnya.
"Maksud? Plan apa ni?"
Beomgyu tersenyum seraya mencapai sebuah gitar akustik di tanah.
"Kau nak buat apa, dungu?" omel Harin. Dia kembali duduk di buaian itu.
Beomgyu mula memainkan gitar itu sambil mulutnya menyanyikan lagu.
Terpaku Harin mendengarnya, boleh tahan juga suara lelaki ini.
"Dia ni, masak pandai, nyanyi pun pandai, dari manalah dia belajar," kata hati Harin.
Tanpa sedar, Harin terbuai dengan alunan gitar itu dan juga suara Beomgyu. Dia menghayati setiap bait lagu itu sehinggalah lagu dan gitar terhenti.
"Terima kasih luangkan masa kau untuk dengar nyanyian aku, harap-harap kau suka." kata lelaki itu dan berlalu pergi meninggalkan Harin sendirian.
"Gila, dari tadi aku dengar nyanyian dia ke? Wah gila, dia mesti dah pukau aku," kata Harin sendirian.
Namun, dalam diam, dia sangat mengidamkan untuk mendengar suara itu lagi.
"Ingat Harin, kau jatuh cinta dengan suara dia saja, tapi bukan dia."
✩