(🩸)BAB - 2

13.4K 367 92
                                    

PELAWAAN dari Hanim untuk menghantar Manis pulang ditolak baik oleh gadis itu.

"Jomlah aku hantarkan. Dah nak maghrib ni. Bahayalah Manis." Pujuk Hanim bersungguh-sungguh.

"Tak apa, aku dah biasa balik lambat. Kau balik dulu. Nanti parents kau risau."

Hanim mencebik. Pipi Manis dicubit geram. Manis langsung tertawa. Tidak mengelak dan menerima sahaja cubitan itu.

"Degil kau ni! Susah sangat nak balik dengan aku!" Rungut Hanim dengan wajah yang masam mencuka. Berjauh hati dengan penolakan Manis.

"Aku tak nak susahkan sesiapa. Lagipula aku dah biasa. Tak naklah merajuk. Buruklah, sis." Usik Manis seraya mencucuk lembut pipi Hanim yang mengembung itu.

"Eh kau! Pipi jangan main eh? Pipi aku ni limited edition tau." Hanim menolak jari runcing Manis yang menekan pipinya itu.

Kening Manis ternaik tinggi. "Kau cubit pipi aku boleh pulak, ya?"

"Sebab pipi kau gemuk!"

Tawa mereka terus bersambung. Ada-ada sahaja Hanim seorang ni. Tidak pernah tidak menghiburkan hati. Satu-satunya sahabat yang paling Manis sayangi. Sahabat yang dianggap seperti ahli keluarganya sendiri. Hanya pada Hanim dia dapat melupakan kesakitan yang diberi oleh Idlan.

Terima kasih, Hanim.

Hati Manis bersalut bahagia. Meskipun selepas ini, dia bakal berdepan sisi syaitan abangnya semula.

Telefon bimbit Hanim berdering. Panggilan dari ayahnya. Hanim menjawab sebelum kembali kepada Manis.

"Ayah aku dah seru. Kena balik dah. Ada saudara datang rumah. Kau betul ke ni tak nak aku tumpangkan?"

Manis memberi gelengan kecil. "Ya, aku balik sendiri. Tu ayah kau dah telefon, baik balik cepat. Kena tidur luar nanti aku tak tahu." Seloroh Manis untuk menyedapkan hati Hanim.

Laju Hanim menepuk lengan Manis. "Ish kau ni. Masin mulut kau nanti. Dah kena tukar nama. Jadi Masin Zulaikhah."

Sekali lagi, Manis melepaskan tawa. Kali ini sehingga matanya berair. Ya Allah, Hanim! Memang boleh masuk bertanding dalam Maharaja Lawak.

"Suka hati kau je tukar nama aku. Pergilah balik dulu. Nanti jalan sesak. Lambat pula kau sampai."

"Yalah. Aku gerak dulu. Apa-apa roger, sis. Dah sampai rumah, terus text aku." Hanim melangkah ke dalam perut Axia hitamnya. Pesanan diberi seperti lagak seorang ibu.

"Ya, cinter. Nanti saya text cinter."

Hanim mencebik. Membuat muka meluat. "Cinter lah sangat."

Enjin dihidupkan. Cermin kereta diturunkan separuh. "Kau hati-hati. Jangan balik lewat sangat."

"Ya, aku faham. Kau pun sama. Hati-hati memandu."

Hanim mengangkat ibu jari sebagai tanda 'baik.'

"Bye!" Cermin dinaikkan lalu Axia hitam itu menderum pergi meninggalkan kawasan tempat parkir fakulti.

Iris hitam Manis menghantar sehingga kelibat Axia itu hilang di sebalik simpang.

Langit yang bertukar oren kekuningan dipandang dengan senyuman kecil di bibir.

"Subhanallah."

Ciptaan agung yang sungguh indah memikat mata.

Ciptaan yang Maha Hebat.

Manis tenggelam di dalam ciptaan itu. Menghayati dengan hati yang tenang dan senang.









(🩸🩸🩸)




𝐌𝐚𝐧𝐢𝐬 : 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐢𝐫 𝐌𝐚𝐭𝐚Where stories live. Discover now