(🩸)BAB - 5

12.2K 426 113
                                    

MUG dibawa ke bibir. Menghirup kopi panas yang dibancuh sebentar tadi. Zaquan merenung jauh ke langit malam yang dihiasi bintang dan bulan. Lantas mug tersebut diletak semula ke atas meja kecil di sebelahnya.

Fikirannya sarat dengan wajah Manis. Lenggok Manis. Suara Manis. Serta senyuman nipis yang menghiasi wajah cantik itu. Senyuman yang menyembunyikan kedukaan di sebaliknya.

Firasat Zaquan mengatakan sesuatu. Teguh menegakkan ada perkara yang tidak kena dengan Manis. Lebih-lebih lagi setelah bersua muka dengan abang gadis itu pada tempoh hari.

Manis seakan-akan takut dengan Idlan. Mata Manis ketika memandangnya seolah-olah ingin menjelaskan sesuatu.

Namun, Zaquan tidak dapat meneka di sebalik renungan itu. Malah, sikap dingin dari abang Manis juga membuatkan Zaquan meragui akan status dua beradik itu.

Benarkah itu abang Manis? Atau sebaliknya?

Mengapa Idlan begitu posesif terhadap Manis sedangkan Zaquan sudah menjelaskan bahawa dia adalah pensyarah Manis? Tetapi, sebagai seorang lelaki, Zaquan mengerti di sebalik kedinginan yang ditunjukkan oleh Idlan. Seakan-akan memberi amaran untuk Zaquan menjauhi Manis.

Jika benar Idlan adalah abang Manis, mengapa perbuatannya bertentangan dengan statusnya sebagai seorang abang? Zaquan juga mempunyai dua adik perempuan. Dia juga sangat menjaga adik-adiknya. Namun, tidaklah seperti Idlan yang begitu posesif terhadap Manis.

Ada sesuatu yang tidak kena.

Tapi, bila difikir semula, perlukah Zaquan mengambil tahu perihal semua ini sedangkan dia bukan sesiapa kepada Manis.

Dan mengambil tahu perihal orang lain bukanlah sesuatu yang digemarinya. Apatah lagi jika berkait dengan seorang perempuan.

Baru sahaja mengenali Manis. Berbual juga baru dua kali. Ketika mengenalkan diri di dalam kuliah dan di tempat parkir fakulti. Tapi, rasanya hanya dia sahaja yang membuka mulut. Bukannya Manis.

Kepala Zaquan terdongak ke atas. Dia tidak mahu melibatkan diri. Perasaan aneh yang bertandang cuba diusir banyak kali. Namun, wajah Manis kerap muncul. Menjengah kotak fikirannya.

"Perlu ke aku siasat benda ni? Tapi dia bukan sesiapa pun bagi aku." Rambut yang beralun ditiup angin dikuak ke belakang.

Jeda. Berperang dengan perasaan sendiri.

Keluhan kasar dilepaskan. Perasaannya menewaskan sifatnya yang sentiasa tenang sebelum ini.

"She's my student. Of course aku ada hak untuk ambil tahu."

Zaquan senyum senget. Ada cara untuk dia menggali maklumat berkenaan Manis dan Idlan.

"I'll find it out. By hook or by crook."










(🩸🩸🩸)






TANGAN halus Manis menolak daun pintu. Melangkah masuk dengan wajah yang lesu dan letih. Daun pintu kembali ditutup. Sebaik sahaja tubuh dipusingkan, badannya berlanggar dengan dada tegap Idlan yang tidak berbaju itu.

"Baru tahu nak balik? Semalam kau tidur mana?" Sergah Idlan dengan mata setajam pedang. Menghunus raut lesu Manis dengan amarah yang membaluti.

Soalan Idlan dibuat tidak endah. Manis mengelak ke tepi dan melintasi tubuh tegap itu.

Idlan kancing gigi. Lengan halus Manis diraih kasar. Membawa badan itu menghadap ke arahnya.

𝐌𝐚𝐧𝐢𝐬 : 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐢𝐫 𝐌𝐚𝐭𝐚Where stories live. Discover now