(🩸)BAB - 7

13.8K 440 68
                                    

IDLAN tersengih kecil ketika membalas mesej dari tunangnya, Zahrah. Ada sahaja gelagat manja Zahrah yang menghiburkan hatinya. Jari panjang Idlan juga laju menekan papan kekunci pada telefon bimbitnya lalu menekan simbol send di ruangan mesej tersebut. Setelah mesej tersebut dihantar, peranti nipis itu diletakkan di atas meja solek sambil tangan mencucuh sebatang rokok dan dikepit pada bibir.

Melihat pantulan Manis pada cermin solek di hadapannya membuatkan Idlan bersiul nakal. Kaki melangkah menghampiri Manis sambil tangan mengemaskan lilitan tuala pada pinggangnya.

Esakan halus Manis menjadi lantunan melodi yang indah pada pendengaran Idlan. Dari malam tadi, tangisan itulah yang menghiasi suasana di dalam kamar penuh noda itu.

Idlan menarik senyuman sinis. Badannya diregangkan. Semalaman dia tidak berehat. Dan pagi ini pula Zahrah mengajaknya keluar untuk memilih busana pengantin mereka. Namun, untuk Zahrah, segala penat lelah ditolak ke tepi. Cintanya untuk Zahrah menjadi keutamaan.

Dan bagaimana dengan Manis pula? Dianggap tidak lebih sebagai tempat untuk melepaskan nafsu serakahnya.

Ketika Idlan sudah menghampiri Manis, gadis itu mengengsot untuk menjauhkan diri. Melihatkan tingkah laku Manis yang seakan takut dengan Idlan menimbulkan lakaran angkuh pada sosok wajah Idlan.

Birai katil menjadi tempat Idlan melabuhkan duduk. Rokok yang pada awalnya dikepit di antara jari telunjuk dan jari hantu kini diapit di antara belahan bibir. Kepulan asap putih dihembuskan dari rongga mulut dan hidung. Seiring itu, sayup-sayup esakan Manis menerjah gegendang telinga.

Mata Idlan merenung lekuk tubuh Manis meskipun ada selimut membaluti susuk tubuh yang langsing itu. Lalu, mata tajam itu naik merenung pada wajah pucat Manis.

"Pergi bersihkan badan. Lepasni ikut abang dan Kak Zahrah keluar."

Manis menekup mulut. Perlahan kepalanya menggeleng. Tiada lagi tangisan, hanya air mata yang mengalir tanpa esakan. Tubuh dibawa agar menjauhi Idlan. Manis semakin mengengsot merapatkan badannya pada kepala katil dengan lutut yang dipeluk pada paras dada.

Idlan mendengus. Melepaskan nafas yang kasar dan berat.

"Kau degil sangat kenapa? Nak kena lanyak sekali lagi ke macam mana?" Kali ini nada Idlan naik seoktaf. Tajam renungannya menikam raut wajah Manis yang semakin pucat tidak berdarah itu.

Manis menyembunyikan wajah di antara ruang pada lututnya. Menjadikan Idlan semakin agresif dan tercabar dengan kedegilan Manis.

Tangannya menarik selimut pada badan Manis lalu melemparnya jauh ke sudut bilik.

Manis tidak mampu menegah mahupun melawan. Tubuhnya lemah setelah dikerjakan oleh Idlan selama semalaman.

"Bangun! Kau jangan naikkan baran aku! Pergi mandi dan ikut aku keluar!" Jerkah Idlan seraya mencengkam dagu runcing Manis. Putung rokok tadi dicampak kasar ke dalam ashtray yang berada di atas meja kecil bersebelahan katil mereka.

Mata Manis dikaburi air mata yang hangat dan tidak berpenghujung.

"Mandi atau aku lanyak kau sekali lagi!"

Manis teresak-esak menangis. Cengkaman Idlan semakin kuat dan pedih. Di dalam keadaan yang menggigil, tangan halus Manis naik menyentuh perlahan pergelangan tangan Idlan. Dan sebelah tangannya pula mengelus lembut rahang tajam Idlan sehingga Idlan tersentak dan terkedu.

Sentuhan Manis begitu lembut...

Namun tangan itu menggigil dan terasa sejuk.

Idlan merenung Manis. Amarahnya mengendur tatkala melihat cecair demi cecair yang tidak berhenti mengalir dari sudut mata Manis.

𝐌𝐚𝐧𝐢𝐬 : 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐢𝐫 𝐌𝐚𝐭𝐚Where stories live. Discover now