Bab 1

2 0 0
                                    

Aku termenung di luar jendela kafe memerhatikan keadaan trafik yang sudah lenggang.

Kini sudah pukul 10 pagi. Aku bersama kawanku, Shahril menikmati sarapan lewat kami di tingkat 2 kafe Selatan Park.

"Kau termenung apa tu?" Shahril menegur aku lantas memutuskan lamunan aku. "Kau ridur lewat lagi ke malam tadi?"

"Haar, aku tengok dokumentari kat youtube 2 jam lamanya," jawab aku sambil menghirup baki akhir air teh bunga.

"Pasal apa pulak kali ni?"

"Cicada3301".

"Oh..."

Shahril seakan tidak tertarik dengan topik dokumentari yang aku kongsikan kepadanya. Seperti biasa, Shahril akan selalu tanya cerita atau dokumentari apa yang aku tonton tetapi tidak pernah bertanya untuk tahu dengan lebih lanjut.

"Engkau tidak layan ke movie atau drama series?"

"Tak."

"Baru-baru ni aku ada tengok..."

Seperti biasa, Shahril akan kongsi cerita atau filem baharu yang dia tonton pada minggu lepas untuk direkomenkan kepadaku.

"...Cerita ini best. Watak utama dia..."

Seperti biasa, aku buat anguk-angguk dan buat seperti tertarik dan mahu menonton filem rekomendasi daripadanya. Padahal, aku sebenarnya tidak berminat pun untuk tahu dengan lebih mendalam. 

Kami menghabiskan sarapan kami dan sebelum bersiap sedia untuk meninggalkan kafe, Shahril bertanya...

"Weh, kau boleh tolong aku tak?"

Biasan CintaWhere stories live. Discover now