Bab 4

1 0 0
                                    

"Terima kasih tolong ganti tempat aku, Sham."

"No hal."

Tiga hari selepas tamatnya program haluansiswa, Shahril membawa aku makan tengahari di kafe Selatan Park sebagai "hadiah belanja" kerana telah membantu dia yang berada di Johor atas urusan keluarga selama seminggu.

"Jangan risau, Sham. Kau order je apa-apa, aku bayar semua."

"Memang kau patut pun."

Memandangkan kami sama-sama tahun akhir, kuliah kami hanya  akan bermula pada minggu depan, maka, kami boleh lepak di sini menikmati "cuti minggu pertama." Hal ini kerana minggu pertama ini disediakan kepada freshie untuk penyediaan proses daftar masuk subjek dan lain-lain

"Dah habis makan dah ke, Sham?"

"Dah, jom kita balik."

"Ok, kau masuk kereta dulu, biar aku handle bayar-bayar ni kat kaunter."

"Nak aku tambah sikit tak. Aku pun rasa bersalah buat kau belanja semua."

"Tak pa tak pa. Kau pun dah banyak tolong aku."

"Baiklah kalau camtu."

Tidak lama selepas tu, kami berdua pun pulang ke apartment kami yang terletak beberapa kilometer dari universiti kami dengan kereta Proton milik Syahril.

Apartment Desa Meranti. 32 tingkat dan 2 ruang bawah tanah. Di sini, aku, Syahril dan Asyraf duduk sama-sama menyewa di salah satu bilik di tingkat 9.

"Agak-agak Asyraf bila boleh balik sini?" Syahril berkata sambil menguncikan keretanya.

"Entahlah, dia kata malam nanti sebab siang ni dia kata ada hal."

"Sham, entah-entah dia dating dengan awek dia ke?

"Ye kot."

Keluar sahaja kami daripada tempat parking kereta bawah tanah, kami menuju di pintu masuk di Blok B dengan berjalan kaki.

"Weh, Sham, cuba kau tengok tu."

Aku melihat tundingan jari Syahril seolah-olah mahu menunjukkan sesuatu.    Di hadapan pintu lif, kami melihat satu papan notis yang berbunyi:

MAAF LIF ROSAK, SILA GUNAKAN TANDAS.

"Aduhai, lif problem pulak hari ni. Management tak kasi setel lagi ke masa kita cuti sem ni."

"Dah nak buat camna," sambil menenangkan Syahril, aku menyambung, "Takpelah, kita naik atas guna laluan tangga."

"Bilik kita tingkat atas kot. Penatlah."

Mengabaikan keluhan Syahril, kami sama-sama menggunakan laluan tangga untuk menuju ke bilik kami yang berada di tingkat 9.

"Bukan senang nak senam sama-sama kan, Syahril."

"Kalau ada sayap, dah lama aku terbang terus ke bilik kita. Aku bukan budak gym macam kau Sham."

Sambil menaiki anak tangga, aku dan Syahril bersembang dengan topik-topik filem seperti biasa dan juga perkongsian pengalaman aku semasa menjadi pm pada minggu lepas.

"Btw, Sham, kau ada jumpa mana-mana awek lawa tak pada minggu tu?"

"Tak de masa. Aku fokus dengan kerja aku je."

"Hm, potong mood la kau ni."

"Aku mana ambil tahu pasal hal ni."

Di usia yang lanjut remaja ni, aku tidak pernah terasa mahu melalui fasa "couple mapel" ni. Ada juga beberapa mahasiswi freshie yang cuba mendekati aku, cuma aku tolak mereka awal-awal ekoran tidak mahu terjadi sesuatu.

"Yelah, tapi kau ni dah tahun akhir ni. Takkan lah tak de sorang perempuan yang kau perkenan," kata Syahril dengan nada sinis. "Aku pun dah bertunang. Cuba tengok cincin kat jari aku ni."

"Eh? Kau dah bertunang? Sejak bila?!" Biar betul, aku tak tau apa-apa pun.

"Sebenarnya, sebab kenapa aku kena balik Johor pasal hal ni la." Tunjuk Syahril jari manisnya yang kini sudah tersarung cincin. "Aku sebenarnya masuk meminang awek aku kat Johor."

"Ye ke, tahniah, tahniah."

"Terima kasih."

Siapa sangka Syahril dah bertunang rupanya. Aku berharap Syahril dan tunangnya akan kekal bersama bukan sahaja di jinjang pelamin, malah sehingga ke syurga. Sejuk hati aku membayangkan sahabat baik aku bakal menjadi suami yang soleh dan bakal ayah terbaik bagi keluarganya.

"Btw, ada seorang perempuan yang menarik perhatian aku semasa berada di perkampungan."

"Kau biar betul Sham?! Tadi kau kata takde."

"Nama dia pm Aminah. Ada satu hari tu dia nangis sebab ramai freshie tak turun dewan pukul 4 pagi sebab nak training cheers dan joget."

"Cis, kau ni. Itu taktik raih simpati adik-adik."

"Korang tau tak kami sebenarnya berkorbankan masa kami untuk korang, Hahahahah." 

"Hahaha!"

Selang beberapa minit selepas kami selesai ketawa, kami pun sampai di hadapan bilik no 103 yang terletak di bahagian barat daya blok B di tingkat 9. Sambil memegang tombol pintu yang telah diisi dengan kunci pintu masuk, aku tiba-tiba teringat sesuatu.

"Weh, aku tertinggal beg aku kat kafe."

Biasan CintaWhere stories live. Discover now