Bab 3

1 0 0
                                    

"Pm Shah, boleh kami namakan lukisan logo kami fire rooster."

"Menarik."

"Pm Shah, bagaimana kami mahu mulakan permainan ni?"

"Kita mulakan dengan bahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dahulu..."

"Pm Shah, boleh izinkan saya pergi ke tandas?"

"Ok, silakan. Tak perlu beritahu saya pun takpa."

"Pm Shah, macamana kami nak susun puzzle ni?"

"Mula-mula kamu semua kena..."

"Pm Shah, saya tidak dapat masuk ke bilik kerana tertinggal kunci di dalam bilik."

"Jangan risau, saya akan ambil kunci spare kat bilik akak kerani."

"Pm Shah, boleh tak kalau kami gunakan abang sebagai model kami."

"Saya ok sahaja, tetapi lebih baik kamu semua melantik sorang model dalam kalangan ahli kumpulan sendiri."

"Pm Shah, kami akan menaiki bas nombor berapa?"

"Rasanya bas nombor 5. Tunggu sekejap, biar saya semak semula dengan pm lain dahulu."

"Pm Shah, di mana kami boleh menunaikan solat?"

"Di hujung sana, di belakang blok B terdapat surau kolej di mana kamu semua akan solat di situ secara bergilir-gilir mengikut urutan kumpulan yang ditetapkan."

"Pm Shah, kawan sebilik saya, Hazimah tidak sihat. Dia kata dia demam."

"Tak pa, saya akan beritahu Pm Haziq dan bawa dia ke klinik selepas ni."

"Pm Shah, saya tidak dapat hubungi Ahmad walaupun saya sudah call dia beberapa kali."

"Mungkin dia tertidur lagi di dalam bilik dia. Tak pa, beritahu saya nombor bilik dia. Biar aku ketuk pintu bilik dia."

"Pm Shah, Pm Shah single lagi ke, hehe."

"... ... ..."


Begitulah rutin seharian aku di sepanjang perkampungan minggu haluansiswa sebagai seorang pm. Ramai freshie/ pelajar baharu bertanyakan soalan atau melaporkan isu kepada pm bagi kumpulan masing-masing jika terdapat sebarang masalah.

Oleh kerana ini merupakan pengalaman kedua (dan mungkin yang terakhir) aku sebagai pemudahcara ni, aku dapat mengawal keadaan dengan lebih baik berbanding  diri aku semasa di tahun 2.

Melihat reaksi dan riak wajah freshie ni mengingatkan aku bagaimana rasanya ketika mana rasanya menjejakkan kaki di pentas menara gading. Ada yang teruja, ada yang janggal, malah ada juga riak wajah suram pada sebahagian daripada mereka.

Kesemua ini bagaimanapun akan terpahat dalam kenangan mereka dalam himpunan manis dan pahit. Aku jamin sebab ini yang aku telah rasa sebagai pelajar "mentah"  dan yang akan aku kenang setelah menjadi pelajar tahun akhir.

Mungkin aku sebenarnya menerima permintaan Shahril sebab aku berasa mahu terlibat dalam menolong dan memberikan bimbingan kepada mahasiswa-mahasiswa baharu ini. Bila difikirkan semula, mungkin aku tidak menolak permintaan Shahril pada hari itu kerana di jauh dalam sudut sanubari aku, aku masih lagi mahu memberikan khidmat bakti yang masih tersisa.

"Pm Shah, di mana kami boleh letak kertas maklum balas ni."

Tiba- tiba lamunan aku berhenti tatkala ketua kumpulan 10, Hanis menghulurkan beberapa helaian kertas yang aku kira sudah dia kutip oleh ahli kumpulannya kepadaku.

Sedar tidak sedar, sudah seminggu aku berada di sini dan hari ini merupakan hari terakhir minggu haluansiswa pada sesi tahun ini. Pada hari terakhir, kesemua freshie akan diberikan kertas maklum balas untuk memberikan ulasan mengenai keseluruhan program atau meluahkan sebarang aduan jika ada. Terdapat juga ruang akhir kertas di mana mereka akan diminta untuk mengundi pm terbaik sepanjang minggu ini.

Aku pasti aku takkan menang. Selalunya pm yang dipilih (atau terpilih?) ni selalunya ketua pm atau pm yang paling hensem, atau yang paling kelakar. Aku? Aku pasti aku tidak dikategorikan di dalam ketiga-tiga pencalonan.

Apa-apa pun,

"Biar saya ambil dan letakkan ia ke dalam kotak."

"Ok... sebelum itu saya nak tanya sesuatu."

"Nak tanya apa?"

"Apa nama penuh pm Shah?"

Nama penuh. Emm, sebenarnya...

Sebelum tu biar aku beritahu perkara sebenar dan kisah bagaimana ia terjadi. Pertama, setiap pm akan diberikan name tag dan ia akan diisi dengan nama pm itu sendiri. Kedua, asalnya, Shahril yang sepatutnya menjadi pm bagi kumpulan 10 dan 11, bukannya aku. Aku hanya mengganti tempat dia sahaja. Ketiga, oleh kerana kesempitan waktu, name tag aku tidak dapat disediakan, dan aku hanya memakai name tag Shahril sahaja sepanjang minggu haluansiswa ini berlangsung. Oleh yang demikian, ramai orang panggil aku Pm Shah terutamanya freshie ( malah ada juga pm lain panggil aku Pm Shah).

Apa-apa pun, Pm Shah bukannya nama aku dan aku hanya menggunakan tag nama dia agar orang lain mudah mengenal aku.

Keempat, aku lupa dan aku pun turut ikut flow je minggu ni orang panggil aku Pm Shah.

Demikian aku terangkan kepada Hanis bagaimana dan apa yang terjadi. Siapa sangka hari terakhir baru dia sedar nama aku bukannya Shah atau pm Shah. Melihatkan hal itu, Hanis seakan- akan tertawa kecil dan cuba menahan gelaknya daripada didengar oleh orang lain

"Oh, kalau camtu, apa nama penuh pm Shah, eh bukan, apa nama sebenar hang?"

Hang? Orang Utaqa ke Hanis ni?

Apa-apa pun, nasi sudah menjadi bubur Memandangkan rahsia sudah pun terbongkar, aku tidak rasa perlu lagi untuk berselindung dan menyembunyikan lagi nama aku.

"Nama penuh Shamsul Idris bin Abdullah. Boleh panggil aku Sham je."

"Nama saya Hanis. Hanis Suraya binti Kamarul." Sambil tersenyum, Hanis menambah,

"Selamat berkenalan, Pm Sham."






Biasan CintaWhere stories live. Discover now