Bab 5

3 0 0
                                    

"Jom aku bawak kau pi kafe balik."

"Takyah lah, kau pi masuk rumah dulu. Bak sini kunci kereta kau, biar aku sorang je pergi."

Syahril cuba mempelawa aku untuk menemani aku sekali untuk mengambil beg pouch aku yang tertinggal di kafe tengahari tadi, tapi aku menolak kerana aku sendiri yang cuai, dan tidak prihatin dengan barangan sendiri.

"Cuba kau call dulu kafe tu, suruh waiter mereka jaga beg kau dulu," cadang Syahril sebelum melangkah ke dalam rumah. "Aku masuk dulu, nak tidur jap."

"Ok."

Selepas pintu rumah ditutup, aku pun menuju ke tangga untuk turun ke tingkat bawah semula. Sebelum sempat aku ke sana, aku terserempak dengan seorang perempuan.

Tidak salah lagi, perempuan ini merupakan seseorang yang aku kenal. Perempuan yang menjadi ketua kumpulan 10 semasa minggu haluansiswa tempoh hari.

Satu-satunya perempuan yang kenal nama aku.

"Hanis?"

"Eh, awak, Pm Sham kan?"

Awak? Bukan sebelum ni dia sebut guna ganti nama "hang" ke?

"Eh, apa kau buat kat sini? Hanis pun tinggal sini ke?"

"Tak, saya datang ke sini, sebab nak pulangkan beg ni kat seseorang." Sambil menunjukkan beg yang terletak di tangannya. "Tadi saya ada terjumpa beg kat kafe. Saya tertanya-tanya dan terjumpa ada alamat ke tempat ini."

Wow, itu beg aku! Nasib baiklah ada seorang yang jumpa dan bawak balik ke rumah aku.

"Sebenarnya tu beg pouch saya. Saya ada tertinggal kat kafe. Terima kasih sebab pulangkan."

Aku menghulurkan tangan untuk mengambil beg itu. Tetapi, Hanis menarik semula beg itu ke arahnya semula sebelum mengepit sambil kakinya melangkah kebelakang.

"Betul ke ni beg awak?"

"Eh?"

"Kalau betul ni beg awak, sila buktikan."

Ehhhhhh???

"Em, beg tu ada saya letakkan alamat bukan? Apartment Desa meranti, blok B, no bilik 103. Tingkat kesembilan. Tu alamat rumah sewa saya."

"Boleh jadi awak pura-pura tinggal sini."
Hanis menyambung, "Mungkin awak tinggal di tempat lain dan kebetulan berada di sini, dan guna taktik ini untuk ambil barang hilang milik orang lain."

"Kalau macam tu, bagaimana saya nak buktikan beg itu milik saya."

"Boleh beritahu saya apa kandungan beg ini?" Hanis membuka zip beg itu tanpa menunjukkan kandungan beg itu kearah aku. "Kalau betul, maka beg ini memang kepunyaan awak dan saya akan pulangkan semula."

Dia ingat dia ni polis ke. Biar betul perangai dia ni, macam nak soal siasat aku. Rasa macam diri aku ini penjenayah kena tahan kat bilik gelap dengan lampu tengah-tengah atas meja. Rasa macam berada di hadapan inspektor.

Aku ada buat salah ke? Padahal itu memang beg aku kot.

"Dalam beg itu ada buku nota dan alat tulis." Aku cuba tidak berahsia dan memberitahu apa yang terkandung di dalam beg aku. Mungkin dengan cara ini dapat meyakinkan dia bahawa beg itu memang kepunyaan aku. "Kemudian kat poket tepi tu, ada powerbank dan kabel charger untuk telefon pintar."

"Ok, setakat ini memang semua ada."

"Alhamdulillah, sekarang boleh pulangkan balik..."

"Pod vape ni apa pulak. Milik awak juga ke?"

Eh? Vape? Sejak bila aku hisap vape dan simpan dalam beg pouch aku tu? Entah-entah beg tu bukan aku punya.

"Hehe, saja bergurau. Mana ada pod vape dalam beg ni." Sambil tersenyum, Hanis membalas, "saja nak test awak."

"Oh."

Tak guna. Dia cuba perangkap aku. Tak sangka "inspektor" ni cuba mengelirukan aku dengan soalan twist ini. Ni kalau aku cakap ya, mesti dia tak bagi beg aku balik!

"Nah, ni beg awak. Jangan hilangkan dia lagi." Hulur Hanis beg aku kepadaku yang memang milik aku pun.

"Kenapa kau bagi beg itu kepada saya?"

"Eh?" Hanis memandang aku dengan muka terkejut.

"Boleh jadi beg yang kau pulangkan kepada saya bukan milik saya."

"Ehhhhh??"

Biar dia pulak yang dikelirukan oleh aku. Biar dia rasa bagaimana rasanya disoal siasat oleh inspektor Shamsul.

"Biar saya tanya kau pulak. Di mana kau terjumpa beg ini, di mana, pukul berapa dan bila?"

"Di kafe Selatan Park, tingkat 2, meja 16 tepi tingkap."

Cis, tepat pulak jawapan dia. Biar betul dia boleh ingat semua tu. "Ok, awak lepas, dan terbukti bahawa beg yang kau jumpa memang milik saya."

Terima kasih, aku ucapkan kepada dia.

"Sa... sama-sama," balas Hanis, agak teragak-agak berserta reaksi janggal terhadap lawak aku sebentar tadi.

Tiba-tiba aku rasa menyesal dengan perbuatan aku tadi.

...

...

...

"Okeyla, saya pulang ke dorm dulu," kata Hanis memecah sunyi yang terjadi.

"Ok, nak saya tolong hantarkan ke, saya boleh bawak kereta."

"Takpe, saya naik bas awam je, pakai kad student, lagi jimat."

"Tapi bukankah lagi jimat kalau tumpang dengan kereta?"

"Sori, saya tak selesa berdua-duaan dengan lelaki dalam kereta lagi."

"Baiklah kalau macam tu," aku kemudiannya mengucapkan sekali lagi, "terima kasih Hanis kerana bagi beg aku balik."

"Ok, saya tak kisah pun, lagipun bukan setiap hari dapat naik apartment tinggi pakai lif. Saya dulu kat kampung, paling tinggi pun dapat naik tingkat 4, tu pun sekolah menengah je."

"Hahaha, ye tak ye kan."

Selepas sama-sama melambaikan tangan, dengan beg pouch yang aku sudah jumpa semula, aku pun menuju ke rumah aku semula.

Nasib baik dalam banyak-banyak orang, Hanis yang jumpa beg aku. Kalau orang lain, tak tau la sama ada aku boleh dapat balik beg aku ni.

"Alhamdulillah, jimat masa dan tenaga aku kalau nak pi kafe balik semata-mata nak ambil beg aku ni semula."

Dah la lif rosak hari ni. Tadi naik tangga dengan Syahril pun dah penat.

Sebelum aku melangkah ke pintu rumah, aku tiba-tiba teringat sesuatu.

Lagipun bukan setiap hari dapat naik apartment tinggi pakai lif.

Lif rosak kan?

"Bagaimana Hanis boleh gunakan lif kalau lif dah rosak?"

Aku rasa tidak sedap hati.







Biasan CintaWhere stories live. Discover now