Semalaman Eleena tak puas berangan. Raut wajah Ayish melekat dalam kepalanya seakan dipukau. Sungguh, itu pertama kali dia jumpa lelaki yang betul-betul menepati cita rasanya.She falling hard for him
"Cikgu!"
"Macam ni ke cikgu?"
Eleena tersentak mendengar suara anak murid kelasnya. Dia betulkan kotak suara sebelum memandang kearah kertas bersaiz A4 yang dihulurkan padanya.
"Pandai awak buat. Warna pulak lepas tu nanti cikgu nak kutip okay?" Pujinya ikhlas dengan senyuman.
Walaupun lukisan buah epal yang dia beri sebagai tugasan tu agak luar biasa hasilnya. Tapi, sebagai seorang pendidik. Eleena mahu terapkan keyakinan pada anak-anak muridnya. Dia ambil alih kelas seni untuk pelajar darjah 1 hingga darjah 3 sahaja. Masing-masing comel dengan perangai tersendiri.
Teringat pula masa hari pertama dia lapor diri. Hari pertama dia mengajar dah ada kes budak melepas dalam seluar. Nasiblah Eleena ada pengalaman dengan budak tadika sebelum dia bertugas disekolah rendah ni. Jadi kuranglah kekoknya.
"Okay semua!" Eleena bangun daripada duduk. "Cikgu tengok ada yang dah siap dengan buah epal masing-masing. Bagi yang dah siap. Kamu hantar kedepan, cikgu nak bagi markah. Awak balik tunjuk dekat mak ayah nanti."
"BAIK CIKGU!" Semangat seisi kelas darjah 2 Bestari tersebut menjawab.
"Aku dengar kau dah ada girlfriend sekarang."
Akmal cuba mengorek cerita. Dia tidak keluar sekali dengan Izham dan Hafiz disebabkan sekarang isterinya baru saja lahirkan anak sulung mereka.
Soalan Akmal dibiarkan sepi. Ayish membuka sarung tangan kemudian dia lemparkan atas meja sebelum melabuhkan punggung atas kerusi kosong berdekatan.
"Berat mulut ke nak bercerita? Kau ni, asal datang bengkel aku tak pasal motor kau ni memang taklah nak berborak."
"If it's true then, baguslah. Ayish, kau bukannya boleh kekal membujang. Semenjak Na-
Ayat Akmal tergantung sebaik sahaja sedar Ayish memandangnya dengan pandangan yang tajam. Dia berdehem sebelum kembali fokus menggerakkan tangan yang memegang sepana.
"E-ehem- maksud aku, bagus lah kalau tak membujang dah."
"Lagipun cik su ada tanya pasal kau masa dia lawat Sya dekat hospital." Sambung Akmal lagi.
"Mak aku pergi tengok Sya lepas bersalin?" Akmal mengangguk. "Dia tanya apa je?" Soalnya lagi.
"Pasal kaulah. Kau ada kenal sesiapa ke? Ada perempuan mana-mana kau kenal macam tu lah. Aku dengan Sya manalah tahu sangat."
Akmal bangun daripada mencangkung. Dia turut membuka sarung tangan dipakainya dan lempar ketepi. Sepana dia letakkan atas meja.
"Sya kirim salam sekali." Ayish sekadar membalas dengan anggukan kecil. Sya, atau nama penuhnya Syahirah. Isteri kepada Akmal.
Dia, Akmal dan Sya kenal sejak sekolah menengah lagi. Tahu-tahu habis sekolah boleh kahwin pula dua kawan baiknnya tu. Sampaikan mereka ada keluarga kecil. Ayish turut tumpang gembira.
"Kata dah ada girlfriend bawaklah balik rumah Cik su sah dia suka" cadangnya selamba.
"Aku baru kenal dia tak sampai seminggu. Kau suruh aku kenalkan dia dengan mama aku?" Soal Ayish semula dengan nada tidak percaya.
Akmal sekadar menjongketkan bahunya. "Aku risau kau tu. Ey, Cik Su macam gaya nak carikan kau calon isteri tahu. Aku risau tiba-tiba dia bawakkan kau calon haaa...masa tu menggelupur kau."
YOU ARE READING
BUNGA AYISH | C | SU | EDITING |
RomanceAkibat sekian lama membujang, Bunga Eleena mula rasa tidak sabar untuk ada pasangan sendiri. Kenalan yang lain ada yang sampai beranak-pinak, dia? Masih lagi dengan rutin harian yang sama. Bak kata orang bukan kumbang yang petik bunga ditaman tapi b...