BUNGA AYISH : 𝓑𝓐𝓑 04

111 3 0
                                    


"Saya nak pergi!"

"Tak boleh!"

"Nak"

"TAK!"

"NAKKKK!"

Aralyn sudah mendengus kegeraman dari tepi sambil menyandarkan badannya pada bahagian pintu kereta. Kepala dia beralih bersilih ganti pada Eleena dan siapa lagi kalau bukan 'teman lelaki' tangkap muat rakannya tu.

Entah apa yang digaduhkan pun dia malas ambil tahu. Sekarang ni bila nak balik?

Skrin telefon dinyalakan untuk melihat jam. Hampir tengah malam. "Sudahlah aku ada shoot esok." Rungutnya perlahan sambil menggaru bahagian pipi. Gatal kena gigitan nyamuk!

Sudahlah sejuk! Bergaduh tengah padang entah mana hala. Kiri kanan ada geng motor melepak. Aralyn hanya mampu menahan geram dalam hati.

"Kau pergilah cakap dekat Ayish sudahlah-sudahlah tu. Kau usya awek kawan Eleena tu. Tunggu masa je tu nak meletup!" Bisik Hafiz kepada Izzham.

Daripada tadi dia hanya perhatikan gadis kawan Eleena tu. Dia tidak ingat pula nama perempuan tu disebabkan nama yang susah diingati. Untuk Hafiz sendiri lah.

Sudahlah gaya pun macam orang ber-class. Walaupun sekadar hoodie dengan seluar jeans. Tetapi kawan Eleena tu seorang yang cantik. Hafiz sengih sendiri apabila matanya mengerling kearah Aralyn lagi.

"Saya nak pergi!" Tegas Eleena. Satu hal dia sedar pasal Ayish adalah lelaki tu terlalu clingy. Habis masa nak berkepit!

Nasiblah mereka dipisahkan dengan kerja dunia. Tapi, Ayish sampaikan pernah ambil dia dekat sekolah! Sanggup mengikut belakang keretanya hingga kerumah untuk pastikan dia sampai dengan selamat.

"Bunga. Listen to me for this time, itu hutan. Kau pergi hutan kenapa? Dah bosan duduk bandar? Tak apa, nanti kita picnic date nak? Kita pergi air terjun senang." Ayish beralasan. Apa pula nak biarkan Eleena pergi ke hutan semata reunion dengan budak Universiti gadis tu dulu.

Dia bukan mengongkong tapi hutan. Banyak benda boleh jadi, tiga bulan mereka bersama. Ayish sedar Eleena merupakan seorang yang tergopah-gapah. Habis semua benda dia akan lakukan dalam keadaan yang panik. Sudahnya nanti ada lah kesan selepas itu.

Ayish santai bersembang dengan Akmal dibengkel hinggalah telefon dalam poketnya berdering.

"Awakkkk!" Suara Eleena dalam talian.

"Saya terlanggar penghadang jalan! Macam mana ni? Saya nak cepat balik sebab ada drama!"

Bebola mata Ayish mengerling kearah Akmal berhadapan dengannya. Dia hanya mampu mengucap dalam hati.

"Awak suka kan?! Saya nak pergi itu tak boleh ini tak boleh!" Bentak Eleena lagi. Tangan dia silang ke dada.

"Bunga. Ingat balik kereta tu berapa kali masuk bengkel?"

Eleena berfikir. "4 kali?"

"Sebab apa?" Soal Ayish lagi.

"Itu lain!"

"Ahhh! Bila nak balik ni?! El!" Potong Aralyn dari tepi. Dia sudah bosan, sejuk, dan hilang sabar! Kalau boleh dia nak belasah orang sekarang ni.

Eleena berpaling kearah Aralyn. "Tunggulah!"

"Hotak kau tunggu. Balik aku cakap! Aku nak balik! Kau ajak aku keluar kata nak makan je, sekarang?! Dah tengah malam nak pukul 1! Esok aku ada shooting kau tahu!" Kembang kempis hidung Aralyn sekarang. Ikutkan hati kalau dia boleh heretnya Eleena ke kereta dah lama dia buat.

BUNGA AYISH | C | SU | EDITING | Where stories live. Discover now