BUNGA AYISH : 𝓑𝓐𝓑 07

113 2 0
                                    


Mengecil mata Eleena untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas dihadapannya sekarang. Amani yang berdiri disebelah sudah mendengus tidak puas hati.

"You tunang Eleena kan? My name is Natasha. You can call me Tasha, nickname macam tu." Sambil hujung rambut sengaja dipintal-pintal untuk nampak gaya manja.

Sejak awal dia nampak lelaki yang dikatakan tunang kepada Bunga Eleena tu. Natasha sudah tertawan. Ada sesuatu yang buatkan lelaki pada hadapannya sekarang menarik perhatian.

Barangkali milik orang? Bibir sudah menahan senyum meluas.

Ayish pula langsung tidak melayan. Awalnya dia keluar dengan Rafiq tadi sudahnya ditinggalkan begitu saja. Boleh pula terjumpa dengan perempuan persis lintah.

"Eh dekat sini kau rupanya Natasha!"

Suara Amani menegur dengan riuh. Natasha menjeling. Rosak!

Eleena mengerling kearah Ayish. Lelaki tu sekadar tayangkan senyuman nipis. Barulah dia nak senyum, tadi dengan Natasha muka tak berperasaan dia bagi. Eleena balas. 

"You guys nak pergi makan ke? I nak pergi se-

"Why not korang pergi dulu makan? Teman aku lah Natasha. Bukannya kau sibuk pun kan." Tanpa menunggu balasan gadis tu. Amani terus menarik tangan Natasha tanpa kebenaran.

"Wh-

"Shall we then? " Ayish tidak berlengahkan masa. Barulah ada peluang. Eleena mengangguk kecil. 

"Awak layan dia ke? " Tanpa bertapis dia soal.

"Bunga, kalau aku layan dia meman-

"Awak layan dia, awak sial. "

Ayish kemam bibir sendiri. "Bunga." Dia berhenti daripada berjalan. "Aku ni nampak macam nakal tapi bukanlah nakal. Kalau aku caka aku serius dengan kau, then I am. And please. " Dia berikan satu pandangan yang redup pada Eleena.

"Aku suka bunga aku jujur tapi at the same time, aku taknak kau keluarkan perkataan tak elok disebabkan aku. You are precious, i''m gonna treat you like one. Remember that. Perempuan macam tu bukan yang aku nak untuk layan." Lebar Ayish bersuara. Bunga Eleena terdiam.

"I'm sorry." Disebabkan terbiasa mencarut. Eleena terbawa-bawa. Sudahlah Ayish pun dia baru kenal. Lelaki mana suka perempuan kuat mencarut kan? Selalunya dia mencarut dengan Aralyn dan Avianna sahaja.

Bibir Ayish sekadar mengoyak senyuman nipis.

"Please do curse me out loud if i'm being stupid. But not now. Pasal perempuan tu percayalah aku pandang pun tidak. Perempuan lain? Kecuali kerja, kau boleh percayakan aku. I am loyal." Bangga memuji diri sendiri. Eleena tergelak kecil. 

"Puji diri sendiri eh? "

"Kalau bukan diri sendiri siapa lagi kan?" Balas Ayish semula dengan nada bergurau. 

"Kau tahu apa beza kau dengan seni?"

Tiba-tiba lelaki tu menyoal. 

"Awak nak bagi saya pickup lines ke ni? Lupakan, saya tak cair. Semua dah dengar." Mereka berjalan beriringan sepanjang kawasan tempat percutian tersebut. 

"Jawab lah." Gesa Ayish. 

Kepala Eleena digelengkan "Mana ada beza. Seni tu aktiviti. Perbuatan. Saya kan manusia."

"Beza Bunga. Banyak bezanya." Dahi Eleena berkerut.

"Apa yang bezanya?"

"If you good at drawing...then, I'm great at planning our future together. " Sebelah mata Ayish kenyitkan pada Eleena.

BUNGA AYISH | C | SU | EDITING | Where stories live. Discover now