Akibat sekian lama membujang, Bunga Eleena mula rasa tidak sabar untuk ada pasangan sendiri. Kenalan yang lain ada yang sampai beranak-pinak, dia? Masih lagi dengan rutin harian yang sama. Bak kata orang bukan kumbang yang petik bunga ditaman tapi b...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Daun pintu ditolak dengan perlahan. Anak mata Ayish meliar dalam bilik chalet yang dia akan tinggal selama tiga hari dua malam tersebut.
Kosong.
Dahi Ayish mula berlipat. Tangan naik kepinggang. Katanya ada manusia bernama 'Rafiq' yang akan sebilik dengannya nanti. Beg pakaian terus dia letak dihujung katil sebelum dia labuhkan punggung atas katil empuk tersebut.
Ada dua katil single bersama satu bilik mandi yang mana telinganya menangkap bunyi air.
Kejap, bunyi air?
...terus dia pusingkan kepala kearah pintu bilik air. Badan mula menegak semula. Baru Ayish nak bergerak kearah pintu tersebut, daripada dalam ia dibuka.
"ARGHHHH!!"
"WARGGHHHH!"
"Hahahahaha!"
Sambil memegang perut sendiri Eleena ketawa besar sampaikan perutnya senak. Hujung mata sudah berair. Ayish sekadar berikan jelingan pasrah bersama Rafiq yang duduk bertentangannya. Lelaki tu hanya menayangkan sengihan.
"Masalahnya,kitorang dengar." Dengan nada tersekat-sekat Amani bersuara pula. Hujung ayat masih ada sisa ketawa. "The fact that aku ingatkan peremphan mana menjerit tadi." Sambung gadis tu lagi.
"Oh ya! Nama aku Rafiq, tak sempat pula nak kenalkan diri sebab hal tadi." Rafiq mula memperkenalkan dirinya.
"Ayish." Balas Ayish sepatah dengan nada bekunya.
"Lembut nama kau."
Terus Ayish berikan pandangan tajam. Rafiq berdehem lalu larikan pandangan kearah lain. Silap pula dia ajak bergurau!
"Erm, bila majlisnya?" Terus dia cuba mengubah topik.
Eleena terus pandangan Ayish disebelahnya. "Dalam perancangan." Ayish membalas. Dia pun susah nak bagi ayat putus.
Kalau boleh terus dia ajak Eleena jumpa tok kadi tapi difikirkan mereka masing-masing ada keluarga yang masih hidup. Mestilah ikut adat.
"Hai guys! Long time no see."
Satu suara nyaring mencelah perbualan mereka. Masing-masing menoleh kesisi. Riak wajah Rafiq dan Amani sudah berubah manakala Eleena pilih untuk tidak untuk beriak setara yang mungkin
"Natasha, come sit and you?" Zafir ambil keputusan untuk bersuara. Sekarang mereka sudah berkumpul sebenarnya. Disebuah meja yang panjang yang menempatkan 20 orang kumpulan mereka dalam acara ini.
Natasha dan ada seorang lelaki tidak dikenali pada sebelah gadis tu adalah orang terakhir.
"Rafael" Sahut lelaki tersebut. Tinggi dan berkulit tidak terlalu gelap. Reaksi mukanya agak manis sebab dia mempamerkan senyuman nipis pada mereka semua.
Zafir membalas dengan anggukan dan senyuman. "Duduklah dekat mana yang kosong. Kitorang baru nak mula." Dia mempelawa.
Bibir yang dia oleskan dengan gincu bewarna merah jambu terang melebar. "Sorry for being late! You guys tahulah i tak tahu tempat-tempat macam ni sangat." Dengan suara sengaja menjadi manja Natasha bercakap.
Tangan pula merangkul kemas lengan milik Rafael disebelahnya. "This is my fiance! Hope you guys don't mind." Kepala dia toleh kearah Zafir semula.
"No worries. Eleena pun bawa tunang dia."
Terus kepala Natasha memandang kearah Eleena. Keningnya sekadar terjongket. Anak mata Natasha menikam kedalam anak mata Eleena dengan bahasanya sendiri.
Beribu makna.
"Oh." Itu sahaja balasan yang dia berikan sebelum berpaling semula kearah Zafir.
"Then, let me start. Tujuan aku buat reunion ni of course nak tengok muka-muka coursemate aku yang dah bertahun tak jumpa. Kita just chill out anggap macam percutian, family day sebab korang pun ada bawak partner masing-masing. Aku cuma nak korang enjoy and catch up macam tu. Makanan aku sediakan jangan risau. Last day kita buat bakar-bakar sikit. Amacam?" Kening dijongketkan berulang-kali. Dia terlebih teruja ni.
"Perghh!! Ketua kita tu!"
"Mantull!"
"Piwiiitt"
Semua bersorak dengan bertepuk tangan kearah Zafir. Setuju dengan apa yang dirancang. Zafir menayangkan senyuman puas.
"Korang kalau nak mandi air terjun ke apa, boleh pergi tapi jangan lewat sangat. Sini air pasang jugak, life guard ada tapi berhati-hatilah kalau air pasang. Itu saja, any question?"
Melihat tiada siapa bertanyakan soalan. Zafir menganggukkan kepalanya.
"Then! Let's enjoy our reunion for these three days!" Terus meja besar tu bersorak riuh hingga menarik perhatian pengunjung lain.
Jari naik mengusap gambar di dalam skrin telefon tersebut. Bibirnya yang merekah mengoyakkan senyuman senget.
"Amani, Amani sayang. Kau fikir kau boleh lari ke dari aku? Kahwin dengan jantan lain?" Dengan nada suara yang lembut dia menyoal pada gambar tersebut.
Kemudian, anak matanya berubah arah pada orang yang tersenyum disebelah kanan gambar itu.
"Bunga Eleena! "
"Disebabkan kau...!"
"Disebabkan kau! Hidup aku hancur!" Katanya dengan nada penuh amarah. Dada mula berombak dengan perasaan marah yang membuak-buak.
Perasaan dendam!
"Aku akan rosakkan hidup kau!"
Habis ayat tersebut dia menghemburkan ketawa yang kuat. Bergema ruangan bilik sewa yang kotor tu.
Ting!
Ting!
Bzzz-
Dahi Eleena berkerut. Bukan telefon dia yang bunyi tidak henti-henti tetapi Amani. Mereka berkongsi satu bilik. Sekarang kawannya tu masuk kedalam bilik air.
"Beb, asal telefon kau bunyi tak henti." Terus dia soal sebaik Amani melangkah keluar daripada bilik air.
"Huh?"
Laju langkah gadis tu buka untuk mencapai telefon diatas meja. Tapi tak sampai seminit dia tutup semula telefon tu dan diletakkan semula atas meja.
"Acewahhh, ada orang istimewa dah ke~ " dengan sengihan Eleena tayangkan kearah Amani.
"Ish kau ni! Bukan lah. Biasalah ayah aku."
"Betul ke?" Dengan muka sangsi dia tunjukkan kepada kawannya tu.
"Betull! Dah jom, kata tadi nak jalan-jalan kan? Jom-jom." Ditariknya lengan Eleena untuk keluar daripada bilik mereka.