Zahra seperti biasa sebelum kelas bermula dia akan duduk di bawah pokok yang redup sambil membuat thesis dan assignment. Suasana tenang itu lebih membuatkan Zahra selesa tambahan lagi waktu itu adalah musim luruh di Jordan tempatnya berkuliah. Tidak lama setelah dia selesai sedikit sebanyak kerjanya itu, dia akan baring dibatas tikar tempat duduknya tadi dan melihat langit perlahan-lahan menutup mata.
Pada masa yang sama seorang lelaki menuju ke arah tempat duduk kayu tidak jauh dari tempat Zahra berbaring. Dia tidak perasan akan keberadaan Zahra di situ.
"WOI ZAHRA!", jerit Akram, rakan sekelas Zahra yang melihat Zahra lena di atas tikar.
Zahra duduk terperanjat lalu menjeling tajam ke arah Akram sambil mengemas laptop dan kertas-kertasnya, "Apahal?!"
Akram: Apahal lagi kau tanya aku? Weyh dah lambat lah wehhh. Dah lah ni kelas prof. Linda.... sekali kau lambat terus dia letak kau tak hadir 2 kelas.
Zahra berlari anak menuju Akram sambil menunding jarinya ke Akram,
"Eleh... Engko pun lambat lah."Akram: "at least aku lambat, berguna jugak sebab nak gerakkan kau."
Akram menuju ke arah Zahra di mana di belakang Zahra adalah jalan menuju ke kelas.
Zahra: " Woi, kau jangan nak macam-macam eh. Ooohh patutlah... sengaja kan? Lambat?
Nak tengok Amanda lah tu... mentang² kelas dia start time² macam ni."Akram: "alaaah... Zahraaa jum lah guna jalan ni... sekejap je. Berlari kejap jeee. Nnti aku belanja kau makan 2 hari eh."
Zahra terus berjalan ke arah bertentangan dengan Akram,
"Bongoklah... Tak nakk. Weyy kan dah lambat ni... Aku chao. Engko gunalah jalan tu sorang diri."Akram yang sudah beberapa meter jauh dari Zahra menjerit "Zahra!"
Zahra membalas dengan jeritan,
"Siapa lambat dia buka pintu!"Akram rasa tergugat lalu mengikut berlari ke kelas menggunakan jalan yang digunakan Zahra kerana jalan itu lebih cepat untuk ke kelas mereka berbanding dengan 'jalan menuju Amanda' itu.
Pada masa yang sama, mereka terserempak dengan Sarah rakan sekelas mereka yang juga ingin menggunakan 'jalan menuju Amanda' untuk ke kelas tapi bezanya Sarah, 'Jalan menuju Jalton'
Akram: weh ko tengok dia tu. Nak tengok crush lah tu. Ya Rabbi....
Zahra berpatah balik berlari kemudian menangkap lengan Sarah dan mengujar,
"Jangan nak gatal eh. Belajar dulu."Sambil semua itu berlaku, Tengku Ellias terbuka luas matanya melihat kerenah Zahra dan rakan² Zahra.
YOU ARE READING
Melawan doa (Short Story) *Completed*
RomanceZahra: patutkah aku melawan doa dengan doa? Cinta bukan untuk dijangka, kisah perkahwinan bukan untuk ditulis. Tengku Ellias seorang anak raja, adakah dia memang terlulis untuk Zahra atau adalah doa yang dimakbulkan daripada Zahra? Bahagiakah? Sebua...