BAB 1

464 29 0
                                    

"Mel, malam ni kau free?"

Melinda angkat kening seolah bertanya kenapa?

"Aku nak tumpang tidur rumah kau. Aku gaduh dengan Ib." Moyok muka Sofea. Sejak akhir-akhir ini kerap pula dia bergaduh dengan Ibrahim. Benda kecil pun tunangnya itu boleh perbesarkan. Makin hampir dengan tarikh kenduri makin kerap mereka bertikam lidah.

"Whooo.. Aku tak nak masuk campur beb. Nanti Ib sibuk ganggu aku lepas tu aku kena baham dengan Pak Singa lapar tu." Melinda kerling dengan ekor mata pada pintu bilik 'tuan' mereka yang tertutup rapat.

Sofea ketawa mengekek.

"Wei!" Sofea mendekat dengan menggerakkan kerusinya yang beroda ke arah kabin pejabat Melinda. Mereka hanya duduk bersebelahan kabin. Bahu Melinda ditepuk perlahan.

"Kau asal keluar dari bilik Tuan Adham tu mesti lipstick kau yang merah menyala tu jadi pudar." Sofea jungkit-jungkit kening. Bibirnya tersungging senyum nakal. Sengaja mahu mengusik.

Bukannya dia tidak tahu hubungan antara Melinda dengan Tengku Adham itu. Sudah lama kawan baiknya itu 'bersekedudukan' dengan Tengku Adham.

Melinda menjeling.

"Kau diam sudah." Merah muka Melinda. Spontan dia teringatkan babak-babak panas antara dia bersama Adham tadi, kemarin dan hari-hari sebelumnya.

Sentuhan Adham dan bisikan sensual Adham tak pernah tak berjaya menggodanya. Adham sentiasa tahu membuatkan nafsunya bergelodak hebat.

Sofea buat gaya zip mulut.

Elok saja Sofea menjauh, interkom di atas meja Melinda berbunyi.

"Mel, masuk bilik I." Suara maskulin Adham kedengaran.

Sofea terus berpaling. Matanya membulat.

"Another round ke Mel?" Soal Sofea dengan sengihan lebar.

"Tak tahu erti penat ke Pak singa kau?” Tawa Sofea terhambur.

"Hishh.." Bibir merah jambu Melinda mendecit. Apa lagi lah yang pak singa tu nak. Tak sampai sejam dia keluar dari bilik itu, dia dah dipanggil lagi. Sebab itulah dia dipandang serong rakan-rakan sekerjanya.

Tanpa membuang masa, Melinda ambil mana-mana fail yang berselerak di atas mejanya dan dibawa bersama. Takkan dia mahu berlenggang sahaja masuk ke bilik Adham.

Tokk.. Tokk..

Berdiri di depan pintu bilik yang tertera nama Tengku Adham Tenku Saifullah, Melinda ketuk pintu.

Mendengar suara Adham menyahut dari dalam barulah Melinda kuak daun pintu yang tertutup rapat itu.

"Ya, tuan. Ada apa tuan?" Melinda bersuara sebaik sahaja masuk ke bilik Adham. Masuk ke bilik berona kelabu itu, tubuhnya menggeletar. Macam manalah lelaki itu boleh duduk di dalam bilik sesejuk ini. Boleh beku dibuatnya.

Adham panggung kepala. Mata helangnya tajam menyelusuri batang tubuh Melinda yang berkemeja putih dan berskirt merah terang. Seksi!

Walaupun baru sebentar tadi mereka bergelumang di atas sofa, dia masih belum puas dengan gadis nan seorang ini.

"I balik malam ni. Prepare dinner for us. Better if you cook."

"Err.. Tuan nak makan apa?" Soal Melinda terkejut. Tak pernah-pernah Adham memintanya memasak.

Adham bangkit dari kerusinya dan langkah tegapnya diatur ke arah Melinda.

"We have been together for a year, Mel. You still don't know what I like?" Rambut ikal Melinda disentuh dan dimain-mainkan dengan hujung telunjuknya.

Melinda teguk liur. Alamak! Dia memang tak ingat pak singa ni suka makan apa. Selalunya Adham selalu pesan dari grabfood dan dia akan makan apa saja yang Adham pesan.

"Nasi atau western?"

"Anything Mel. Apa yang you makan I akan makan." Adham senyum penuh makna.

"Okey baik tuan. I akan masak." Melinda menabur janji sedangkan dia sendiri ragu-ragu dengan kepakarannya di dapur. Suruhlah dia buat apa saja kecuali memasak. Sungguh, dia langsung tak berbakat dalam masak-memasak.

"Good." Adham kembali ke meja kerjanya. Dia perlu selesaikan tugasnya awal jika mahu bersenang lenang bersama buah hatinya malam ini.

"Itu aje ke tuan?"

Adham jungkit kening.

"You nak apa-apa ke Mel?"

"Tak." Laju Melinda menggeleng. Merah pipinya bak tomato apabila melihat senyuman mekar pada bibir nipis Adham. Mesti lelaki itu anggap dia tanya pasal lain.

"You should go. I have to settle this." Adham tunjuk mejanya yang berselerak dengan kertas kerja.

"So that we can enjoy tonight." Adham kenyit mata.

Cepat Melinda berpusing tubuh dan keluar dari situ. Lembik kepala lututnya melihat kenyitan mata Pak singa. Menggoda sangat.

*****

Petang itu balik dari tempat kerja, Melinda terus ke Lotus untuk membeli bahan basah. Kalau boleh dia mahu sediakan sesuatu yang istimewa untuk makan malamnya dengan Adham. Dia mahu tunjukkan pada Adham dia juga tahu memasak. Lagipun dia ada tengok tutorial di tiktok tadi cara nak masak tomyam campur mudah saja.

Malam ini dia akan masak tomyam campur, kankung belacan dan telur dadar. Cukuplah yang mudah-mudah. Nak masak ikan, dia tak yakin dengan dirinya sendiri. Mahunya ikan tu rentung nanti. Silap haribulan ikan tak serupa ikan dah.

Sampai ke rumah dia terus ke dapur. Bahan basah yang dibeli tadi dibersihkan terlebih dahulu sebelum sayur-sayur dipotong. Setiap kerjanya dia lakukan dengan teliti. Udang dan sotong juga dia bersiang bersih.

Selesai memasukkan semua rencah dan perasa, sayur yang sudah dia basuh dan potong tadi diletak ke dalam kuah tomyam merah yang sedang menggelegak.

Puas hati dengan rupa tomyamnya yang nampak memukau, Melinda mencapai sudu dan sedikit kuah tomyam dirasa dengan hujung lidahnya.

"Masin!"

Berkerut mukanya. Bukan masin sedikit tetapi masin sangat macam tertumpah lori garam.

"Aduhh, macam mana ni?" Melinda garu kepalanya yang tidak gatal.

Terus api ditutup. Mood memasaknya merundum. Teringat nasi yang dia belum masak, cepat-cepat beras yang dia baru beli tadi dibuka. Dua pot beras disukat dan dibilas berulang kali.

Selesai menekan suis cooking pada periuk nasinya, Melinda hembus nafas lega. Nampaknya tinggal sayur kankung dan telur dadar saja yang belum siap. Harapnya menjadilah telur dan kankungnya.

Lantas dia mengambil telefon pintarnya. Waktu yang tertera pada skrin telefon dilirik. Dah dekat waktu maghrib.

Sekejap lagi mesti Adham sampai. Nak berjumpa dengan Adham dia mesti berdandan wangi-wangi. Jadi dia kena pantas. Masa tidak menunggunya. Dia pula bila mandi mesti lama.

Kebetulan tadi dia sempat menyambar sehelai lingerie seksi. Mesti Adham suka. Dia belum pernah ada lingerie warna putih. Terfikirkan reaksi Adham sebentar nanti, bibir Melinda tersungging senyum. Mesti mata Adham bakal terjojol.

Biarpun letih di pejabat, tetapi dia sentiasa mengalu-alukan kedatangan Adham. Kedatangan Adham memberi makna yang dia penting di dalam hidup seorang Tengku Adham yang selalu sibuk. Ke mana sahaja Adham pergi, Adham juga selalu membawanya bersama.

MELINDA MY LOVEWhere stories live. Discover now