BAB 3

153 4 0
                                    

"Tuan tak masuk kerja ke hari ni?" Melinda yang baru keluar dari bilik tersentak. Dia ingatkan Pak singa sudah selamat sampai ke pejabat. Kebiasaannya Adham memang bangun awal dan terus ke pejabat. Sebab itu bangun tadi dia tidak mencari Adham.

"I ada hal." Adham hidangkan omelette ke dalam pinggan. Satu untuk Melinda dan satu lagi untuk dirinya. Duduk dilabuhkan ke kerusi makan.

"Tuan tak masuk office lah hari ni?" Melinda labuhkan duduk bertentangan dengan Adham.

"Ya." Adham gigit omelette dan kunyah perlahan.

"Eat Mel. I tak suka staf I lambat masuk kerja." Melihat Melinda yang hanya memandangnya, Adham menegur.

Cepat Melinda capai garfu dan omelette air tangan Adham dipotong sebelum disuap ke mulutnya. Rasanya ini kali kedua Adham buatkan mereka sarapan pagi. Kali pertama semasa dia cuti sakit. Adham muncul awal-awal pagi dan sediakan bubur ayam untuknya. Satu peristiwa manis yang dia takkan lupakan seumur hidupnya.

"I kena temankan Auni buat check up pagi ni. Lagi satu I tak jadi bawa you ke Bali, Mel." Senada Adham memberitahu.

Terhenti kunyahan Melinda. Wajah kacak Adham ditatap lama. Tanpa dapat dia kawal hatinya terasa bagai dicucuk duri. Sakit menikam hingga lubuk hati.

"Tak sedap ke omelette I?"

"Sedap." Melinda melorek senyum tawar menutup rasa kecewa di dalam dada.

"You nak I hantarkan you ke office?"

"Tak perlu. I naik kereta I aje. You nak bawa Auni kan?"

Adham hembus nafas panjang.

"Kalau I tak teman dia check up dia takkan pergi Mel. That's why..."

"Tak perlu explain. I faham." Melinda bangkit setelah menghirup sedikit teh panas yang sudah sedia di dalam cawan. Tiada selera dia nak habiskan omelette Adham.

"I pergi dulu. Nanti kalau dah sudah you kuncilah pintu. I takut I terlambat. Bos I bising." Melinda berlalu ke pintu.

Namun belum sempat dia menyarung kasut tumit tingginya, tubuhnya dipeluk kemas dari belakang. Lehernya juga dikucup dari sisi.

"I love you, Mel." Garau suara Adham berbisik di tepi telinga Melinda.

Hati yang panas kembali sejuk. Begitu mudah hati seorang Melinda terpujuk. Terus Melinda berpusing tubuh menghadap Adham. Bibirnya melorek senyum sedangkan sebentar tadi dia terasa hati dengan Adham.

"I love you too." Melinda kucup bibir Adham sekali lalu.

*****

"Auni, you ada teringin nak makan apa-apa?" Berjalan beriringan dengan Auni ke kereta, Adham bersuara. Sejak dari dalam klinik Auni tak banyak bercakap.

Auni menggeleng. Dia langsung tak ada selera. Biarpun badannya semakin susut dia tak boleh paksa dirinya untuk makan.

Sekilas Auni yang sedang memegang perut itu dipandang. Wajah wanita itu nampak mendung. Semakin hari Auni semakin cengkung.

Setiap kali dia temankan Auni buat check up setiap kali itulah juga doktor menasihati Auni supaya jaga diri dan kandungan. Dia sendiri pun sudah tidak larat menasihati Auni. Auni perlu kuat demi kandungannya.

"You ada masalah? You can share with me."

"Sampai bila kita nak macam ni Am?" Soalan Adham, Auni balas dengan soalan.

"We have talk about it before."

"Tapi Am..."

"Stop it, Auni. I hantar you balik." Adham berjalan laju meninggalkan Auni.

MELINDA MY LOVEWhere stories live. Discover now