BAB 4

275 5 0
                                    

Selamat masuk ke Jimbaran Puri Bali, Melinda regangkan tubuh. Cantiknya resort ini buatkan mata Melinda bersinar galak. Seingatnya dia pernah ke Bali semasa dia baru habis belajar dahulu. Itu pun dengan kawan-kawan. Jadi hotel yang dia duduk pun hanya hotel budget bukan hotel semewah ini.

"Indahnya ciptaan Tuhan." Mata Melinda terpasak pada pantai kebiruan yang tidak jauh dari resort itu. Pasir putih pula menggebu membuatkan kakinya yang memijak tenggelam.

Sejak bekerja sudah terlalu lama dia tidak melihat ombak. Rutin hariannya hanya sibukkan kerja dan Adham.

"Ya ampun, Mel. Melinda kan?" Muncul seorang lelaki dari arah belakang chalet menegur.

"Ashraf?" Mata Melinda membesar.

"Aku ingat mat Indon mana tegur aku." Melinda tidak percaya. Ini kawan satu sekolahnya.

"Kau buat apa kat sini?" Mata Melinda turun naik memandang figura tubuh tegap di depannya.

"Kau tengok uniform aku. Aku kerja sinilah." Ashraf memegang tag namanya.

"Jauhnya kau merantau."

"Kau lupa? Aku kan kahwin dengan Sari. Dah lama aku stay sini."

"Allah, aku lupa." Melinda tepuk dahi. Serius dia lupa yang Ashraf bertemu jodoh dengan wanita Indonesia.

"Sari apa khabar?"

"Alhamdullilah sihat."

"Sari buat apa sekarang?"

"Jaga anak."

"Dah berapa orang anak kau?"

"Tiga."

"Wahh.. Lajus kau."

Ashraf ketawa.

"Kau pula dah berapa orang anak?"

Melinda menggeleng.

"Belum ada rezeki." Jawabnya kemudian.

"Insya Allah ada rezeki nanti. Kau kena minta suami kau usaha keras sikit." Ashraf menjungkit senyum mengusik.

Melinda hanya tersengih. Adham memang dah selalu berusaha keras cuma hasilnya belum ada kerana Adham sendiri belum bersedia.

"Kau tidur suite mana?"

"Menghadap laut." Melinda tunjuk pada suite kayu berwarna coklat yang betul-betul menghadap laut.

"Wow. Suite mahal. Mesti suami kau orang senang."

"Bolehlah. Ehh, aku nak masuk bilik dulu. Penat." Melinda picit bahunya. Lenguh dah dia walaupun perjalanan tak mengambil masa yang lama. Maklumlah dia heret beg sendiri. Tak ada orang yang nak tolong tarik begnya. Pakaian pula banyak dia bawa, senang nak berganti-ganti kalau kotor.

"Ya, ya. Sila. Ada apa-apa masalah kau call aje bahagian receptionist. Aku ada situ sampai malam."

"Baik." Melinda melorek senyum. Kecilnya dunia. Tak pernah dia sangka akan bertemu lagi dengan Ashraf, kawan sekampungnya.

Dia juga dah bertahun tak balik ke kampung sejak tok manya meninggal. Sudah tidak tahu bagaimana keadaan kampungnya sekarang. Masih sama seperti dahulu atau sudah berubah.

Ashraf berlalu meninggalkan Melinda di situ sambil memberi lambaian.

Ashraf belajar tidak tinggi. Masih dia ingat nenek Ashraf selalu marahkan Ashraf sebab ponteng sekolah.

Ingatkan itu Melinda tersengih sendiri. Belakang tubuh tegap Ashraf yang semakin menjauh ditatap. Lelaki itu nampak bahagia. Senyuman dan wajah lelaki itu terpancar kebahagiaan. Maknanya betul kata orang, kesenangan dan wang ringgit tidak menjamin kebahagian.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 29 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MELINDA MY LOVEWhere stories live. Discover now