BAB 2

192 5 0
                                    

Ding dong!

Cepat Melinda berlari anak ke arah pintu. Pintu besar itu dikuak. Terpacul wajah kacak Pak Singa aka Tengku Adham.

"Hai Mel.." Adham melorek senyum sebaik wajah manis Melinda menyapa matanya.

"Tuan..." Melinda sudah gelisah. Jari jemarinya diramas sendiri.

Tanpa dipelawa, Adham masuk dan pintu ditutup rapat lalu dikunci.

"What happened?"

"I dah masak tapi semua tak sedap. Tomyam masin, sayur pahit, nasi pun terlembik." Melinda bagai mahu menangis. Dia takut kena marah dengan Adham. Adham kalau lapar, sangat-sangat menakutkan. Lagipun dia memang tak pandai masak. Yang dia tahu hanya masak maggi.

"It's okay. I orderkan pizza."

Melinda hembus nafas lega. Nampaknya mood Adham malam ini baik. Fuhhh.. Lega.

"So..." Adham paut bahu Melinda dan mereka berjalan beriringan ke sofa.

Sempat Adham letakkan briefcasenya ke atas kabinet tepi pintu.

"Ada apa tuan?" Soal Melinda setelah mereka labuhkan duduk.

"You tahu schedule I kan?" Wajah Melinda ditatap tanpa jemu. Gadis itu sentiasa cantik memukau di matanya. Tak ada satu pun yang cacat tentang Melinda.

Melinda angguk. Mestilah dia tahu sebab dia yang aturkan jadual kerja Adham.

"I nak you ikut I ke Bali next week."

Meluas iris mata Melinda.

"Auni macam mana? Kalau Auni tahu..."

"Don't mention her name, Mel.” Pantas Adham memangkas. Raut wajahnya berubah ketat. Sebut tentang Auni memang dia rasa terganggu.

"Opps.." Melinda tekup mulut.

Terus Adham ketawa. Dengan Melinda mana boleh dia nak marah. Muka cantik Melinda nak marah pun tak tergamak.

"Tuan nak mandi dulu tak?"

"Mandi? You nak temankan I mandi ke?"

Melinda menjeling manja.

"I dah mandilah."

"Apa salahnya kalau mandi sekali lagi. Together is more fun."

Melinda tersengih. Kepalanya digeleng. Tidaklah dia nak mandi lagi sekali. Mandi tadi pun masih terasa sejuk.

"Sejuklah. Hujan pula kat luar tu." Melinda memberi alasan.

"I ada. I akan hangatkan you Mel." Jemari kasar Adham hinggap pada bahu Melinda dan diusap perlahan, menyalurkan kehangatan di situ.

"Hangat tak? Itu baru di bahu Mel. Belum di bahagian lain." Renungan Adham renungan penuh harapan. Renungan yang Melinda sahaja faham dengan maksud tersuratnya.

Melinda ketawa kecil. Ahh, Adham. Ada sahaja ayat lelaki itu yang membuai jiwa.

****

"Mel, you dah nak tidur?" Adham menjenguk ke dalam bilik.

Melinda yang sudah siap menyalin pakaian kepada lingerie seksi, menoleh. Sekilas rambut panjang paras pinggangnya dirapikan dengan jari. Berdepan dengan Adham dia mahu sentiasa kelihatan seksi.

"Ya, kalau tuan dah nak tidur." Melinda melorek senyum.

"You boleh tidur dulu Mel. I nak tengok tv." Adham berlalu ke ruang tamu.

Berkerut kening Melinda. Tak pernah-pernah pak singa itu menyuruh dia tidur dulu. Ada masalah ke pak singa tu? Tapi petang tadi masa mandi elok aje.

"Buat penat aku salin baju aje." Melinda merungut perlahan. Namun dalam hati dia bernafas lega. Tak perlulah dia melayan nafsu Adham malam ini. Lagipula dia juga penat. Penat memasak yang sia-sia.

MELINDA MY LOVEWhere stories live. Discover now