BAB 20

4.5K 303 62
                                    

Fail yang siap disemak disusun rapi di atas meja kerana sebentar lagi pembantu peribadinya akan mengambil semula. Jam di pergelangan tangan dikerling sekilas. Dia bangun dari kerusinya lalu mencapai tas tangan.

"Assalamualaikum Yayaz..." salam diberi setelah Ayaaz menjawab panggilan.

"You balik pukul berapa?"

" Okeyh , nanti kita makan sama-sama. Bye. Love you!" Alayna menekan ikon merah. Bibir masih kekal senyuman manis. Tak sabar nak jumpa cik suami. Bayangan ikan keli sambal mula bermain di fikirannya.

Air liur ditelan dengan payah. Kuali yang sudah dituang minyak dan ikan keli yang sudah siap disiang itu dipandang bersilih ganti. Mujur lah penjual ikan itu dapat memenuhi permintaannya agar menyiang ikan keli ini terlebih dahulu .

Tapi sekarang ni bagaimana dia hendak menggoreng ikan ini. Dia tahu risiko agak tinggi  kerana ikan keli bukanlah seperti ikan lain ketika digoreng. Dia tidak takut pada minyak panas ya! Cuma ikan keli sahaja membuatkan dia takut untuk menggoreng.

"Aaaa macam mana ni?" Tangan kemas mencekak pinggang dengan wajah yang sedikit kusut memikirkan solusi.

"Google lah." Telefon pintar itu dicapai lalu dia menaip cara menggoreng ikan keli dengan selamat.

"Hah?" Mata Alayna sedikit terbuka, bibir digigit lembut. Boleh pakai ke cara ni? Macam over je? Hmm. Cuba aje lah .

Kaki mengatur langkah menuju ke almari yang menempatkan helmet. Ada dua helmet yang bertutup litup. Semua milik Ayaaz. Nak bagitahu Ayaaz ke tak? Eh tak payah lah nanti dia gelakkan kau . Alayna menggeleng sendirian membayangi wajah Ayaaz yang sedang mentertawakan dirinya. No!

Helmet hitam itu sudah selamat dipakai ke atas kepalanya. Dia menuju ke cermin lantas dia ketawa kecil melihat dirinya melalui pantulan itu.

"Smart dooh Alayna!" puji Alayna sendiri lalu dia mengangkat kaki menuju ke dapur semula.

"Bismillahirohmannirahim." Ikan diletakkan di dalam kuali dengan berhati-hati. Mujur sahaja dia sudah memakai lengan panjang jadi dapatlah dia lindungi lengan dia dari terkena percikan minyak.

"Alhamdulilah nasib lah kau baik wahai ikan," Alayna mengangkat gaya thumbs up kepada ikan itu .Sudip diambil lalu mengacau sambal yang berada di sebelah kuali yang digoreng ikan keli itu.

" Hish berat pulak helmet ni!" omel Alayna sendirian. Habis senget kepala dia.

"Assalamualaikum..." salam diberi setelah menolak daun pintu.

"Arrrr!"

Kaki melangkah sedikit laju setelah mendengar kekecohan di dapur.

"Auuu sakit!" Alayna merintih perlahan. Baru sebentar tadi dia memuji-muji ikan ini. Hish!

"Nana , kau—" Terhenti langkah Ayaaz tatkala anak matanya menangkap susuk tubuh Alayna yang lengkap berpakaian dengan helmet besar itu. Tanpa sedar dia melepaskan ketawa. Ya Allah, dah kenapa dengan isterinya ini?

Alayna yang mendengar ketawa itu lantas dia menoleh ke belakang. Ayaaz?

Eh kejap! Macam mana Ayaaz boleh balik? Kata nak balik pukul 4! Sekarang baru pukul 3. Malunya!

"Kau buat apa ni?" Ayaaz mendekati Alayna dengan ketawa yang masih berbaki.

" I nak goreng ikan keli , tapi I takut dia meletup," jawab Alayna setelah Ayaaz membukakan helmet untuknya. Ayaaz mengerling sekilas api dapur yang sudah ditutup itu.

Hati yang ku kunci | CWhere stories live. Discover now