BAB 46

2.7K 259 41
                                    


Dua tahun kemudian...

"Aki, Tok mi ! Mak su dah balik!" jerit Affan dengan penuh gembira.

"Mak su! Marhaban biaudatiki (Selamat kembali!)" Laju Affan berlari memeluk tubuh ibu saudaranya. Hampir seminggu Nayla mengikuti kursus guru bahasa arab. Selama itu juga tiada kisah-kisah Nabi dari mak su sebelum dia tidur. Sepanjang itu Aki yang ambil alih tempat mak su.

"Assalamualaikum...Affan kesayangan mak su," Kedua belah pipi Affan dicium lama. Selepas itu Affan membalas semula dengan mencium pipi Nayla. Tangan Nayla dicapai untuk disalam.

"Waalaikumusalam," Affan tersengih kecil.

"Dia rindu sangat dengan mak su dia tu," sampuk Ayden dari belakang. Diikuti juga Naira yang tersenyum lebar.

"Abi, Umi..." Nayla menyalami tangan kedua ibu bapanya.

"Ye ke rindu?" Nayla angkat keningnya tinggi. Affan mengangguk tanpa ragu-ragu.

"Ishtaqtu lakki kathiran...(Saya sangat rindukan awak,)" luah Affan lalu memeluk lutut Nayla yang sedang berdiri.

"Ishtaqtu lakki kathiran aidhon (saya pun rindukan awak sangat)" Tubuh kecil Affan diangkat. Sekali lagi Affan melabuhkan ciuman di pipi Nayla. Mereka berdua saling ketawa selepas itu. Kasih sayang Nayla tidak pernah habis untuk Muhammad Affan. Selamanya.

"Bila sayang tengok Affan, sayang teringatkan arwah Ayaaz dan Alayna, habib..." Ayden yang mendengar lantas memaut bahu isterinya. Mereka tergelak kecil melihat telatah Affan menyuapkan biskut coklat ke dalam mulut Nayla.

"Mata dia mewarisi Ayaaz, raut wajah macam Alayna..." sambung Ayden di sebelah. Dia rindukan anak menantunya. Ya Allah, semoga mereka berdua tenang di sisiMu.

"Habib...sayang rasa Ayaaz macam masih ada di sekeliling kita...macam mana kalau betul Ayaaz masih..." Naira tatap Ayden dengan penuh pengharapan. Sampai kini dia masih berharap Ayaaz dan Alayna masih hidup. Mayat mereka berdua juga masih belum ditemui. Naira juga tidak tahu ingin memberikan alasan apa lagi apabila Affan mengajak mereka untuk ke kubur Ayaaz dan Alayna. Cucunya itu walaupun masih berusia tiga tahun, tetapi fikiran seperti kanak-kanak yang sudah matang.

"Sayang...ingat kan apa yang habib cakap sebelum ni," cantas Ayden laju.

"Redha dengan setiap apa berlaku, serahkan segalanya kepada Tuhan..." Naira menunduk bawah.

"Kita dah usaha pelbagai cara, tapi tetap masih tak jumpa. Jadi sekarang kita kena berserah kepada Allah. Allah lebih sayangkan diaorang sayang...kita tak boleh halang  pemergian mereka, mereka milik Tuhan bukan milik kita," pujuk Ayden lembut.

"Abi umi...Nayla ingat nak bawa Affan jalan-jalan keluar," ujar Nayla yang sedang memimpin tangan kecil Affan. Ayden dan Naira mengangguk kecil.

"Nayla dah solat asar?" soal Ayden.

"Dah Abi...dekat RnR tadi," jawab Nayla.

"Pukul enam pastikan dah balik rumah ya," pesan Ayden sambil mengusap kepala Affan. Laju cucunya mengangkat gaya tabik. Tanda memahami dengan arahan yang diberikan oleh Ayden.

"Affan nak pergi mana?" soal Nayla setelah menghidupkan enjin kereta.

"Terpulang kepada mak su, Affan ikut je..." jawab Affan. Nayla tersenyum sendiri, sejak dari kecil Affan tidak banyak songeh.

"Kita pergi taman ya...kita main buaian nak?" cadang Nayla. Affan yang mendengar cadangan itu lantas dia mengangkat jari thumbs up.

Setelah tiba di perkarangan taman permainan,  Nayla terlihat ada orang yang menjual buih sabun. Pasti Affan suka. Banyak jugak orang hari ni mungkin hari minggu, jadi ramai ibu bapa membawa anak-anak keluar berjalan.

Hati yang ku kunci | CWhere stories live. Discover now